Memaparkan catatan dengan label HEBAHAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HEBAHAN. Papar semua catatan

03 Februari 2013

Senarai Harga Produk HPA terkini 2013


Ini adalah senarai harga terkini bagi semua produk HPA untuk tahun 2012/2013
SENARAI PRODUK HPA
Updated
28 November 2012
BilProdukNMHarga
Pengedar
Harga Pengguna
(PV)S.MS.SS.MS.S
1Kopi Radix (Jumbo 32 Sachet)1032.0034.0034.0036.00
2Kopi Radix (Papan 20
Sachet)
620.0022.0023.0025.00
3Kopi Radix Diet (15
Sachet)
518.0020.0020.0022.00
4Kopi ‘O’ Radix (Papan
20 Sachet)
516.0018.0018.0020.00
5Radix Koko (1Kg)520.0022.0022.0024.00
6Radix Koko (20
sachet)
622.0024.0024.0026.00
7Radix Goat (15
sachet)
1030.0035.0035.0040.00
8Radix Mocha (15
sachet)
622.0024.0027.0029.00
9Radix Cereal417.0019.0020.0022.00
10Teh Manjakani620.0022.0022.0024.00
11Sos Cili Jejawi0.252.903.303.303.80
12Kordial Asiatica413.0015.0015.0018.00
13Kordial Roselle413.0015.0015.0018.00
14Kordial Mangga413.0015.0015.0018.00
15Kordial Jambu Batu
Merah
413.0015.0015.0018.00
16Air Mineral HPA (1500
ml)
0.52.202.502.503.00
17Air Mineral HPA (600
ml)
0.251.101.401.401.60
18Air Minuman Berakali
(500 ml)
0.31.701.802.002.10
19Air Zam-Zam (300 ml)110.0012.0012.0014.00
20Minuman IMT0.53.003.503.504.50
21Evergreen Centella1547.0049.0052.0054.00
22Spirumadu1547.0049.0052.0054.00
23Kismis Minda39.0010.0012.0013.00
24Extra Virgin Olive
Oil  (Unfiltered)
1250.0052.0055.0057.00
25EQ Minda1046.0049.0052.0054.00
26Cuka Nipah (375 ml)210.5012.5012.5015.00
27Palm Honey (375 ml)525.0027.0030.0032.00
28Madu Asli519.0021.0024.0027.00
29Madu Sidir35135.00-145.00-
30Madu Tualang730.00-35.00-
31Lady Cheer516.0018.0019.0022.00
32Serbok Tanah Liat
Putih
26.507.508.008.00
33Ubat Gigi Herba26.007.007.008.00
34Cecair Pencuci
Freesia
218.0020.0020.0023.00
35Freesia Serbok210.0012.0012.0014.00
36Wahdah15.305.705.706.70
37Mastura Liquid
Detergent (3 liter)
216.5018.5018.5022.50
38Nazifa Liquid Laundry
Detergent
318.0020.0020.0022.00
39Widuri Pencuci
Pinggan  (1300 ml)
17.508.508.509.50
40Shampoo Sintok216.0018.0018.0020.00
41Baunkem50140.00-150.00-
42Minyak But-But48.5010.5010.5013.00
43Minyak Herba48.5010.5010.5013.00
44Minyak Bayi412.5013.5015.5016.50
45Minyak Pati Sepang48.5010.5010.5013.00
46Tonik Pandan410.5012.5015.5018.50
47Balm But-But
Aromaterapi
27.008.508.5010.00
48Minuman Botani Pegaga1245.0050.0060.0065.00
49Minuman Pegaga Plus1245.0050.0060.0065.00
50Minuman Herba Hirta920.0022.0024.0026.00
51Teh Instant920.0022.0024.0026.00
52Set Bersalin2580.0090.0090.00100.00
53Barut Herba1570.0080.0090.00100.00
54Set Colon Cleansing3065.0072.0078.0087.00
55D’Det2545.0047.0055.0057.00
56D’Karm2545.0047.0055.0057.00
57D’Deu2545.0047.0055.0057.00
58Coscinium Plus1029.9031.9033.9035.90
59Paramaria Plus1029.9031.9033.9035.90
60Herba Tuju Angin1029.9031.9033.9035.90
61Ardisia1029.9031.9033.9035.90
62Radix1029.9031.9033.9035.90
63Vitex1029.9031.9033.9035.90
64Plantisol1029.9031.9033.9035.90
65Herba Keputihan1029.9031.9033.9035.90
66Ficus1029.9031.9033.9035.90
67Morin-A1029.9031.9033.9035.90
68Malac1029.9031.9033.9035.90
69Pelawas1029.9031.9033.9035.90
70Herba Senggugut1029.9031.9033.9035.90
71Roselle Kapsul1029.9031.9033.9035.90
72Mengkudu1029.9031.9033.9035.90
73Stoma-K929.9031.9033.9035.90
74HB929.9031.9033.9035.90
75Kapsul Portulaca929.9031.9033.9035.90
76Kapsul IMT929.9031.9033.9035.90
77Kapsul Herba Jawi929.9031.9033.9035.90
78Kapsul D’ Campuca929.9031.9033.9035.90
79Kapsul Curcumin929.9031.9033.9035.90
80Kapsul Sireh
Plus
929.9031.9033.9035.90
81Kapsul Iner-G929.9031.9033.9035.90
82Kapsul D’Ria929.9031.9033.9035.90
83Mega – 31534.9037.9039.9042.90
84Spirulina1034.9037.9039.9042.90
85Shark Cartilage1056.0058.0064.0066.00
86Kapsul Deep
Cleansing
2075.0077.0095.0097.00
87Puraria (E)2550.0055.0060.0065.00
88Kapsul Sirsak1550.0055.0060.0065.00
89Moringa1550.0055.0060.0065.00
90Mangosteen (E)1550.0055.0060.0065.00
91Butea-S (E)1550.0055.0060.0065.00

