28 April 2010

Nasihat untuk Pesakit Kencing Manis

Orang yang mengidap sakit kencing manis, tubuhnya sangat mengharapkan sesuatu yang manis. Ini merupakan kecelaruan mekanisma tubuh dalam mengenal pasti antara keperluan dan permintaan. Begitu juga dengan orang yang ada masalah darah tinggi sentiasa berkehendakkan sesuatu yang masin.

Sel perasa di atas lidah sudah tidak lagi dapat memberi petunjuk yang betul kerana baginya sesuatu yang terlalu manis itu baru berada pada tahap manis biasa dan begitu juga masin. Oleh sebab itu kekuatan akal diperlukan dalam menguasai emosi dan kehendak kerana mekanisma hemeostatik sudah tidak seiring dengan keperluan tubuh.

Sama seperti seorang yang berada dalam bilik hawa dingin, walaupun mengalami kekeringan air tetapi tetap tidak haus kerana persekitaran dingin telah mempengaruhi tubuhnya. Akhirnya seseorang itu akan terasa sakit di bahagian kepala dan pinggang kerana cairan pada otak dan pada tulang lumbar akan digunakan.

Pesakit kencing manis juga jangan mengambil air ais batu kerana ini juga akan menyebabkan tubuh menjadi lembab untuk bekerja dan gula kemudiannya akan ditukar menjadi lemak yang sukar untuk dihilangkan. Minumlah air hangat atau suam terutama sewaktu hendak tidur malam kerana ini akan membantu mendapatkan tidur yang berkualiti kerana kencing manis dan darah tinggi akan semakin serius jika tidur tidak berkualiti.

Bukan itu sahaja, tidur di awal malam sangat baik untuk penyembuhan kedua penyakit ini daripada tidur lewat kerana pengaruh hormon melatonin dalam menurunkan glukosa dalam darah dan tekanan darah tinggi . Proses ini berlaku pada awal malam di mana pineal gland merembeskan melatonin pada 1/3 malam yang pertama bermula dari waktu lepas magrib.

Meninggalkan makan nasi merupakan satu tindakan drastik untuk menurunkan gula dalam darah. Boleh mengambil nasi dalam kuantiti yang sedikit pada waktu tengahari dan jangan ambil pada malam hari.

Kencing Manis yang serius memerlukan displin pemakanan yang kuat kerana tanpa displin masalah penyakit ini sukar diubati. Jangan memandang mudah pesakit kencing manis yang luka kerana luka tersebut akan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman dan pesakit boleh jadi koma dan meninggal.

Penyakit kencing manis juga akan menjadikan tubuh malas untuk bergerak , mengantuk dan suka tidur lepas makan. Makanan akan memberi kesan tenaga sebentar sahaja kemudian menggigil semula dan memerlukan makanan lagi. Makanan kebanyakannya akan ditukar menjadi lemak dan terjadilah obesiti. Lama kelamaan gula akan merosakan buah pinggang dan melemahkan jantung. Ini mengakibatkan tubuh semakin ditekan dengan penyakit penyakit baru.

Mengambil herba sama seperti menyapu sampah sarap daripada longkang yang tersumbat. Kadar gula akan semakin berkurangan hasil sinergi antara pemakanan dan ubatan. Ubatan menjadi penyapu dan pemakanan tanpa gula, beras, santan dan roti menjadi air yang akan turut mengalirkan sampah keluar tubuh. Tanpa makanan, herba tidak berkesan dan tanpa herba makanan juga tidak berkesan. Inilah yang kita perlu tahu untuk perubatan herba yang berkesan InsyaAlah.

Sumber: http://jawimedherb.blogspot.com/

27 April 2010

Ayam Organik HPA (Penjelasan Panel Syariah)

