11 Disember 2012

Parabella Ice Cream


 
Stokis HPA Titi Serong juga merupakan Wakil Tunggal Parabella Ice Cream bagi Kawasan Parit Buntar.

Ummbrella

Flavours : Vanilla, Chocolate, Strawberry, Yam, Mocha, Sweetcorn

Parashoot

Flavours : Vanilla, Chocolate, Strawberry, Yam, Mocha, Sweetcorn

Twirl Cup

 Flavours : Vanilla with Chocolate ripple, Chocolate with Chocolate ripple, Vanilla with Strawberry ripple

Opps Hapus (Kopi RADIX Palsu)

 
MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 29
Sekiranya tertangkapnya mereka yang menjual kopi palsu, mereka akan berhadapan dengan denda dan penjara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta  Perihal  Dagangan  1972 Section 3(1) (b).

Tindakan bersepadu antara leader dan Jabatan Perundangan HPAIC untuk operasi HAPUS ini merupakan gerak kerja terancang untuk membuktikan bahawa kita serius menangani isu ini. Sebelum ini tindakan kepada syarikat yang menggunakan nama RADIX  telah mengheret 4 syarikat besar ke mahkamah dan ada yang masih di dalam proses perbicaraan.
Kali ini berbeza dengan kes kopi yang menggunakan nama RADIX kerana kumpulan ini bersembunyi dengan label RADIX yang asli. Mereka menipu sehingga sukar dikesan oleh pelanggan dan pekedai.
Satu hal yang lain pekedai juga tidak ambil peduli apakah itu kopi asli atau kopi palsu asalkan mereka ditawarkan dengan  harga yang murah. Bagi HPA walau apapun jalan sukar yang bakal ditempuhi kita tetap meneruskan perjuangan ini kerana inilah maruah diri dan perjuangan. Pihak HPA akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan atau KPDNK untuk menjalankan siasatan yang lebih terperinci untuk mengenalpasti kilang-kilang haram yang beroperasi.
Serbuan akan diadakan pada bila-bila masa sahaja bersama pihak MEDIA. Seramai 17 orang ahli Majlis Perundingan Bersama telah hadir mewakili semua ahli MPB yang telah berjanji untuk hadir namun begitu ianya tidak akan menjejaskan operasi HAPUS ini. Terima kasih kepada semua yang telah berani untuk berada di saf paling hadapan mempertahankan HPA. Nama dan jasa baik tuan puan akan disenaraikan dalam pahatan sejarah perjuangan ini. InsyaAllah.

10 Disember 2012

HQ HPA telah berpindah ke HPAic Shah Alam


MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 23
Pentadbiran HPA akan berpusat di HPAIC di bawah pengendalian CEO yang bertugas. Maka surat menyurat perlu dihantar ke alamat tersebut. Cara yang paling efektif ialah menggunakan FAX atau EMAIL.
Sebagai sebuah syarikat MLM hubungan antara ahli dan syarikat mestilah hampir seperti jari ditangan. Semua keputusan syarikat perlu diambil secara positif tanpa wujud pandangan negatif walaupun dipenjuru hati yang jauh.
Salah satu cara merapatkan hubungan dengan menggunakan email namun sehingga ini sangat sedikit saya terima email dari ahli-ahli mahupun leader. Email rektor_kpj@yahoo.com terus aktif sebagai line komunikasi dalaman HPA sahaja. Pandangan yang baik akan tetap diterima dan tidak perlulah rasanya menanti sesuatu program untuk disuarakan.
Apabila HPAIC mengambil alih pentadbiran untuk memenuhi moto HPA tahun 2013, HPA ERA GLOBAL, maka komplek HPA Jejawi kini diubah menjadi pusat latihan yang di kenali sebagai Pusat Latihan Perubatan Jawi (PLPJ). PLPJ akan menyiapkan siri latihan intensif indoor dan outdoor bagi melahirkan usahawan herbalis yang terlatih pada tahun 2013. InsyaAllah.
PASARAYA HPAIC
Lot 1065 & 1066, Fasa 19, Laman Seri Business Park 7,
Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.
No.Tel : 03-55119717
No.Faks : 03-55118717
Email : halalmall_hpaic@yahoo.com
hpahalalmall.blogspot.com