11 Disember 2012

Opps Hapus (Kopi RADIX Palsu)

 
MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 29
Sekiranya tertangkapnya mereka yang menjual kopi palsu, mereka akan berhadapan dengan denda dan penjara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta  Perihal  Dagangan  1972 Section 3(1) (b).

Tindakan bersepadu antara leader dan Jabatan Perundangan HPAIC untuk operasi HAPUS ini merupakan gerak kerja terancang untuk membuktikan bahawa kita serius menangani isu ini. Sebelum ini tindakan kepada syarikat yang menggunakan nama RADIX  telah mengheret 4 syarikat besar ke mahkamah dan ada yang masih di dalam proses perbicaraan.
Kali ini berbeza dengan kes kopi yang menggunakan nama RADIX kerana kumpulan ini bersembunyi dengan label RADIX yang asli. Mereka menipu sehingga sukar dikesan oleh pelanggan dan pekedai.
Satu hal yang lain pekedai juga tidak ambil peduli apakah itu kopi asli atau kopi palsu asalkan mereka ditawarkan dengan  harga yang murah. Bagi HPA walau apapun jalan sukar yang bakal ditempuhi kita tetap meneruskan perjuangan ini kerana inilah maruah diri dan perjuangan. Pihak HPA akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan atau KPDNK untuk menjalankan siasatan yang lebih terperinci untuk mengenalpasti kilang-kilang haram yang beroperasi.
Serbuan akan diadakan pada bila-bila masa sahaja bersama pihak MEDIA. Seramai 17 orang ahli Majlis Perundingan Bersama telah hadir mewakili semua ahli MPB yang telah berjanji untuk hadir namun begitu ianya tidak akan menjejaskan operasi HAPUS ini. Terima kasih kepada semua yang telah berani untuk berada di saf paling hadapan mempertahankan HPA. Nama dan jasa baik tuan puan akan disenaraikan dalam pahatan sejarah perjuangan ini. InsyaAllah.