Ayam organik yang diternak sendiri oleh HPA ini dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali. Tanpa enzim tumbesaran, tanpa vaksin dan di sembelih mengikut tatacara syariah.
DAUN MAMBU GANTI VAKSIN
Umat islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.
Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.
Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar. “Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”, kata Abdul Ghani ketika ditemubual. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA”.
“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari.
Banyak persoalan yang diajukan mengenai penternakan ayam organik yang diternak oleh HPA. Antaranya apakah hukum jika memberi ayam dengan makanan seperti Habbatussauda dan herba-herba yang lain? Adakah HPA memasang ayat Al-Quran bagi ternakannya? Dan ada juga tentang ada persaingan siapakah paling as-sunnah dalam penternakan ayamnya? Jadi bagi menjawab segala pertikaian yang ditanyakan pihak Panel Syariah akan menjelaskannya kerana mereka lebih arif dalam bidang ini. Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh pihak Panel Syariah untuk dikongsikan bersama.
PENJELASAN DARIPADA PANEL SYARIAH HPA
Ayam HPA diberi makan dedak yang diadun khas tanpa sebarang bahan yang haram dan syubhah (serbuk darah, serbuk tulang dan sebagainya) serta tidak dimasukkan bahan-bahan kimia merbahaya dan memudaratkan badan manusia termasuk antibiotik, vaksin, arsenik asid dan sebagainya. Sebagai ganti bahan-bahan merbahaya itu HPA menggunakan bahan-bahan alamiyah termasuk Habbatus-Sauda’ (yang bertindak sebagai antibiotik alternatif), halia dan sebagainya. Untuk ganti serbuk darah dan serbuk tulang pula, HPA menggunakan protien kacang soya, ikan dan sebagainya. Jadi, ayam HPA diberi makan Habbatus-Sauda’ bukan untuk mengajarnya beramal dengan as-Sunnah, akan tetapi hasil kajian kita mendapati Habbatus-Sauda’ itu berfungsi sebagai antibiotik yang bukan sahaja sesuai untuk manusia tetapi juga binatang ternakan. Kita telah terlalu biasa dengan ilmu sains dan kedoktoran moden hingga kita buta terhadap hikmah yang lebih baik yang ada di depan mata kita; hikmah dari Thibbun Nabawi. Kita seringkali menganggap as-Sunnah hanya berupa ibadah dan spiritual sahaja, namun sebenarnya as-Sunnah amat luas ruang-lingkupnya termasuk dalam rawatan, pengubatan, pemakanan sihat dan sebagainya.Makanan-makanan dan ubat-ubatan yang disyorkan Nabi s.a.w. telah dikaji oleh orang Barat sendiri dan terbukti mempunyai kesan yang amat baik kepada tubuh-badan manusia, terutamanya ‘Asal (madu) dan Habbatus-Sauda’.

Adapun memperdengarkan bacaan ayat al-Quran di reban ayam, kita (HPA) tidak pernah menetapkan satu polisi yang mewajibkan semua penternak berbuat demikian. Namun ada penternak yang melakukannya atas kreativiti sendiri. Saya rasa bukan untuk ayam, tetapi untuk pekerja-pekerja yang berkerja di reban. Ada sesetengah tempat, pekerja-perkerja reban membuka radio atau kaset-kaset lagu sebagai hiburan bagi meredakan penat dan letih semasa berkerja. Jadi, adalah lebih baik jika lagu-lagu yang tidak ada manfaat diganti dengan bacaan al-Quran. Sekaligus ayam-ayam juga turut mendengarnya.

26 April 2010

Ikan Keli Halal Vs Ikan Keli Haram

IKAN KELI YANG MAKAN BAHAN HARAM (kumbahan ladang babi / usus babi)

1. Kepala berbentuk "V"
2. Bentuk badan mirip topedo
3. Badan berwarna hitam berkilat.
4. Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
5. Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
6. Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

IKAN KELI YANG MAKAN MAKANAN ALAMI

1. Kepala berbentuk ‘U’
2. Bentuk badan tirus
3. Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
4. Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
5. Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
6. Digoreng tidak meletup

Dipetik dari blog:
pentadbiranzontimur.blogspot.com

http://stokishpatitiserong.blogspot.com

Artikel berkaitan:
cikguafezi.blogspot.com

Menu baru RCH

RADIX HOTS WINGS 4 PCS RM 7.50

RADIX HOTS WINGS 6 PCS RM 11.50

CRAFTY WEDGES RM 3.90

RADIX VOLCANO ICE CREAM RM 3.50

Dilancar 20.10.2010 di semua cawangan RCH seluruh negara.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati menu ini di setiap cawangan RCH berdekatan anda..
lazat,halal, bersih dan organik.

