27 Mei 2010

Penyakit Empat Serangkai


D'Det mengandungi 28 jenis herba yang memberikan perawatan menyeluruh khususnya kepada penyakit 4 serangkai iaitu Jantung, Kencing Manis, Darah Tinggi dan Buah Pinggang.

Namun begitu bagi mendapatkan keberkesanan kepada D 'Det ia perlu diambil dengan D'Deu kerana kandungan Vitamin C atau roselle menyebabkan D 'Det bertindak 13 kali ganda kekuatanya.

Dos yang biasa ialah 1 x 3 namun begitu bagi penyakit yang sudah bertahun boleh menambah dosnya kepada 2 x 3.

Jika terdapat keluarnya cairan seperti hingus hendaklah mengurangi pengambilan herba ini.

D 'Det juga baik untuk athritis atau sakit sendi jika diambil berterusan namun begitu adalah dicadangkan pengambilannya set lengkap 3 D ( D'Det, D'Deu, D'Karm ) terus bagi mempercepatkn kesembuhan. InsyaAllah.

25 Mei 2010

Kesuburan Rambut


Sinergi produk yang dapat membantu menyuburkan kembali rambut adalah:

Pandan Tonik Rambut berfungsi menguatkan dan menyuburkan pertumbuhan rambut. Ia juga mencegah berlakunya kelemumur, rambut bercabang and pertumbuhan mikroflora.

Virgin Coconut Oil Softgel dapat membantu menguatkan sistem pertahanan badan dan meningkatkan pertumbuhan rambut serta mengurangkan kelemumur.

Kanak-kanak Kencing malam


Sinergi produk merawati masalah ini adalah:

Gunakan Minyak But-but dan sapukan pada ari-ari sebelum tidur.

Tambahkan bersama dengan Madu Asli

Malac boleh dibuka kapsul dan dimasukkan dalam air atau susu.

22 Mei 2010

Cerdas Minda


Sinergi produk HPA yang disyorkan bagi membantu perkembangan minda adalah:

Kordial Evergreen Centella amat baik untuk pertumbuhan otak, amat baik juga kepada pelajar bagi mengatasi masalah attention deficit disorder. Evergreen Centella ini menyebabkan sistem saraf menjadi tenang.

Kismis minda mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah yang membekalkan oksigen ke otak.

EQ Minda terdiri daripada Madu lebah, Badam, Habbatus Sawda, Kacang Adas, Kurma, Tin, Kismis, Zaa'faran dan Halia amat baik untuk menghilangkan keletihan dan perkembangan minda.

Spirulina sesuai dijadikan penganti untuk kanak-kanak yang tidak suka kepada sayuran hijau yang penting untuk tumbesaran.

Omega-3 Softgel mengandungi asid lemak EPA, DHA, LLA , asid amino kompleks dan mineral. DHA berfungsi membantu menigkatan kemampuan otak untuk belajar dan menguatkan minda serta daya ingatan.

Sukar Tidur (Isomnia)

Tanda seseorang itu menghadapi masalah sukar tidur adalah:
1. Kerap terjaga di waktu malam
2. Pening kepada

Sinergi produknya adalah:

Gabungan Pegaga dan Spirulina di dalam Kordial Evergreen Centella , kaya dengan protein, lemak, khabohidrat serta pytonutrien yang memenuhi keperluan tubuh. Minum Evergreen Centella setengah jam sebelum masuk tidur.

Mengkudu digunakan bagi menurunkan tekanan darah tinggi, memelihara sistem jantung, mencegah ketegangan tekanan (stress) dan stroke. Mengkudu juga mambantu dan meransangkan hormon melatonin dan seratonin bagi mengatur dan memperbaiki kualiti tidur serta peredaran darah yang stabil.

Roselle dapat bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit, maka masalah stress boleh dikurangkan. Roselle menpunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.

Resdung/ Alergi


Tanda-tanda penyakit ini adalah rambut gugur, kulit kepala kering, mata-hidung berair, kerap bersin, gigi berdarah, buasir, mudah letih, keputihan,dan cepat penat/Asma.

Punca yang dikenal pasti seperti paru-paru bermasalah, sistem pencernaan yang kurang sempurna, dan masalah darah.

Sinergi Produk bagi masalah resdung adalah seperti berikut:

Coscinium Plus untuk mengatasi masalah allergic atau alahan terhadap persekitaran, makanan laut dan benda-benda tertentu.

Teh herba mengandungi bahan aktif yang berfungsi untuk merencatkan 'kesan radang' yang disebabkan oleh radiasi.

Pengambilan bersama dengan Madu Asli adalah amat baik untuk mengatasi masalah alahan ini.