10 Disember 2012

HQ HPA telah berpindah ke HPAic Shah Alam


MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 23
Pentadbiran HPA akan berpusat di HPAIC di bawah pengendalian CEO yang bertugas. Maka surat menyurat perlu dihantar ke alamat tersebut. Cara yang paling efektif ialah menggunakan FAX atau EMAIL.
Sebagai sebuah syarikat MLM hubungan antara ahli dan syarikat mestilah hampir seperti jari ditangan. Semua keputusan syarikat perlu diambil secara positif tanpa wujud pandangan negatif walaupun dipenjuru hati yang jauh.
Salah satu cara merapatkan hubungan dengan menggunakan email namun sehingga ini sangat sedikit saya terima email dari ahli-ahli mahupun leader. Email rektor_kpj@yahoo.com terus aktif sebagai line komunikasi dalaman HPA sahaja. Pandangan yang baik akan tetap diterima dan tidak perlulah rasanya menanti sesuatu program untuk disuarakan.
Apabila HPAIC mengambil alih pentadbiran untuk memenuhi moto HPA tahun 2013, HPA ERA GLOBAL, maka komplek HPA Jejawi kini diubah menjadi pusat latihan yang di kenali sebagai Pusat Latihan Perubatan Jawi (PLPJ). PLPJ akan menyiapkan siri latihan intensif indoor dan outdoor bagi melahirkan usahawan herbalis yang terlatih pada tahun 2013. InsyaAllah.
PASARAYA HPAIC
Lot 1065 & 1066, Fasa 19, Laman Seri Business Park 7,
Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.
No.Tel : 03-55119717
No.Faks : 03-55118717
Email : halalmall_hpaic@yahoo.com
hpahalalmall.blogspot.com

20 Jun 2012

Insentif JUN-OGOS 2012


Syarat Insentif Jun hingga Ogos 2012 mengikut kategori :
KATEGORI 1
  • 150 NILAIMATA (NM)
  • 100 NM BELIAN KOPI RADIX
  • 50 NM BELIAN PRODUK LAIN
  • 200 UNDIAN
  • HADIAH BAUCER BERNILAI RM300
KATEGORI 2
  • 200 NILAIMATA (NM)
  • 100 NM BELIAN KOPI RADIX
  • 100 NM BELIAN PRODUK LAIN
  • 60 UNDIAN
  • HADIAH SMARTPHONE BERNILAI RM500
KATEGORI 3
  • 300 NILAIMATA (NM)
  • 150 NM BELIAN KOPI RADIX
  • 150 NM BELIAN PRODUK LAIN
  • 30 UNDIAN (7,000 ORANG PERTAMA)
  • 50 UNDIAN UNDIAN (10,000 ORANG YANG PERTAMA DAN KE ATAS)
  • HADIAH SAMSUNG GALAXY TAB BERNILAI RM1300
*Nota : Nilaimata produk lain boleh dikumpulkan ke bulan berikutnya dengan syarat mencapai belian 300 nilaimata dalam tempoh tawaran.

08 April 2011

ESP

ESP – REAL BUSINESS (EKSKLUSIF SEHARI BERSAMA PENGARAH URUSAN HPA)
MOTTO : KECUKUPAN PRODUK HALAL DI PASARAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Pengenalan ESP :


Program motivasi bersama Pengarah Urusan untuk mewujudkan satu gelombang bisnes yang baru dalam HPA. ESP kini adalah program utama dalam MLMS HPA. Sehubungan dengan itu sekiranya ESP di laksanakan, maka program HPA yang lain seperi PBC dsbnya akan di tangguhkan. Ini adalah untuk memberi laluan kepada ESP.

Tiket : RM100.00 sahaja (Tidak termasuk makan. RM10 akan dimasukkan ke Tabung ManHal. Baju akan diberikan secara PERCUMA)

Daftar terus dengan leader kelab masing-masing atau melalui cawangan-cawangan HPA yang berdekatan. InsyaAllah, pengisisan akan disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd.