Isu Kopi Radix Palsu

Kejadian ini kembali berulang dan dilakukan oleh sendikit “TAUKEH” yang sememangnya terkenal dengan istilah “KALAU TIDAK PENIPU MAKA ITU BUKAN TAUKEH”. Sah mereka ini sering kali memberi ancaman kepada kita khususnya umat Islam yang ingin mensukseskan perniagaan HALAL & TOYIBAN. Tektik mereka sungguh licik dan amat susah di kesan. Diantaranya adalah seperti berikut;

i) Berpura menjadi ahli yang kononnya ingin memasarkan Kopi Radix Asli, namun diselit dengan Kopi Radix Palsu.
ii) Menggunakan nama keahlian Melayu sebagai penyamaran dan melakukan akibiti haram ini. Malangnya ada yang sanggup mengadaikan maruah kepada Taukeh ini untuk sedikit habuan yang mereka tidak sedar akan menghancurkan perniagaan Umat Islam. Hal ini di kesan berlaku di Perlis, Seberang Perai, Kulim, Kelantan, Perak Utara dan Selangor.
iii) Memasarkan Kopi Palsu dan dijual di bawah harga ke sebahagian besar kedai Borong dan Pasaraya.

Justeru itu pihak HPA dengan resminya mengistiharkan demi keselamatan pengguna, maka semua KOPI RADIX yang berada di PASARAYA dan PEMBORONG adalah tidak sah dan PALSU.
Pihak HQ dengan ini akan tidak akan membenarkan lagi penjualan KOPI RADIX ke mana-mana pasaraya dan kedai BORONG bagi mengelakan kecelaruan pengguna terhadap penggunaan KOPI RADIX.


Pihak HQ akan menamatkan serta merta tanpa rayuan mulai sekarang kepada mana-mana pengedar yang didapati melakukan salah guna menjual secara salah laku hingga mengganggu pasaran KOPI RADIX masakini.

Pihak HQ juga akan mengambil tindakan kepada pengedar yang didapati melakukan unsur lawan harga kepada pekedai dan peruncit sehingga mengganggu-gugat keharmonian pasaran ini.


Dipetik Dari Blog GM.

Artikel lain berkaitan kopi Radix Palsu:

http://stokishpatitiserong.blogspot.com/2010/03/kopi-radix-palsu.html


Kempen Boikot Kopi Radix Palsu..

Boikot semua pasaraya cina yang jual kopi RADIX kerana semua kopi RADIX di pasaraya cina disahkan palsu. JOM sedarkan warung, restoren Melayu kita agar jangan jadi mangsa sindikit
Kopi Radix Palsu. Pihak HPA tidak pernah melantik mana-mana pasaraya sebagai agen stok. Mari kita beli produk yang original HANYA DI CAWANGAN-CAWANGAN DAN JUGA AGEN STOK (STOKIS) YANG DILANTIK... Jangan kita bersekongkol dengan sindikit yang tidak bertanggungjawab ini.

20 April 2010

Cirit birit dan Kerosakan hati

1. Cirit-birit:

Gunakan teh sepang jika anda ada masalah keluar darah ketika buang air besar atau cirit birit. Rendamkan teh dalam segelas air panas, tunggu sehingga warna air menjadi merah terang. Minum 3 kali sehari. Teh tersebut masih boleh lagi digunakan selagi mengeluarkan warna merah. Minum hingga sembuh. InsyaAllah.

2. Kerosakan Hati:

Periksa kuku tangan, licin atau bergelombang? Kalau ada lekukan menandakan kelemahan di hati. Cepat makan herba yang mengandungi ramuan pokok teja lawang kerana kajian terakhir mendapati minyak dari teja lawang melindungi kerosakan hati. Produk HPA yang ada pokok teja lawang ialah kopi radix, kapsul radix, paramaria plus, kopi diet dan herba tuju angin.


12 April 2010

PROGRAM PENGGUNA SETIA CEMERLANG (PSC)

KERTAS CADANGAN PROGRAM PENGGUNA SETIA CEMERLANG (PSC)

PENDAHULUAN

Setelah 5 tahun program PBC dilaksanakan adalah difikirkan perlu bagi pihak Al Wahida Marketing memperkenalkan satu program baru bagi mempercepatkan lonjakan jualan kearah pencapaian jualan RM20 juta. Program PSC dicadangkan untuk diperkenalkan oleh pihak Syarikat bukannya untuk menggantikan program PBC tetapi sebaliknya adalah bagi memantapkan lagi program tersebut.

MATLAMAT
Bagi melahirkan pengguna setia produk HPA dikalangan pengedar disamping menjana pendapatan yang selesa dengan cara yang mudah.

SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI
Semua PB yang belum berpangkat

JANGKAMASA PROGRAM – 1 HARI (9 PAGI – 5 PTG)
INSENTIF PROGRAM: DINOBAT SEBAGAI PENGURUS MELATI (PLX) SETELAH
MAINTAIN 100 NM SELAMA 6 BULAN BERTURUT-TURUT

TEMPAT PROGRAM: HOTEL ATAU YANG SETARAF DENGANNYA
MODULE – 1. PENGENALAN SYARIKAT
2. MARKETING PLAN – BAGAIMANA MENJANA PENDAPATAN SELESA
MELALUI PROGRAM PSC
3. PRODUK KNOWLEDGE
BAYARAN – RM10 – RM30 TERMASUK BAHAN DAN MAKAN
BILANGAN PESERTA – (200 HINGGA 500) ORANG – (10 ORG PESERTA BG SETIAP PJS)

SYARAT PENYERTAAN
A. TELAH MEMBUAT PEMBELIAN 100 NM SEBULAN DALAM MANA2 BULAN DALAM TEMPOH 3 BULAN SEBELUM KURSUS. PESERTA DIKEHENDAKI MEMBUKTIKAN DENGAN MENYERTAKAN INVOIS PEMBELIAN SEMASA PENDAFTARAN BERSAMA DENGAN KAD PENGENALAN. PESERTA YANG MENGIKUTI PROGRAM PSC PADA BULAN PEMBELIAN SYARAT DIBUAT ATAU BULAN BERIKUTNYA HANYA PERLU MENERUSKAN MAINTAIN 100 NM SELAMA LIMA BULAN BERTERUSAN UTK MELAYAKAN MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT PLX

B. HANYA PESERTA YANG HADIR LAYAK MENERIMA KENAIKAN PANGKAT. TIDAK DIBENARKAN PENGGANTI UNTUK HADIR KURSUS


C. PESERTA PERLU HADHIR SEPENUH MASA DALAM KURSUS

SYARAT PENGANJURAN

DIANJURKAN OLEH KELAB DAN PADA PERINGKAT PERMULAAN CUKUP SATU ATAU DUA PROGRAM UNTUK SATU KELAB. TARGET 500-1000 PESERTA SEBULAN

KENAPA PROGRAM PSC RASIONAL?

1. PSC TIDAK AKAN MENYEBABKAN PROGRAM PBC TERGENDALA MALAHAN AKAN MENJADIKANNYA LEBIH RANCAK KERANA MEREKA YG MENYERTAI PSC APABILA MENYERTAI PBC PADA BULAN BERIKUTNYA, HANYA PERLU MEMBUAT PENAMBAHAN 200 NM. DISAMPING ITU MEREKA JUGA AKAN MENJADI PESERTA PBC YANG LEBIH BERKUALITI KERANA TELAH FAHAM AKAN MATLAMAT DAN KELEBIHAN PBC.
2. PROGRAM PBC TELAH PUN BERJALAN SEJAK TAHUN 2005. SETELAH 5 TAHUN, RASANYA SUDAH SAMPAI WAKTU DAN KETIKA PARA PEMIMPIN DAN PENGEDAR DIDEDAHKAN DENGAN PROGRAM BARU YANG BOLEH MEMBANGKITKAN SEMANGAT MEREKA.
3. PSC AKAN MEMASTIKAN PESERTA MENERUSKAN PEMBELIAN SEKURANG2NYA 6 BULAN DIMANA ADA KALANYA PESERTA PBC HANYA MAMPU UNTUK MAINTAIN DALAM MASA 2 BULAN PERTAMA SELEPAS PBC
4. TERDAPAT DIKALANGAN PENGEDAR YANG HANYA SANGGUP MEMBERI MASA 1 HARI BAGI MENGIKUTI PROGRAM. INI ADALAH LEBIH MUDAH BAGI ORANG YANG KURANG SEMANGAT DAN KEYAKINAN.

PENDAFTARAN PSC DIBUKA SEKARANG

Pendaftaran untuk Kursus Pengguna Setia Cemerlang (PSC) dibuka mulai sekarang dan tarikh tutupnya pada 24 APRIL 2010 (Sabtu). Mereka yang berminat hadir boleh daftarkan nama melalui PENGERUSI KOMUNITI masing-masing.

Tarikh PSC : 01 MEI 2010 (Sabtu)
Masa : 8 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Dewan Umar Mukhtar, RFC Legenda Height.
Yuran : RM20 (Minum pagi, Mkn Thari dan Petang serta Bahan)

SYARAT-SYARAT PSC
1. Mesti membuat belian 100NM dalam mana-mana 3 bulan (FEB,MAC atau APRIL).
2. Bukti INVOIS 100 NM perlu dibawa semasa pendaftaran.
3. Peserta berpangkat PB sahaja diterima.
4. Peserta ganti TIDAK DIBENARKAN.
5. Umur 18 tahun ke atas.
6. Hanya 200 peserta pertama mendaftar akan diterima.