Roselle juga boleh digunakan bersama dengan Coscinium Plus bagi rawatan resdung, alargi atau lelah.

21 Mei 2010

Imuniti Badan Rendah

Anggota badan seseorang yang rendah tahap imunitinya mudah dijangkiti penyakit. Punca-punca dikenalpasti adalah pesakit mengalami tekanan, dan pengambilan gula di dalam makanan yang berlebihan.

Sinergi Produk bagi masalah imuniti rendah adalah seperti berikut:

Madu Asli
dapat menaikkan kekuatan fizikal dan mental seseorang. Maka diambil bersama-sama dengan Teh Herba sebagai pemakanan kesihatan.


Antara kelebihan meminum Teh Herba ini ia dapat meningkatkan imunisasi bagi mencegah penyakit.

Roselle mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi berkhasiat untuk segenap lapisan umur didalam proses penjagaan kesihatan dan sebagai pencegah dari sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyerang tubuh manusia.

Mengkudu dapat memperbaiki sistem imunisasi dan merangsangkan penghasilan sel T.

20 Mei 2010

Kesuburan Lelaki


Sinergi Produk HPA yang terbaik bagi membantu meningkatkan kesuburan lelaki seperti berikut:
Herba Tuju Angin yang juga mengatasi masalah angin duduk, yakni cepat letih dan terasa meloya serta angin sendi di mana pesakit cepat lenguh badan. Ia juga memperbaiki kelemahan tenaga batin.

Radix terdapatnya herba Tongkat Ali ( Eurycoma Longfolia) yang meransang proses biosintesis terhadap hormon endrogen untuk lelaki dan hormon estrogen untuk wanita. Pengambilan Radix juga dapat menpertingkatkan kepekatan sperma lelaki yang cair sebelum itu. Radix juga tergolong dalam herba diuretik yang membantu memperbanyakkan pengeluaran urin dan memperbaiki ginjal/ buah pinggang.

Mega-3 kapsul dan Omega-3 Softgel meningkatkan daya kesuburan dan daya seks wanita/ lelaki.

Gunakan Minyak but-but sebagai urutan di bahagian zakar setiap hari bagi mengatasi masalah lemah tenaga batin atau pramatang.

Minum Herba Rebusan Tenaga Hayat bagi mempertingkatkan tenaga batin lelaki.

Minum Kopi Radix yang juga dapat meransang biosintesis ke atas hormon endrogen dan juga bertindak sebagai 'afrodisiak' iaitu menambahkan fertiliti (kesuburan).

Minum Evergreen Centella serta dicampur dengan Madu Asli bagi mengatasi masalah impotensi bagi lelaki.

16 Mei 2010

Melangsingkan Badan

Sinergi produk yang dapat membantu melangsingkan badan adalah:

Stoma K ini berupaya untuk mengurangkan appetite dan mengaktifkan pembakaran lemak. Ia amat sesuai untuk mengatasi permasalahan obesiti.

Minum Herba Rebusan STOMA S yang khusus untuk menguruskan badan.

Pemakaian Barut Berherba dapat mengeluarkan lemak berlebihan yang terdapat pada bahagian perut.

Minum Teh Asiatica Plus yang dapat menurunkan kadar kolestrol dan menghancurkan lemak dalam badan serta menormalkan tekanan darah.



Kesihatan Rahim Wanita


Masalah yang berkaitan dengan wanita ini tertumpu kepada kitar haid yang tidak teratur, senggugut, keputihan serta perakanan/rahim jatuh.

Antara penyumbang utama adalah mengalami sembelit yang teruk, sakit tulang belakang, mengalami stress, keputihan, dan senggugut .

Sinergi Produk bagi kesihatan rahim wanita adalah seperti berikut:

Paramaria Plus mengandungi Kayu Serapat (Paramaria Levigata) merupakan produk terbaik yang disarankan oleh setiap wanita. Ia dapat membantu masalah keputihan, kanser rahim, selepas bersalin dan senggugut.

Herba Senggugut sesuai diamalkan untuk wanita yang menghadapi masalah haid tidak menentu dan juga bagi wanita yang ingin mengandung.

Omega-3 juga mempunyai kelebihan meningkatkan daya seks dan kesuburan.

Pengambilan D'Due dapat mengimbangi suhu badan wanita, justeru itu kurangnya gangguan saraf dan hormon pada wanita.

Kesuburan Wanita

Sinergi produk bagi membantu kesuburan wanita untuk merancang mendapatkan anak adalah seperti berikut:

Paramaria Plus merupakan makanan kesihatan untuk memelihara kejelitaan luar dan dalaman wanita. Antara khasiatnya ia dapat menguatkan rahim, menghilangkan sakit pinggang, melancarkan haid dan menghilangkan keputihan.