Makluman dari GM Alwahida Marketing:


Kepada peserta-peserta ESP yang masih pengedar biasa (berpangkat PB dan bukan wakil) akan diberikan status PLX 20% sekiranya mematuhi program ESP sepenuhnya dan melakukan pembelian 150NM di pasar ESP pada hari tersebut. Sila sebarkan.


Kelebihan & Faedah Program ESP:

-Peserta akan mendapat slot pengisisan sepenuhnya dari Pengarah Urusan.
-Peserta juga akan dibekalkan dengan barangan eksklusif HPA termasuk:

  •     Buku Perubatan Jawi
  •     Sijil Kursus
  •     Majalah IKON 1 & 2
  •     Poskad HPA
  •     Album UNIC Terbaru “Hijrah
  •     Buku Wirid Al-Mathurat

-Persembahan nasyid khas.
-Cabutan bertuah berupa 2 unit Jam Tawaf & 1 unit Jawi Filter.
-5 produk khas akan dijual pada harga promosi kepada peserta kursus sahaja iaitu:

  •     Kopi Radix
  •     Kopi Diet
  •     Koko Radix
  •     Mocha Radix
  •     Radix Goat

PASAR ESP akan dibuka sebelah malam hanya untuk peserta ESP sahaja. Hanya 5 produk utama iaitu: KOPI RADIX, KOPI DIET, KOKO RADIX, MOCHA RADIX dan RADIX GOAT.

Peserta ESP akan ditawarkan mengikuti 5 bengkel susulan secara PERCUMA.
Mereka yang berjaya mengikuti 21 bengkel daripada 30 bengkel ini akan mendapat SIJIL HERBALIS.

30 Bengkel yang ditawarkan kepada peserta ESP

1. Herba Alami
2. Perniagaan Jawi Water Filter
3. Kecantikan Islam
4. Sinergi Herba Pilihan
5. Perawatan Sakit Tuan
6. Perawatan Sakit Puan
7. Perawatan Gamat & Klorofil Drops
8. Kaunseling Islam
9. Al-Hijamah.
10. Tunas Hijau
11. Pemakanan sihat.
12. Refleksologi
13. Madu Lebah.
14. Kiropraktik.
15. Keusahawanan Herbalis
16. Keusahawanan MLMS
17. Iridologi
18. Diagnosis Tapak Tangan
19. Diagnosis Lidah dan Bahasa Tubuh.
20. Halal Haram
21. Perubatan Jawi
22. Anatomi dan Fisiologi
23. Program Khidmat Masyarakat
24. Bengkel Public Speaking
25. Bengkel Penggunaan Alatan Test Kesihatan
26. Bengkel 6M
27. Bengkel Sanad Hadis Perubatan
28. Bengkel Kejurujualan
29. Bengkel Perubatan secara Rukyah
30. Bengkel Kepimpinan MLMS.


Borang Permohonan ESP
serta Jadual program ESP untuk bulan April, Mei dan Jun 2011 boleh dilihat disini boleh didownload DISINI.


02 Mac 2011

RFC Ipoh Kini Di Buka




RFC Ipoh Kini Di Buka.Telah beroperasi pada 28hb Feb 2011 di alamat No.13 Bangunan Komas, Jalan Keledang Raya 22, Taman Alkaf, 30100 Ipoh Perak.

30 Januari 2011

Kenaikan Harga Barangan HPA dan Produk Baru

Mesyuarat Majlis Syura PJS yang telah diadakan baru-baru ini yang dipengerusikan oleh Pengarah Urusan dan dihadiri oleh GM-GM serta PJS telah bersetuju mensasarkan jualan tahun 2011 sebanyak RM25 juta sebulan. Pelbagai strategi gempur pasaran telah diputuskan bersama. Antara ketetapan lain yang telah diputuskan bersama pihak pengurusan tertinggi HPA ialah:

1. Penajaan semula dikekalkan dengan cara lama iaitu hanya pengedar tak aktif yang menjadi ahli tahun 2007 ke bawah sahaja dibenarkan.

