31 Oktober 2010
HPA mahu buka pasar raya besar (Petikan HMetro)
Keyakinan itu bersandarkan HPA yang juga MLM berkonsep syariah bermula daripada jualan daripada rumah ke rumah sebelum dinaikkan taraf kepada cawangan, halal mart dan terbaru HPA Halal Mall yang dilancarkan pada 2 Oktober lalu.
Majlis pelancaran HPA Halal Mall itu bersamaan dengan perasmian mercu tanda HPA dikenali HPA International Center (HPAIC) yang bernilai hampir RM60 juta di Seksyen 13, Shah Alam Selangor pada hari yang sama, disempurnakan Pengarah Urusan 1 HPA, Ismail Ahmad bersama lebih 2,000 Pengarah Jati Setia (PJS) dan ahli syarikat itu dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Brunei.
Ismail berkata, pelancaran HPAIC bermakna ‘gelombang kedua’ yang harus dilalui semua warga syarikat itu selepas kejayaan yang diraih syarikat yang bermula dengan modal permulaan hanya RM3,000 pada 1998, tetapi kini mencatatkan jualan hampir RM20 juta sebulan di Malaysia dan RM3 juta di Indonesia.
“Permintaan produk halal di seluruh dunia tahun ini saja berjumlah RM7.1 trilion dan HPA melihat peluang yang cukup besar untuk HPA kerana perjuangan kita selama ini untuk membawa produk halal dan suci kepada ummah.
“HPA Mall adalah langkah awal untuk kita merealisasikan impian mempunyai emporium produk halal dan suci kita sendiri pada masa depan dengan sasaran kita pasar raya besar di atas jenama kita akan dibuka selewat-lewatnya lima tahun lagi,” katanya.
Menurutnya, HPA yakin pemasaran tidak menjadi masalah kerana selain mempunyai lebih 670,000 ahli yang komited di Malaysia dan 250,000 di Indonesia, Kemboja, Thailand dan Brunei, produk halal dan suci dicari semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.
Ismail berkata, masalah utama untuk HPA membuka pasar raya besar sekarang ialah faktor kekurangan produk.
“Perancangan HPA ialah selain produk yang kami keluarkan sendiri, syarikat ini juga menjadi pemasar bagi produk orang Islam yang dikenal pasti halal dan suci serta daripada bahan bermutu,” katanya.
Disebabkan itu, katanya, HPA kini melaksanakan program khas untuk mencari usahawan Bumiputera menjadi rakan niaga kepada HPA.
Keluaran 1 Nov 2010:
http://www.hmetro.com.my/articles/HPAmahubukapasarrayabesar/Article
Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my
27 Julai 2010
22 Julai 2010
RFC: Sasar 10 Tahun Tawan Pasaran
RFC yang juga restoran milik penuh HPA Industries Sdn Bhd (HPA), peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera di negara ini kini mempunyai tujuh cawangan di Semenanjung.

Ismail berkata, sasaran syarikat ialah mewujudkan 400 cawangan RFC menjelang 2020 di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sama ada pembukaan sendiri oleh HPA atau sistem francais.
Menurutnya, RFC kini memiliki tujuh cawangan. RFC yang pertama dibuka pada Julai 2008 ialah di Lagenda Heights, Sungai Petani sebelum diperluaskan ke Alor Setar dan Bandar Laguna (juga di Sungai Petani).
Katanya, RFC kemudian dibuka di wilayah Selatan iaitu Kluang, Johor dan Melaka.
“Kini beberapa cawangan seperti Kuantan, Pahang serta Bangi dan Shah Alam di Selangor juga dijangka bakal beroperasi dalam tempoh terdekat.
“Kita menjangka pembukaan pesat cawangan RFC selepas kita memperoleh lesen francais,” katanya kepada Bisnes Metro di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.
RFC ialah antara restoran makanan segera milik HPA selain Radix Chicken House (RCH), Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Pizza House (RPH) dan Radix Bakery House (RBH).
Kekuatan syarikat di bawah Kumpulan HPA ialah menggunakan herba dan kaedah organik, produk kumpulan syarikat berkenaan juga dijamin halal dan suci.
Petikan akbar: (hmetro.com.my) 19/07/2010
Oleh Zainuddin Zain
05 Mei 2010
Strategi Pintar: HPA Halal Mart

Klik gambar untuk paparan lebih jelas
Oleh Zainuddin Zain
Harian Metro, Ruangan Bisnes, 3 Mei 2010
HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera yang terkenal dengan produk jenama Radix, menyasar mewujudkan lebih 300 cawangan jualan di seluruh negara menjelang 2015.