Herba Senggugut dapat memperbetulkan kitaran haid yang tidak menetu serta terasa sakit sering dihadapi oleh para wanita.

Herba Tuju Angin mujarab bertindak untuk membuang angin.

Herba Keputihan mengembalikan keinginan serta frigid pada aktiviti seks.

Mega-3 kapsul dan Omega-3 Softgel meningkatkan daya kesuburan dan daya seks wanita/ lelaki.

Radix baik untuk keseimbangan hormon wanita agar tidak dingin ketika bersama suami.

Lady Cheer mempunyai kelebihan untuk merawat keputihan, kegatalan dan melancarkan perjalanan haid. Selain itu bertindak sebagai penyubur kandungan wanita.

Minum Kopi Radix yang juga bertindak sebagai 'afrodisiak' iaitu menambahkan fertiliti (kesuburan).

Wanita Mengandung


Produk HPA yang terbaik untuk wanita yang mengandung adalah seperti:

Virgin Coconut Oil Softgel dapat membantu memudahkan bersalin, menguatkan sistem pertahanan badan dan meningkatkan pertumbuhan rambut serta mengurangkan kelemumur.

Habbatus-sauda Softgel ini kaya dengan asid minyak tak tepu (EFA). Antara khasiat utamanya, ia meningkatkan penghasilan susu ibu.

Minuman Cereal Radix mengandungi khasiat sinergi 7 herba yang terbaik, diantaranya adalah Larak Hutan ( Polyalthia Hypoleuca) yang bertindak meransang pengeluaran air susu ibu.

Jika sebelum ini wanita tersebut mengamalkan Paramaria Plus sebelum mengandung, maka apabila mengandung dia perlu berhenti mengambil Paramaria Plus dalam masa waktu mengandung.

Herba Tuju Angin yang mengatasi masalah angin duduk, yakni cepat letih dan terasa meloya.

Minyak But-but disapu/diurut pada kaki wanita mengandung.

Minum EQ Minda di mana kandungannya terdapatnya Kurma (Phoenix dactylifera L) yang mengandungi karbohidrat, lemak, protein dan vitamin C yang membekalkan tenaga. Kurma juga memudahkan proses kelahiran serta bekersan meredakan tekanan darah tinggi ketika mengandung.

Amal HB yang meningkatkan daya imunisasi dan masalah kekurangan kadar darah merah. Pengambilan HB ini juga mengubati masalah penyakit kuning (jaundis) apabila anak lahir kelak

Wanita Selepas Bersalin


Sinergi produk yang boleh diambil oleh wanita yang lepas bersalin adalah:

Gunakan Set Bersalin selepas hari ke-3 bersalin. Ia dapat mengelakkan ibu mengalami masalah kebas kaki dan tangan, membuang angin dalam badan, membantu melawaskan pembuangan air besar dan mengatasi masalah bayi yang kembung perut, senak dan sebagainya.

Herba barut digunakan selepas mandi atau urut bersalin. Ia bertindak untuk mengempiskan dan mengembalikan kebentuk badan yang asal.-mengeluarkan lemak berlebihan yang terdapat pada bahagian perut.

Mega-3 amat sesuai diamalkan oleh ibu kerana mengandungi protein yang tinggi dan sesuai bagi bayi sebagai pemakanan kesihatan. (Ibu perlu menyusukan anak)

Teh Herba sangat baik untuk wanita yang mengandung dan setelah melahirkan anak.
Sinergi produk yang boleh diambil oleh wanita yang lepas bersalin adalah:

Wanita Menyusukan Anak


Antara produk HPA yang membantu meningkatkan pengeluaran air susu ibu adalah:
Habbatus Sauda Softgel ini kaya dengan asid minyak tak tepu (EFA). Antara khasiat utamanya, ia meningkatkan penghasilan susu ibu.

Kopi Radix yang mengandungi herba Larak Hutan juga dapat memperbanyakkan susu ibu, serta mengelakkan ibu meroyan.

Minuman Radix Cereal dan Radix Cookies mengandungi khasiat sinergi 7 herba yang terbaik, di antaranya adalah Larak Hutan ( Polyalthia Hypoleuca) yang bertindak meransang pengeluaran air susu ibu.

Selain juga dapat memperbanyakkan susu ibu, Spirulina boleh diguna bagi menggantikan zat besi yang sering diberikan kepada ibu lepas bersalin kerana ia mengandungi zat besi yang sangat tinggi. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan daripada sembelit yang kronik selepas pengambilan kapsul zat besi di hospital. Keadaan yang tidak selesa ini menyebabkan si ibu menahan pembuangan air besar berhari-hari dan sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan ibu dan anak.

