Tanda yang jelas akibat ghout adalah sakit yang melampau pada sendi-sendi pergelangan kaki, tangan dan lutut.
Sinergi Produk HPA yang dapat mengurangkan masalah ghout ini adalah:
Ardisia mengandungi herba Aridisia Crispa (Mata Pelanduk) yang berfungsi untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan yang terdapat pada bahagian sendi-sendi.
Malac digunakan bersama dengan Ardisia akan memperbanyakkan air kencing di mana asid urik yang berlebihan dibawa keluar dari badan.
Mengkudu pula bertindak sebagai anti peradangan dan mengurangkan kesakitan kepada penghidap Arthritis.
Teh herba dapat menurunkan kadar asid urik yang berlebihan akibat penyakit ghout.
Minum Kopi Radix dimana di dalam kandungannya terdapat herba Mata Pelanduk
Maklumat tentang Ghout:
BalasPadamhttp://caklam.blogspot.com/2010/05/sakit-gout.html
1. Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?
BalasPadamTidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, pemakanan yang kaya dengan purin berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.
2. Pengenalan
Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia ’jarang’ sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
3. Tanda Gout
Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyakitkan. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
4. Komplikasi Jika Tidak Dirawat!
Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
- Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
- Penghidap gout jika tidak dirawat, boleh mendatangkan masalah kesihatan lain seperti:
Kegemukan
Darah tinggi
Hiperlipidemia
Diabetes
5. Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
Menjaga berat badan - kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
6. Pencegahan
Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal.
Minum banyak air.
7. Pemakanan
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.
ELAKKAN MAKAN
Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
Ikan bilis, kembung, sardin
Daging cincang
Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging
Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
KURANGKAN MAKAN
Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
Kacang tanah, kacang-kacangan, buncis dan kacang soya
Unggas
Roti jagung dan bijirin