2. Kenaikan harga Kopi Radix seperti berikut (berkuatkuasa mulai 1 Feb 2011):

KOPI RADIX (15 sachet) – Harga Pengguna RM18.00, Harga Ahli RM16 serta 5 NM.

KOPI RADIX (papan 20 sachet) – Harga Pengguna RM23.00, Harga Ahli RM20 serta 6NM.

KOPI RADIX (Jumbo 32 sachet) – Harga Pengguna RM34.00, Harga Ahli RM30 serta 10NM.

KOPI RADIX DIET – Harga Pengguna RM18.00. Harga Ahli RM16 berserta 5NM.

3. Kenaikan harga dan Nilai Mata Produk Herba klasik seperti Herba Tuju Angin, Malac, Radix, Vitex, Ardisia, Mengkudu, Morin-A, Plantisol, Pelawas, Ficus, Paramaria Plus, Cosinium Plus, Senggugut dan Keputihan yang sebelum ini berharga RM16 dan 8NM untuk ahli akan dinaikkan kepada harga baru RM20 dan 10NM untuk ahli dengan harga pengguna dinaikkan dari RM20 kepada RM25.00 (berkuatkuasa mulai 1 Feb 2011).

4. Produk baru JAWI WATER FILTER yang dikeluarkan sendiri oleh HPA akan mula dipasarkan semasa majlis KONVEK nanti dengan Harga Pengguna RM1700.00. Harga Ahli cuma RM1100.00 dengan 300 Nilai Mata. JAWI WATER FILTER ini mempunyai kualiti yang setanding dengan jenama yang paling top dipasaran luar. Cuma yang pasti ianya adalah halal keluaran Muslim HPA.

5. Produk baru JAM TAWAF yang juga akan dilancarkan pada 5 Feb ini akan dijual dengan Harga Pengguna RM500. Harga Ahli RM450 berserta 100NM.

6. Album Nasyid Hijrah dari kumpulan UNIC yang memuatkan 10 Nasyid yang senikatanya disusun oleh Pengarah Urusan HPA sendiri akan dijual dengan Harga Pengguna RM30. Harga Ahli RM25 berserta 5 NM. Album ini juga akan dilancarkan semasa majlis Konvek Nasional di PICC pada 5 Feb ini.

7. Hpa juga akan mengeluarkan satu lagi produk baru sebagai alternatif kepada Kopi Radix iaitu MASTER GOAT (Campuran Kopi Radix dengan Susu Kambing).


Download Senarai Harga dan Nilai Mata Produk HPA Terkini


File MS Excel: http://hpa.com.my/produk/harga2011.xls
Lihat terus di web: http://www.hpa.com.my/produk

Berkuatkuasa 1 Feb 2011.


Petikan dari Blog Pengarah Urusan HPA

Tahun ini (2011) HPA akan lebih fokus dengan produk produk yang dihasilkan di kilangnya sendiri. Ini bagi mengelakkan dari berlakunya kekurangan produknya dipasaran. Sebanyak 100 produk sahaja yang akan dijadikan produk utama dimana produk-produk runcit akan dikurangi dari masa ke semasa. Produk tumpuan ialah produk herba, keperluan seperti sabun, syampu akan diberi keutamaan. Sementara kopi, koko dan penapis air juga termasuk produk utama.

Tahun ini, HPA akan memberikan tumpuan dalam produk pengubatan jawi yang menjadi teras utama perniagaan HPA.