Jika anak menghadapi demam kuning atau jaundis, amalkan HB dengan cara ibu makan, kemudian menyusu pada ibu.

Artikel Berkaitan: Memperbanyakkan Susu Ibu

Masalah Keputihan


Paramaria Plus merupakan makanan kesihatan untuk memelihara kejelitaan luar dan dalaman wanita. Antara khasiatnya ia dapat menguatkan rahim, menghilangkan sakit pinggang, melancarkan haid dan menghilangkan keputihan.

Herba Keputihan membantu mengurangkan lendiran putih dan kegatalan yang turut juga menganggu emosi wanita.

Lady Cheer mempunyai kelebihan untuk merawat keputihan, kegatalan dan melancarkan perjalanan haid. Selain itu bertindak sebagai penyubur kandungan wanita.

Masalah Senggugut


Sakit ketika kedatangan haid boleh disembuhkan dengan mengambil sinergi seperti dibawah :
1. Paramaria Plus
2. Herba Tuju Angin
3.
Herba Senggugut

InsyaAllah senggugut tidak akan berulang dan banyak testimoni yang diberikan oleh pengguna sehinggakan kita boleh kategorikan sinergi ini sebagai sinergi yang mempunyai keberkesanan melebihi 90%.

Di samping itu juga terdapat kes ketumbuhan seperti fibroid yang menjadi semakin kecil, Biiznillah.

Masalah Hormon Wanita


Pakar herba yang juga Pengasas HPA tidak menjumpai herba yang lebih baik dari paramaria untuk masaalah hormon yang tidak seimbang. Tetapi Paramaria hendaklah diambil bersama Omega 3 kapsul agar berlaku keseimbangan daratan (herba) dan lautan (ikan).

Pengambilan:
a) Paramaria
ialah 3 biji 3 kali sehari (3 x 3)
b) Omega 3 Kapsul (3 x 3)

Sewaktu pengambilan herba tersebut elakkan daripda memakan udang, sotong, ketam dan apa jua produk yang terhasil daripadanya seperti belacan/ terasi/ cencaluk dan lain-lain lagi. Satu lagi yang perlu dikurangi ialah ayam yang telah menggunakan hormon penggemuk dan vaksin. (Tiada masalah jika menggunakan ayam HPA). Jika ini dapat dipatuhi InsyaAllah masalah hormon akan dapat diatasi.

Sayuran dan buah akan membantu mempercepatkan kesembuhan, InsyAllah.

Kencing Manis

Pesakit kencing manis mengalami symptom seperti berikut:
1-Mudah letih, sering dahaga & lapar,
2-Penglihatan kabur
3-Banyak makan tapi berat badan menurun,
4-Mudah berbisul tapi lambat sembuh,
5-Kerap kencing dan dihurungi semut .

Puncanya adalah pengambilan gula yang tinggi di dalam badan dan pada masa yang sama menghadapi sembelit.

Sinergi Produk bagi masalah kencing manis adalah seperti berikut:

Bahan aktif Plantisol berfungsi untuk menurunkan paras glukos dalam darah ( hipoglicemia) serta bertindak untuk merangsangkan pengeluaran insulin oleh pankreas.

Pesakit yang menghadapi masalah kencing manis, ginjal rosak dan darah tinggi dicadangkan mengamalkan Malac yang bersifat diuretic.

Pengambilan Teh Herba juga mengatasi penyakit kencing manis dan darah tinggi

Tambahan:
a) Pelawas 2 pagi dan 2 malam (2 X 2)
b) Minum Madu Asli setiap hari



Artikel berkaitan:
Nasihat Untuk Pesakit Kencing Manis

Asma/ Lelah


Antara simptom masalah lelah ini adalah:
1. Pernafasan berbunyi dan seolah-olah bersiul.
2. Sukar bernafas apabila tiba waktu malam.

Sinergi produk HPA yang dapat mengurangkan permasalahan lelah adalah:

Morin-A digunakan bagi mengatasi masalah penyakit lelah atau asma di mana berpunca daripada alahan cuaca, debu, makanan atau bahan kimia.

Ambil Madu Asli.

Minum Kopi Radix.

Pengambilan Extra Virgin Olive Oil ( Minyak Zaiton) baik juga diamalkan untuk penghidap lelah.

Batu karang


Antara simptom penghidap batu karang ini adalah:
1. Sakit pada bahagian abdomen di bahagian sisi kanan dan sisi kiri pinggang.
2. Loya/muntah dan berpeluh.
3. Sukar kencing, kencing berdarah/bernanah.