Semua PENGERUSI KOMUNITI hendaklah menyerahkan senarai nama peserta pada atau sebelum 24 APRIL 2010 kepada Setiausaha Tribunal (PJS Ismail - 019-4752205).

Penceramah :
1. PJS Sharifah Sulaiman
2. PJS Azizan Ahmad.
3. PJS Mohd Nadzri Ahmad
4. PJS Mohd Aseri Hanapiah
5. PJS Jamaliah Omar
6. PJS Zaharah Mat Zain

08 April 2010

PERASMIAN HALAL MART HPA DI JEJAWI, PERLIS DAN LANGGAR, KEDAH

HPA melebarkan sayapnya di Zon Utara dengan pembukaan Halal Mart di dua lokasi yang berbeza iaitu Jejawi, Perlis (berhadapan JPJ) dan di Langgar, Kedah.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad pada 15/4/2010 ( khamis ) Jejawi, manakala Langgar pada 16/4/2010. Bermula jam 8.00 malam Bacaan Surah Yassin dan Solat Isyak Berjamaah. Seterusnya majlis perasmian ucapan oleh wakil zon, wakil kpu , dan ucapan perasmian oleh PU 1 HPA.

Halal Mart baru yang akan dibuka di Zon Utara :-

  1. Halal Mart Jejawi - No 24 & 26 Jalan Jejawi Sematang, Taman utara Jejawi 02600 Arau Perlis
  2. Halal Mart Langgar - N0. 7 Taman Amira Batu 5 Jalan langgar 05460 Alor Setar Kedah Darul Aman.
  3. Halal Mart Mergong - No 255 Ground Floor, Kompleks Perniagaan Utama, Mergong Jaya 06250 Alor Setar.
  4. Halal Mart Kulim - No 6, Jalan KLC satu (1), Kulim Landmark Central 09000 Kulim Kedah.
  5. Halal Mart Serdang - Lot 52 Jalan Raya 09800 Serdang Kedah Darul Aman.
  6. Halal Mart Tunjang - No 1, Taman Sri Nyior 06000 Jalan Jitra, Kodiang Kedah.
  7. Halal Mart Pulau langkawi
  8. Halal Mart Padang Matsirat
  9. Halal Mart Jeniang
  10. Halal Mart Pulau Pinang
  11. Halal Mart Kuala Ketil
  12. Halal Mart Kerpan

01 April 2010

PRODUK HPA MAHAL??

Memang tidak dinafikan harga sesetengah produk HPA agak mahal jika dibandingkan produk yang sama di pasaran. Perlu diingat bahawa HPA tidak menggunakan sumber bahan mentah biasa sebaliknya menggunakan bahan mentah berkualiti yang bebas dari sumber syubhah dan sebarang bahan kimia.

Sebagai contoh ayam organik HPA tidak menggunakan dedak ayam di pasaran serta disuntik hormon cepat membesar (diragui status halalnya) sebaliknya diberi makanan herba seperti habbatus sauda, spirulina, jagung dan lain-lain yang bebas dari bahan kimia serta tidak disuntik sebarang hormon pembesaran. Ia dipelihara, disembelih dan diproses dalam keadaan yang bersih dan memenuhi kehendak syara'.

Di samping itu perniagaan HPA dijalankan secara MLM di mana setiap produk mempunyai nilai mata (NM). Anda berpeluang mendapat bonus atas produk yang dibeli. Dalam perkataan lain wang anda dikembalikan jika memenuhi syarat ditetapkan. Jika dibandingkan produk yang sama yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat MLM yang lain ternyata produk HPA jauh lebih murah.

Sebagai contoh, harga di Semenanjung Malaysia sabun susu kambing HPA ahli RM5.00 (pengedar) dan RM6.00(pengguna) banding keluaran H* Marketing RM7.60 (pengedar) dan RM9.00 (pengguna). Manakala harga Sabah/Sarawak sabun susu kambing HPA ahli RM6.00 (pengedar) dan RM7.00(pengguna) banding keluaran H* Marketing RM9.00 (pengedar) dan RM11.00 (pengguna).

Sila klik untuk besarkan dan lebih jelas


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...