Kopi V-Radix Fenomena


Produk Terbaru keluaran HPA kini sudah berada di pasaran
7 Kali Kekuatan Berbanding VIAGRA dan Ginseng

SIAPA YANG PERLU MINUM
  • Untuk Semua Golongan Kecuali Wanita Mengandung Dan Mereka Yang Kekurangan Air
  • Untuk Mereka Yang Perlukan Tenaga Extra Setelah Penat Bekerja
  • Untuk Mereka Yang Mengalami Masalah Hubungan Intim Suami Isteri
  • Untuk Mereka Yang Mengalami Masalah Kesihatan
  • Untuk Mereka Yang Selalu Letih, Malas
KELEBIHAN V-RADIX
  • Kesegaran Tubuh Badan
  • Kekuatan Tenaga
  • Mempunyai Stamina
  • Penyelesaian Bagi Masalah Lelaki
  • Menghilangkan Sakit-sakit Sendi
  • Untuk masalah Kesihatan Seperti Masalah Lumpuh, Jantung, Pelawas, Goat, Kencing Manis,
  • Deep Sleeping
RAMUAN V-RADIX
Penggunaan Herba Terpilih Dengan Kekuatan 7 kali Ganda Berbanding Viagra Dan Ginseng
Krimer, Gula, Kopi Segera
Sinergi 7 Herba + Herba Pilihan
Berat 26gm

CARA PENGGUNAAN V-RADIX
Campur Dengan 200ml Air Panas
Minum Waktu Malam Sahaja
30 Minit Selepas Makan Malam
Lelaki 1 Sachet 3 Hari Sekali
Wanita ½ Sachet 3 Hari sekali
Produk Berasaskan Herba, Tiada Bahan Kimia

Pertanyaan Mengenai Kopi V-Radix Dijawab Oleh Pengarah Urusan HPA:
1. Ada yang mengadu sakit kepala bila meminumnya:
Jika perkara ini berlaku pastikan minum air putih lebih dalam rutin harian kerana kekurangan air menyebabkan tubuh akan mengambil air di otak dan pinggang menyebabkan sakit terasa sekali.
2. Minum kopi v radix cuma pada waktu malam sahaja dan perrlu banyak aktiviti pada hari siangnya agar herba berkesan sebagai pelancar aliran darah.
3. Kopi v radix juga pelawas yang baik disamping menghilangkan masalah slip disc.
4. Sekurang kurangnya kesan akan dapat dirasai selepas 1 jam minum.
5. Wanita digalakkan minum separuh atau suku sachet sahaja.
6. Satu sachet untuk tiga hari.
7. Jika kopi v radix di minum dengan telur separuh masak ia akan menjadi lebih lebih efektif.
8. Wanita dalam haid boleh minum kopi v radix.

KHASIAT HERBA BUTEA SUPERBA (salah satu herba dalam Kopi V-Radix)
1. Meningkatkan aktiviti androgenik
2. Mengembalikan keremajaan
3. Meningkatkan prestasi kegiatan seksual lelaki
4. Membantu meningkatkan perjalanan darah pada organ seksual lelaki.
5. Menjadikan ereksi zakar lebih selesa
6. Membantu lelaki yang mengalami masalah ‘erectile dysfunction’ (ED) / disfungsi erektil.
7. Meningkatkan tahap kepekatan sperma
8. Memanjangkan tempoh pergerakan sperma