Sinergi Produk HPA yang disyorkan adalah:


Pengambilan Madu Asli bersama dengan Malac akan membolehkan pemecahan batu karang.

Malac yang bersifat diuretik iaitu memperbanyakkan air kencing yang dapat menurunkan tekanan darah dan penurun panas.

Herba Rebusan Alac diambil bersama dengan madu.

HB turut berperanan menghancurkan batu karang.

Teh Asiatica Plus boleh memecahkan batu karang jika diminum bersama Malac dan Madu Asli.

Ghout

Tanda yang jelas akibat ghout adalah sakit yang melampau pada sendi-sendi pergelangan kaki, tangan dan lutut.

Sinergi Produk HPA yang dapat mengurangkan masalah ghout ini adalah:

Ardisia mengandungi herba Aridisia Crispa (Mata Pelanduk) yang berfungsi untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan yang terdapat pada bahagian sendi-sendi.

Malac digunakan bersama dengan Ardisia akan memperbanyakkan air kencing di mana asid urik yang berlebihan dibawa keluar dari badan.

Mengkudu pula bertindak sebagai anti peradangan dan mengurangkan kesakitan kepada penghidap Arthritis.

Teh herba dapat menurunkan kadar asid urik yang berlebihan akibat penyakit ghout.

Minum Kopi Radix dimana di dalam kandungannya terdapat herba Mata Pelanduk

Migrain

Antara tanda-tanda pesakit mengalami masalah migrain adalah:
1. Sakit kepada yang teruk/ berdenyut-denyut
2. Muntah/ cirit-birit
3. Sensitif dan takut pada cahaya
4. Pitam

Sinergi produk untuk mengatasi masalah migrain ini adalah:
Minum Evergreen Centella di mana terkandungnya kaya dengan protein, lemak, khabohidrat serta pytonutrien yang memenuhi keperluan tubuh.

Roselle dapat bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit, maka masalah stress boleh dikurangkan. Roselle menpunyai kandungan Vitamin C yang tinggi.

Herba Tuju Angin membantu migrain, yakni sakit yang serius dibahagian kepala.

Darah Rendah

Simptom masalah darah rendah boleh dilihat jika:
1. Cepat lelah/mudah letih
2. Pening kepala
3. Tiada penumpuan
4. Mual
5. Kulit sejuk, lembab dan pucat
6. pernafasan tercungap-cungap

Sinergi produk pagi masalah darah rendah adalah:

HB terdiri daripada Hydrocotyle Asiatica (pegaga) dan Amaranthus Spinosus (bayam duri) amat baik untuk meningkatkan daya imunisasi dan tenaga khususnya kepada mereka yang menghadapi kekurangan darah merah dan mengatasi kelesuan tubuh badan.

Gabungan Pegaga dan Spirulina di dalam Kordial Evergreen Centella , kaya dengan protein, lemak, khabohidrat serta pytonutrien yang memenuhi keperluan tubuh.

Omega-3 Softgel mengandungi asid lemak EPA (Eicosa Pentaenoic Asic), DHA (Docosa Hexaenoic Asic), LLA (Linolenik Acid), asid amino kompleks dan mineral.

Sumber: http://stokishpatitiserong.blogspot.com/

Darah Tinggi

Antara simptom masalah darah tinggi adalah:
1. Sakit kepala/ Pening kepala
2. Keliru/ Gayat
3. Stress
4. Hidung berdarah
5. Mual seperti nak muntah
6. Pitam
7. Emosi tidak stabil

Sinergi produk bagi masalah darah tinggi adalah:
Omega-3 Softgel juga mencegah stress yang berlebihan dan tekanan darah tinggi.

Sapukan Minyak But-but kebahagian leher dan bahagian yang terasa kesemutan dan lumpuh bagi pesakit menghadapi darah tinggi.

Mengkudu digunakan bagi menurunkan tekanan darah tinggi, memelihara sistem jantung, mencegah ketegangan tekanan (stress) dan stroke.

Vitex berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan menjadikan kembali normal.

15 Mei 2010

Kolestrol


Simptom pesakit kolestrol ini dapat dilihat apabila pesakit kerap merasa kesemutan atau kebas dihujung jari. Selain itu perasaan mudah marah juga terlihat oleh para penghidap kolestrol ini.

Punca penyakit kolestrol ini adalah disebabkan oleh pengambilan makanan berlemak dan berminyak yang banyak.

Sinergi Produk bagi masalah kolestrol adalah seperti berikut:
1. Mengkudu digunakan bagi menurunkan tekanan darah tinggi, memelihara sistem jantung, mencegah ketegangan tekanan (stress) dan stroke.

