16 Februari 2011

Hanya 2 Kopitiam yang ada Sijil Halal JAKIM

Pernahkah anda makan di cafe kopitiam yang tubuh bagaikan cendawan. Kalau 2-3 tahun dahulu sibuk dengan cafe berkonsepkan Bistro tetapi sekarang pula trend cafe berkonsepkan kopitiam.Antara yang top Old Town Kopitiam, Jonker Walk Kopitiam, Bangi Kopitiam, Uncle John kopitiam, PapaRich Kopitiam, Pak Hailam Kopitiam dan banyak lagi yang mungkin teman-teman pun boleh tolong tambahkan dalam ruangan komen.

Bila kita menjenguk ke dalam kopitiam ini sudah pasti kita akan melihat berbagai bangsa dan agama yang sedang enak menjamu selera termasuklah umat Islam. Hampir semua kopitiam ini mempamerkan logo HALAL untuk menarik perhatia pelanggan Islam. Majoriti daripada kopitiam ini juga menggunakan staff Islam. Sungguh memeranjatkan berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hanya ada 2 kopitiam sahaja yang memperolehi SIJIL HALAL daripada JAKIM iaitu PAK HAILAM KOPITIAM dan JONKER WALK KOPITIAM.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihatkan umat Islam agar tidak keliru dengan logo halal yang dipamerkan di kopitiam. Beliau juga menasihati umat Islam mengelakkan diri daripada menjamu selera di premis yang tik ada sijil halal JAKIM.
Menurut website JAKIM, sijil halal untuk BB Hailam Chicken Rice, Bukit Bintang telah ditarik balik. Untuk maklumat lanjut sila lawat HalalJakim.

Pesanan Allah SWT : “Wahai manusia makanlah dari makanan yang HALAL dan baik yang terdapat di bumi, dan baik yang terdapat di bumi dan jangan kamu mengikut langkah-langkah sungguh, setan itu musuh yang nyata bagimu.” Al-Baqarah : 168.

Lagi pesanan Allah SWT : “Dan makanlah dari apa yang telah diberikan Allah kepada kamu sebagai rezeki yang HALAL dan BAIK dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.” Al-Ma’idah : 88.

Adakah dikalangan ANDA yang sudah termakan di kopitiam yang tidak mendapat sijil halal daripada JAKIM?

Jika ragu-ragu tentang kehalalan produk sesuatu syarikat, boleh cuba semak dengan telefon bimbit anda: Taip HALAL SEMAK [No. ROC] & SMS ke 15888. Maklumat lanjut, http://www.mysms.gov.my.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...