Pada masa ini, HPA mempunyai 155 cawangan di seluruh negara dengan yang terbaru di The Mines Kuala Lumpur; Bukit Tinggi, Klang di Selangor dan Jalan Langgar, Alor Star, Kedah yang dibuka minggu lalu.
Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata syarikat itu kini menjalin kerjasama pintar dengan lebih 650,000 ahlinya bagi merealisasikan lebih 300 cawangan di seluruh negara sebelum 2015.
Menurutnya, semua cawangan terbaru yang dibuka HPA sejak tiga bulan lalu berkonsepkan pasar mini halal atau Halal Mart berbanding kaunter jualan sejak HPA ditubuhkan pada 1997.
“HPA juga membuka peluang kepada semua ahli untuk berkongsi dalam perniagaan peruncitan HPA Halal Mart dengan jumlah pembiayaan RM50,000 bagi satu premis.
“Kita yakin ahli HPA akan mengambil peluang ini seterusnya mencapai sasaran lebih 300 cawangan syarikat di seluruh negara menjelang 2015 atau lebih awal dan orang ramai yang berminat boleh menghubungi Salleh (017-5248946) atau Adnan Fadzil (013-4895717),” katanya.
Mengenai sasaran jualan RM20 juta sebulan diumumkan HPA bagi Insentif Tahun 2010, Ismail berkata, ia dijangka dapat dicapai dalam tempoh terdekat sama ada Mei atau Jun ini.
“Jualan lebih 200 produk HPA kini cukup menggalakkan dengan produk utama seperti Kopi Radix, Radix Koko, sabun pembasuh Freesia dan penapis air Dew begitu menggalakkan hingga kadar pengeluaran terpaksa ditingkatkan,” katanya.
Menurutnya, kekuatan HPA ialah mempunyai panel syariah sendiri selain memperjuangkan produk halal dan suci (halalan toyyiban).
“HPA juga bergerak cergas dengan program ilmu untuk mengajar ahli supaya beralih kepada herba dan bahan harian bebas kimia iaitu organik sebagai persediaan mengelak malapetaka kesihatan,” katanya.
Beliau juga mengumumkan yang HPA membeli sebuah bangunan di Seksyen 13 Shah Alam setinggi 12 tingkat pada harga RM54 juta untuk dijadikan HPA International Center (HIC).
16 Mac 2010
Bebola Ikan Mempunyai Unsur Tidak Halal
Kajian awal yang dilakukan itu mendapati bebola ikan berkenaan mengandungi plasma darah haiwan yang dicampurkan di dalam ramuan bebola ikan bagi menambahkan kualiti bebola ikan, selain mencantikkan produk itu supaya nampak lebih kenyal dan gebu.
Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Usim, Prof Dr Salmah Yusof, ketika mendedahkan hasil kajian itu menyatakan plasma darah kaya dengan protein yang boleh membantu memberi ciri-ciri yang lebih baik serta kualiti kepada sesuatu produk makanan seperti kekenyalan, mudah dihiris dan berwarna putih.
Lazimnya, beliau berkata, semua bahan itu boleh diperoleh daripada plasma darah ternakan seperti ayam, lembu dan babi. Katanya, penggunaan plasma darah ternyata tidak dibenarkan di dalam Islam kerana ia adalah haram.
“Kajian yang dilakukan bulan lalu, mendapati bebola ikan itu positif daripada bahan tidak halal iaitu mengandungi plasma darah haiwan. Kita juga akan melakukan kajian secara menyeluruh sedikit masa lagi bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenainya.
“Kita menggunakan `teknik enzime linked immuno sorbent assay` (Elisa), iaitu teknik yang lebih cepat dari segi dapatan kajian dan lebih menjimatkan masa,” katanya ketika ditemui pada seminar Minggu Pelancongan Islam dan Halal Antarabangsa, baru-baru ini. Surimi dijadikan bahan kandungan asas bagi produk seperti sosej, bebola ikan, udang, ketam, mee, isi ketam tiruan produk makanan lain.