2. Omega-3 Softgel juga mencegah stress yang berlebihan dan tekanan darah tinggi.

3. Spirulina juga mempunyai kelebihan menurunkan kadar kolestrol, penyaring lemak dan toksid

Buah Pinggang


Symptom pesakit buah pinggang ini mengalami sakit di tulang belakang, kencing tak lawas, kebas dari bahagian pinggang ke bawah. Antara puncanya kurang pengambilan air di dalam badan dan mengamalkan sikap menahan air kencing, iaitu melengah-lengahkan pembuangan air kencing.

Sinergi Produk bagi masalah buah pinggang adalah seperti berikut:
1. Malac bersifat diuretik (memperbanyakkan air kencing), berfungsi sebagai anti hipentensi (turunkan tekanan darah) dan anti-piretik (penurus panas), di mana amat baik untuk penjagaan ginjal, memecahkan batu karang, infeksi saluran kencing, kencing berdarah, deman panas, batuk, demam kuning dan ghout.

2. Madu Asli disarankan amal bersama Malac bagi proses pemecahan batu terutamanya penderita batu karang (gallstones).

3. D'Deu sebagai pengimbang suhu menpunyai kesan diuretik dan antipiretik.
Banyakkan meminum air.

Jantung

Simptom pesakit jantung ini dapat dikesan apabila pesakit mudah berdebar-debar, gelisah, cepat letih ketika melakukan aktiviti fizikal, dan mudah terperanjat . Selain itu pesakit juga merasa dada kirinya sakit atau pedih dan kebas-kebas pada jarinya.

Punca keadaan jantung yang tidak sihat disebabkan oleh kandungan kolestrol yang tinggi di badan, faktor genetic, dimana terdapatnya ahli keluarga yang turut mengadapi sakit jantung. Selain itu faktor luaran seperti tekanan mental yang melampau kepada pesakit juga dikaitkan dengan masalah jantung.

Sinergi Produk bagi masalah jantung adalah seperti berikut:
1. Asid lemak EPA di dalam Omega-3 Softgel dapat mencegah Trombosis (pembekuan darah), Artherosklerosis (pembekuan lemak dalam saluran darah) serta mencegah kadar kolestterol yang berlebihan.

2. Kesan pengambilan D'Karm juga dapat menurunkan kadar kolestrol ke paras normal setelah beberapa bulan diamalkan.

3. Spirulina juga mempunyai kelebihan menurunkan kadar kolestrol, penyaring lemak dan toksid.

Usus


Simptom bagi pesakit yang menghadapi masalah di bahagian usus adalah:
1-Sembelit,
2-badan & mulut berbau,
3-sakit perut,
4-mudah letih,

Antara puncanya ialah najis yang dikeluarkan dari anggota badan adalah tidak cukup atau melebihi 14 jam. Selain itu najis tersebut tidak keluar sepenuhnya/habis. Pesakit tidak mengambil makanan yang mengandungi serat serta kurang air.

Sinergi Produk bagi masalah usus adalah seperti berikut:
1. D'Karm yang juga diperkuatkan dengan psylium, iaitu sejenis bahan dari herba yang mengembang seperti jeli yang dapat membantu proses percernaan dalam usus dan menyingkirkan sisa yang masih melekat pada dinding usus.

2. Pelawas dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar. Ia mengelakkan najis daripada melekat di dinding usus besar.

3. Herba Tuju Angin bertindak untuk membuang angin serta memudahkan pembuangan air besar serta menjadikan badan terasa ringan.

4. Teh Asiatica Plus mengatasi masalah sembelit dan buasir.

Toksid


Tanda-tanda/Simptom secara umumnya
1. Mudah mengantuk,
2. badan gatal-gatal dan
3. badan terasa lemah.

Punca bagaimana badan dimasuki toksid ini adalah dari pemakanan seperti fast food, makanan dalam tin, merokok, persekitaran, dan bahan kimia. Masalah usus juga menyumbang kenapa bahan toksid ini tidak mampu keluar dari badan.

Sinergi Produk bagi masalah toksid adalah seperti berikut:

1. D'Det bersifat pemusnah racun melalui penghilangan toksid khususnya yang terdapat dalam hati, ginjal, nodus limpa, usus, paru-paru dan darah.


2. Spirulina merupakan sumber anti-toksid yang tinggi, justeru itu ia memperbaiki sistem hati sebagai penyaring lemak dan toksid.

3. Pelawas merupakan herba yang menpunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus akibat najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar.

4. Pengambilan Teh Herba sebagai minuman tambahan dapat melancarkan pembuangan air besar dan membantu mengeluarkan toksid yang berlebihan akibat sembelit.

