05 September 2010

Lagi Ayam Haram didedah TV3

Info Buletin Utama TV3 Jam 8.00 malam 3hb Sept 2010

Satu lagi pengkhianatan terhadap umat Islam dilakukan. Ayam yang kononnya ada logo JAKIM di serbu oleh pihak JAKIM dan beberapa NGO di Lembah Kelang. Amat kotor, menjijik dan termuntah bila ayam tidak disembelih secara hukum syarie. Disembelih oleh mereka yang tidak tahu menegenai agama. Paling jijik sebelah pusat sembelih ayam adalah pusat sembelihan BABI dan pusat proses kerang yang di miliki oleh satu taukeh. Sungguh amat BIADAP mereka ini. Tapi apa nak kata dengan sikap orang kita. Mencari semua nak murah. Tak percaya diri sendiri. Kerana nak ayam murah maka itulah hasilnya. Semua nak tuding jari ke JAKIM bila hal ini terbongkar. Mungkin ada yang kata "saya tak tau" atau ada yang main senang cakap "JAKIM yang tanggung dosa.."!!!!


Namun apakah kita rela mulut kita di masuki najis BABI, ayam HARAM dan kerang dan ikan keli yang makan TAHI dan BANGKAI BABI?????? Bagi ahli HPA sudah tentunya tidak. Namun berjuta lagi umat Islam yang tidak terkecuali para alim Ulamak masih lagi bersifat lidah petah berhujah, namun MEMBUJUR LALU MELINTANG SAPU.

Sudah sekian lama, ramai yang menjamah Minyak Sapi QBB(Beratur Babi)dan sewajarnya semua umat Islam amat wajib/mandatori memulaukan terus walaupun QBB mohon maaf kerana sebagai suatu pengajaran kepada pengusaha lain agar tidak main mudah dengan umat Islam. Maka hari ini kita wajib mandatori untuk terus memulau ayam yang tidak tahu asal usul dan tidak di pantau oleh mereka yang ahli dalam Halal dan Haram.

02 September 2010

Lychees dan produk Narcissus lain Haram

KESEMUA YG DI NYATAKAN DI BAWAH MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk "NARCISSUS" tersebut.

"Narcissus"
is an established and well known brand associated with high quality
China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus
spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of
"Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of
the world, include :

Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings

di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada
semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam
yg lain. untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website

http://www.halaljakim.gov.my/

P/S: Gunakan produk HPA... "PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"



Jawapan dari PPIM:

assalamualaikum wbt...

terima kasih kerana berinteraksi dengan PPIM dan keprihatinan anda. Berikut adalah jawapan yang diperolehi daripada pihak Jakim berkenaan produk Narcissus. Barangan Narcissus yang dipasarkan di Malaysia telah diimport oleh sebuah syarikat di seri kembangan. Pengedar ini menjelaskan bahawa produk di atas jenama Narcissus untuk laici, longan dan mushroom dalam tin telah mendapat pengesahan halal dari badan islam di Fujian iaitu Fujian Islamic Association yang beralamat di the Mosque Quanzhou City Fujian Province. Sehingga kini badan islam ini belum tersenarai sebagai badan islam yang diiktiraf oleh JAKIM. pihak pengedar telah menjelaskan bahawa kilang yang mengeluarkan produk makanan dalam tin untuk mushroom, longan dan laici adalah berasingan dari kilang yang mengeluar dan memproses produk berasaskan daging babi. JAKIM tidak dapat mengesahkan status produk ini kerana pemeriksaan JAKIM tidak dibuat keatas kilang luar negara dan badan yang mengesahkan tidak diiktiraf oleh JAKIM. Untuk makluman umat islam dan pengguna di Malaysia, sesuatu produk yang tiada pengesahan halal bukanlah bermakna produk itu pasti haram dan tidak halal kerana tiada pengesahan dibuat oleh JAKIM dan badan islam yang diiktiraf. Jadi sebagai pengguna, pilihlah produk yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan badan islam luar yang diiktiraf JAKIM. sekian, terima kasih.


--
" Bersama Kembalikan Hak Dan Maruah Dengan Bijaksana "

Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Tel : 03-42566618 / 42577222
Faks : 03-42566617
Hotline PPIM : 019-359 1000
www.muslimconsumer.org.my
http://sembangcafeppim.blogspot.com 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...