Justeru, tidak mustahil, hasil kajian menunjukkan untuk meningkatkan dan mengekalkan kestabilan kualiti surimi, protein plasma darah haiwan dicampur ke dalam surimi. Plasma adalah bahagian cecair yang tidak berwarna sebahagian daripada darah. Secara sederhana, ia diasingkan daripada darah melalui kaedah pengemparan. Selepas diasingkan, plasma ini dikeringkan dengan alat pengering sembur sehingga berbentuk serbuk.
Salmah berkata, ketika ini, pihaknya belum melaporkan hasil kajian berkenaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengenai produk itu daripada pasar raya di Putrajaya dan Nilai berkenaan didapati tidak halal atas alasan tertentu.
Bagaimanapun, bagi memenuhi tanggungjawab sebagai umat Islam, beliau melalui pembentangan kertas kerja atau ceramah yang dihadiri akan menyebarkan maklumat mengenai isu halal haram ke atas produk makanan. Katanya, berdasarkan pemerhatiannya dan maklumat dan pengetahuan, seseorang boleh tahu dan mencurigai sesuatu makanan atau minuman yang dibeli itu halal atau sebaliknya. Sebagai contoh, bentuk fizikal bebola ikan yang dilihat cantik, sempurna dan berkualiti pembuatannya seperti kenyal lazimnya mengandungi plasma darah haiwan.
“Oleh itu, orang ramai seharusnya prihatin apabila ingin membeli produk berasaskan produk isi daging seperti bebola ikan, ketam atau sosej kerana ia mungkin mengandungi bahan yang tidak halal. Kita perlu ada sifat ingin tahu dan sensitif mengenai perkara ini supaya tidak termakan bahan halal. “Malah, dalam hadis riwayat At-Tabarani juga menjelaskan setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya,” katanya.
Salmah berkata, keraguan terhadap penggunaan plasma darah haiwan dalam makanan juga sudah banyak disebarkan di dalam jurnal oleh pakar saintis yang sering memberi penekanan mengenai kewujudan plasma darah haiwan ke dalam beberapa produk makanan.
Beliau menegaskan, tidak mustahil bahan sama digunakan dalam produk berkaitan di negara ini.
Justeru, Usim juga akan memperluaskan kajian ke atas produk berasaskan sosej, tahun depan.
Mengulas lanjut, Salmah berkata, kerjasama menyeluruh membabitkan pelbagai pihak bermula dari peringkat industri, pakar, pengkaji dan Jakim serta agensi berkaitan perlu dipergiatkan bagi menangani kesedaran mengenai isu halal termasuk produk makanan, kosmetik, minuman dan farmaseutikal.
Keratan akhbar berkaitan:

PENYELESAIAN:
Bebola ikan HPA sebagai alternatif.
HALAL, BERSIH, BERKUALITI DAN SUCI
Sumber: http://stokishpatitiserong.blogspot.com/
Enam Produk Kosmetik Diharamkan
KUALA LUMPUR: Bagi memastikan golongan wanita tempatan tidak teraniaya, enam produk kosmetik import diharamkan serta-merta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikenal pasti boleh mencacatkan wajah selain turut mampu membawa maut.
Keenam-enam produk kosmetik import berkenaan dikenal pasti mengandungi racun berjadual iaitu kimia ‘hydroquinone’ dan ‘tretinoin’ yang ditakuti berikutan boleh membunuh sel kulit wajah selain meresap ke dalam saluran darah. Dalam beberapa kes dilaporkan sebelum ini, hydorquinone bertindak balas dalam aliran darah pengguna seterusnya menyebabkan barah, kemandulan, penyakit hati dan ginjal, sekali gus mengancam nyawa wanita yang memakainya.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A Rahman, berkata enam produk diharamkan berkenaan adalah Temulawak Whitening Pearl Creamv Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream, Atika Beuty Renewel Night Cream, Chantique Whitening Night Cream, Treatment No 1 dan Treatment No 2.
Menurutnya, penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan dalam produk kosmetik kerana boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor. “Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, kulit menggelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone juga memberikan kesan yang sama kecuali perubahan pada warna kulit. “Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Petikan Harian Metro
p/s: Berita ini boleh dijadikan pedoman untuk kita agar tidak terburu-buru membeli produk-produk kosmetik yang sengaja dilambakkan di pasaran oleh pihak-pihak tertentu demi mengaut untung.
PENYELESAIAN:
HPA juga telah mengambil inisiatif memperkenalkan produk-produk kosmetik CENTELLA WHITE yang bermutu dan halal untuk memenuhi permintaan para ahli dan pengedarnya.
Sumber: http://stokishpatitiserong.blogspot.com/