5. Amalkan juga meminum Kopi Radix di mana di dalamnya ada 7 bahagian herba terpilih termasuklah Tebu Gajah yang bertindak sebagai antidot atau penawar racun.

Angin


Tanda-tanda/Simptom secara umumnya:
1. Pesakit sering kebas-kebas dan lenguh pada sendi.
2. Sakit di bahagian kepala, juga mengalami gangguan pemikiran/emosi di mana pesakit mudah marah.
3. Tegang urat tengkuk, urat belikat dan sakit pinggang.
4. Suara pesakit tinggi beserta tajam pandangannya.
5. Berlaku gangguan hormon sehingga hilang pertimbangan diri.

Punca-punca penyakit angin adalah seperti berikut:
1. Adanya masalah usus atau pesakit pernah melakukan pembedahan perut.
2. Pesakit mengamalkan meminum air diselang-selikan dengan makanan yang di jamah.
3. Terlalu banyak bercakap.
4. Minum menggunakan Straw, menyedut angin terlebih dahulu sebelum minum.
5. Pemakanan yang menyumbang kepada angin.

Antara Sinergi Produk adalah seperti berikut:
1-Herba Tuju Angin bertindak untuk membuang angin, memudahkan pembuangan air besar
dan menjadikan badan terasa ringan.
2-Manakala Radix bertindak sebagai penolak angin yang juga amat baik untuk sesiapa yang menghadapi gastrik dan ulser.
-Adakalanya angin ini juga menyebabkan lemah tenaga batin, justeru itu sinergi bersama dengan Herba Tuju Angin dapat mengurangkan masalah lemah tenaga batin (aphrodisiac) bagi lelaki dan mengekalkan keseimbangan hormon wanita agar tidak dingin ketika bersama suami.
3-D'Karm bertindak sebagai pengimbangan angin dalam badan dimana ia bertindak sebagai 'colon cleansing' atau pembersih colon yang tersumbat.
4-Bagi wanita selepas bersalin, gunakan bersama Herba Tuju Angin dan Paramaria Plus bagi mengembalikan kedudukan rahim wanita (masalah rahim turun).
5-Sebagai tambahan Kopi Radix dan Madu amat digalakkan juga.

12 Mei 2010

Tekanan/ Stress


Simptom seseorang dia mengadapi tekanan adalah terlalu sedih, cepat marah, emosi tak menentu, tidur tak nyenyak, dan migrain .

Ia berpunca daripada kurangnya vitamin C, masalah jantung, paru-paru, kandungan air dalam badan kurang, oksigen kurang di kepala, dan banyak perkara yang difikir.

Sinergi Produk bagi masalah tekanan adalah seperti berikut:

1. Roselle dapat bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit, maka masalah stress boleh dikurangkan. Roselle menpunyai kandungan Vitamin C yang tinggi.

2. Mengkudu berfungsi menurunkan tekanan darah tinggi, mengatur dan memperbaiki kualiti tidur serta mencegah ketegangan dan stroke.

3.D'Deu membantu sebagai pengimbangan suhu agar hormon kembali stabil

Batuk


Apabila anda batuk yang teruk jangan sekali-kali memakan buah anggur kerana batuknya akan menjadi semakin parah. Begitu juga dengan buah mempelam/mangga atau timun yang boleh menyebabkan batuk berterusan. Walaupun buah-buahan ini termasuk dalam kelompok sejuk, tetapi ia tidak mengurangi masalah batuk. Getah anggur pula sangat baik untuk batuk di samping pengambilannya disinergikan dengan biji selasih, kurma merah, halwa kundur dan lain lain lagi.

Batuk dapat di legakan dengan madu yang dicampur halia merah (bukan halia bara). Ini terdapat dalam produk MADULIA. Jika pengambilan herba ini tidak berapa efektif, ia perlu di ambil dengan perahan limau/jeruk (ind) nipis bersamanya. Perahkan separuh limau nipis ke dalam satu senduk MADULIA dan minum terus (jangan campur air) selepas beberapa minit barulah minum air jika mahu.

Pengambilan MADULIA ini sebenarnya diambil sedikit-sedikit tetapi kerap dilakukan. Mungkin lebih dari 10 kali sehari (1/3 sudu makan/setiap kali pengambilan). Kerap dengan sedikit-sedikit lebih baik dari banyak sekali gus, itulah kaedah perawatan batuk.


Empat sediaan herba untuk batuk dari HPA iaitu Madulia, Kordial Asiatica, RTD Asam Jawa (produk baru) dan Minuman Teh Hirta (produk baru). Pilih yang mempunyai keserasian dengan tubuh, insyaAllah akan berlaku kesembuhan. Jangan guna ubat batuk yang mengandungi alkohol.