04 Januari 2011

Syarat Terbaru Penajaan Semula Ahli HPA

General Manager (GM) Alwahida Marketing (AWM) telah memaklumkan dalam blognya bahawa terdapat perubahan pada proses penajaan semula ahli-ahli lama. Ini kenyataannya:
Penajaan semula akan di benarkan kepada pengedar yang tidak melakukan maintain bersyarat 50NM selama tempoh setahun (12 bulan). Ini bermakna sekiranya seseorang yang ingin di taja harus dipastikan ia tidak melakukan aktiviti minima maintain 50NM dan tidak mengambil kira tahun bila ia menjadi pengedar HPA. Ini juga termasuk membolehkan mereka yang melakukan pembelian di bawah 50NM boleh di taja semula.
Cara untuk membuat Penajaan Semula:
1. Dapatkan kit niaga RM30.00 dari cawangan, stokis HPA. Isi borang Permohonan Baru Ahli HPA yang terdapat dalam kit.
2. Tulis surat rasmi RAYUAN PENAJAAN SEMULA untuk ditaja semula oleh Penaja Baru.
3. Sertakan salinan Kad Pengenalan pemohon.
4. Serah dokumen berikut kepada cawangan atau stokis HPA:
(i) borang Permohonan Baru Ahli HPA,
(ii) surat rasmi RAYUAN PENAJAAN SEMULA dan
(iii) salinan Kad Pengenalan pemohon
4. Pastikan ahli yang ingin ditaja semula mengikut syarat baru yang ditetapkan seperti di atas.
Jika tidak memenuhi salah satu syarat di atas, permohonan tidak akan di proses.
Info Mengenai Program HPA Pada Waktu Malam
Semua program cawangan boleh menjalankan program pada waktu malam seperti sedia kala dengan saranan dari pihak AWM mematuhi aturan dan etika yang di tetapkan. Diantaranya adalah seperti berikut;
1. Bagi wanita di sarankan datang bersama mahram bagi mengelakkan salah faham.
2. Program akan di tamatkan selewat-lewatnya jam 11.00 malam bagi membolehkan semua aktiviti lain seperti pengurusan di cawangan selesai sebelum 12.00 malam.

01 Oktober 2010

HPAic BUKTI KEJAYAAN

Oleh Zainuddin Zain (hmetro.com.my)
http://www.hmetro.com.my/articles/HPAICbuktikejayaan/Article/

BANGUNAN HPA International Center (HPAIC) bernilai hampir RM60 juta di Shah Alam, Selangor yang akan dirasmikan Sabtu ini menjadi bukti bukan sesuatu yang mustahil perusahaan bermula di kampung membabitkan herba hutan boleh mencapai peringkat antarabangsa.
Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd (HPA), Ismail Ahmad mahu seramai 1,800 staf dan 600,000 ahli syarikat pelbagai peringkat syariah (MLMS) di negara ini dan 200,000 ahli di Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Kemboja melihat HPAIC sebagai kejayaan bersama.
“HPAIC yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam adalah satu sejarah dalam penubuhan HPA sejak 1998. Kita adalah MLM berasaskan syariah yang berjuang untuk pasaran produk halal dan suci kepada ummah.
“HPA pernah mengalami jatuh dan bangun dunia perniagaan, tetapi ahli kita terus komited merealisasikan kejayaan bagi membolehkan HPA berkembang di dalam dan luar negara,” katanya.
Mengenai majlis perasmian HPAIC yang disempurnakan beliau sendiri Sabtu ini, Ismail berkata, ia akan bermula pada jam 8 pagi dengan kehadiran ahli dari segenap pelosok negara dan wakil luar negara.
Menurutnya, wakil HPA dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei dan Kemboja akan menyampaikan ucapan masing-masing.
“Upacara perasmian akan dilaksanakan PJS (Pengarah Jati Setia) HPA yang juga kumpulan pemimpin syarikat kami dari semua negara sebagai menghargai pengorbanan mereka meletakkan HPA di tempat sekarang,” katanya.
Turut diadakan pembentangan kertas kerja oleh pengurusan HPA termasuk bertajuk Dari Cawangan Ke Pasar Raya oleh Ismail sendiri.
Selain Pasar Raya Halal HPA, HPAIC juga akan menempatkan pelbagai perniagaan HPA selain pejabat pelbagai jabatan.
Selain MLMS, HPA juga terkenal dengan produk jenama Radix termasuk rangkaian restoran Radix Fried Chicken (RFC), Radix Chicken House (RCH), Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Pizza House (RPH) dan Radix Bakery House (RBH).
Selain halal dan suci, produk syarikat menggunakan herba dan kaedah organik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...