1. Tumbuhan herba Butea superba tumbuh di India, Thailand dan juga di Asia Tenggara. Dikenali sebagai ‘Red Kwao Krua’ di kalangan masyarakat Thailand, tumbuhan herba ini telah lama digunakan secara tradisional untuk meningkatkan prestasi kegiatan seksual lelaki.
2. Herba Butea superba ini didapati dapat meningkatkan aktiviti androgenik, di mana aktiviti androgenik ini sangat penting dalam perkembangan sistem pembiakan lelaki. Antara contoh hasil aktiviti androgenik ini termasuklah pertumbuhan bulu-bulu di badan, perkembangan organ pembiakan lelaki dan juga pembentukan jisim otot yang lebih pejal berbanding otot wanita.
3. Khasiat tumbuhan herba ini menyamai kapsul ‘viagra’ yang berfungi untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Istimewanya, herba Butea superba ini membantu menggalakkan perjalanan darah ke dalam organ seksual lelaki tanpa memberi kesan mempercepatkan kadar denyutan jantung, gementar atau letih, sekaligus menjadikan ereksi zakar lebih selesa.
4. Menurut kajian saintifik, penggunaan tumbuhan herba ini secara berterusan dapat mengembalikan keremajaan dan membantu merawat masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan. Sediaan daripada tumbuhan herba ini didapati dapat membantu meningkatkan fungsi ereksi di kalangan lelaki yang mengalami masalah ‘erectile dysfunction’ (ED) / disfungsi erektil tanpa memberi kesan toksik.
5. Herba Butea superba juga dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap kepekatan sperma dan juga memanjangkan tempoh pergerakan sperma di mana ia merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kesuburan lelaki.
6. Secara konklusinya, herba Butea superba sememangnya herba yang sangat berguna untuk penjagaan kesihatan lelaki.

Kopi Radix Fenomena ( V – Radix )
Harga RM238 @ 1 kotak (34 sachect) = 102 nilai mata.

20 Jun 2012

Insentif JUN-OGOS 2012


Syarat Insentif Jun hingga Ogos 2012 mengikut kategori :
KATEGORI 1
  • 150 NILAIMATA (NM)
  • 100 NM BELIAN KOPI RADIX
  • 50 NM BELIAN PRODUK LAIN
  • 200 UNDIAN
  • HADIAH BAUCER BERNILAI RM300
KATEGORI 2
  • 200 NILAIMATA (NM)
  • 100 NM BELIAN KOPI RADIX
  • 100 NM BELIAN PRODUK LAIN
  • 60 UNDIAN
  • HADIAH SMARTPHONE BERNILAI RM500
KATEGORI 3
  • 300 NILAIMATA (NM)
  • 150 NM BELIAN KOPI RADIX
  • 150 NM BELIAN PRODUK LAIN
  • 30 UNDIAN (7,000 ORANG PERTAMA)
  • 50 UNDIAN UNDIAN (10,000 ORANG YANG PERTAMA DAN KE ATAS)
  • HADIAH SAMSUNG GALAXY TAB BERNILAI RM1300
*Nota : Nilaimata produk lain boleh dikumpulkan ke bulan berikutnya dengan syarat mencapai belian 300 nilaimata dalam tempoh tawaran.

18 April 2012

Buasir


Buasir merupakan benjelon yang berlaku di selaput lendir rektum ataupun pada kulit dubur. Sembelit merupakan antara punca terjadinya buasir teruatamanya berlaku apabila seseorang itu mengerang untuk proses pembuangan air besar. Keadaan ini juga berlaku pada wanita yang mengerang untuk melahirkan bayi.

Kekurangan serat dan makanan pedas juga merupakan punca kepada terjadinya buasir. Penderita buasir akan mengalami pedih, keluar benjolan, gatal pada rektum dan berlaku pendarahan. Ficus merupakan produk terbaik untuk mereka yang mengalami permasalahan tersebut.


Faktor-faktor di bawah boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir:
  • Keturunan iaitu mempunyai ahli keluarga yang ada  buasir  
  • Wanita Mengandung
  • Batuk yang melampau dan berpanjangan boleh juga membawa kepada  buasir
  • Meneran semasa membuang air besar
Antara beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang boleh mendapat buasir
  • Tekanan (pressure)
Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.
Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir
  • Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama
Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.
  • masalah sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir.  Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.
  • Berat badan berlebihan
Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.
  • Mengandung
Mengandung adalah penyebab utama buasirkepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih “relax”, dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.

Herba HPA yang disyorkan ialah Herba Ficus Callicarpa (Pokok Tengkuk Biawak) merupakan herba utama dalam produk ini. Serta disenergikan dengan  SET Colon Cleansing ( Terdiri daripada sinergi  3 Herba iaitu Herba Spirulina, Herba Tuju Angin dan Herba Pelawas).  Sapukan Minyak but-but pada bahagian dubur. Selain itu, pengambilan Coscinium Plus dan minuman Teh Asiatica turut mengatasi masalah buasir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...