Memperbanyakkan Susu Ibu




Gambar penternakan Spirulina HPA di Thailand.


Dari segi persamaan kedua-dua herba ini digunakan bagi memperbanyakkan susu ibu terutama ketika lepas bersalin. Pucuk Betik direbus hingga mendidih dan minum pagi dan petang sementara Spirulina sudah tersedia dalam bentuk kapsul dan cecair.

Spirulina boleh diguna bagi menggantikan zat besi yang sering diberikan kepada ibu lepas bersalin kerana ia mengandungi zat besi yang sangat tinggi. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan daripada sembelit yang kronik selepas pengambilan kapsul zat besi di hospital. Keadaan yang tidak selesa ini menyebabkan si ibu menahan pembuangan air besar berhari-hari dan sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan ibu dan anak.

Buasir

Buasir ialah benjolan yang wujud di selaput lendir rektum atau pada kulit dubur. Sembelit merupakan punca utama terjadinya buasir terutamanya berlaku apabila seseorang itu meneran untuk proses pembuangan air besar. Keadaan ini juga berlaku pada wanita yang meneran ketika melahirkan anak.

Kekurangan serat dan kegemaran memakan pedas juga merupakan punca terjadinya buasir. Penderita buasir akan mengalami pedih, keluar benjolan, gatal pada rectum dan berlaku pendarahan.

Simptom yang jelas seseorang mengatasi masalah buasir adalah:
1. Adanya darah keluar ketika membuang air besar
2. Rasa sakit/ perit ketika membuang air besar.


Ficus merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang mengalami pendarahan tersebut. Herba Ficus Callicarpa (Tengkuk Biawak) merupakan herba utama dalam produk ini.

Selain itu, sapukan Minyak but-but pada bahagian dubur. Tambahkan dengan pengambilan
Coscinium Plus. Minum Teh Asiatica turut berkelebihan mengatasi masalah sembelit dan buasir.

05 Mei 2010

Strategi Pintar: HPA Halal Mart


Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Oleh Zainuddin Zain

Harian Metro, Ruangan Bisnes, 3 Mei 2010

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera yang terkenal dengan produk jenama Radix, menyasar mewujudkan lebih 300 cawangan jualan di seluruh negara menjelang 2015.

Pada masa ini, HPA mempunyai 155 cawangan di seluruh negara dengan yang terbaru di The Mines Kuala Lumpur; Bukit Tinggi, Klang di Selangor dan Jalan Langgar, Alor Star, Kedah yang dibuka minggu lalu.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata syarikat itu kini menjalin kerjasama pintar dengan lebih 650,000 ahlinya bagi merealisasikan lebih 300 cawangan di seluruh negara sebelum 2015.

Menurutnya, semua cawangan terbaru yang dibuka HPA sejak tiga bulan lalu berkonsepkan pasar mini halal atau Halal Mart berbanding kaunter jualan sejak HPA ditubuhkan pada 1997.

“HPA juga membuka peluang kepada semua ahli untuk berkongsi dalam perniagaan peruncitan HPA Halal Mart dengan jumlah pembiayaan RM50,000 bagi satu premis.

“Kita yakin ahli HPA akan mengambil peluang ini seterusnya mencapai sasaran lebih 300 cawangan syarikat di seluruh negara menjelang 2015 atau lebih awal dan orang ramai yang berminat boleh menghubungi Salleh (017-5248946) atau Adnan Fadzil (013-4895717),” katanya.

Mengenai sasaran jualan RM20 juta sebulan diumumkan HPA bagi Insentif Tahun 2010, Ismail berkata, ia dijangka dapat dicapai dalam tempoh terdekat sama ada Mei atau Jun ini.

“Jualan lebih 200 produk HPA kini cukup menggalakkan dengan produk utama seperti Kopi Radix, Radix Koko, sabun pembasuh Freesia dan penapis air Dew begitu menggalakkan hingga kadar pengeluaran terpaksa ditingkatkan,” katanya.

Menurutnya, kekuatan HPA ialah mempunyai panel syariah sendiri selain memperjuangkan produk halal dan suci (halalan toyyiban).

“HPA juga bergerak cergas dengan program ilmu untuk mengajar ahli supaya beralih kepada herba dan bahan harian bebas kimia iaitu organik sebagai persediaan mengelak malapetaka kesihatan,” katanya.

Beliau juga mengumumkan yang HPA membeli sebuah bangunan di Seksyen 13 Shah Alam setinggi 12 tingkat pada harga RM54 juta untuk dijadikan HPA International Center (HIC).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...