No.2 : Isu kopi naik harga tidak melemahkan semangat ahli-ahli HPA , mereka merasakan wajar HPA melakukannya dan jangan sampai kopi tidak boleh dikeluarkan kerana terpaksa menanggung kos-kos akibat peningkatan harga barang. Koko radix juga akan dinaikan harga pada bulan ogos nanti kerana kos baru masih tidak memberikan keuntungan sesen pun pada HPA malah sedikit kerugian. Perjuangan perlu diteruskan.
No.3 : Fresia akan menjadi pilihan utama,pencuci kain cecair yang berkualiti tinggi,sedang aktif mencukupkan keperluan seluruh Malaysia.Target jualan pertama ialah 100,000 botol selepas diiklankan dalam TV nanti. Tunggu hingga produk cukup dipasaran.
No.4 : Terima kasih pada ustaz Ramizu selaku presiden KPT,ajk dan semua pemimpin dan ahli2 yang mengadakan majlis bacaan yasin dan doa selamat di RFC Kubang Kerian malam tadi. Semoga RFC boleh membuka 3 buah lagi di negeri Kelantan dengan sokongan seluruh warga HPA.Amin.
No. 5 : Terima kasih kepada pengarah LPP negeri Perlis dan Pengarah Fama Negeri yang berkesudian hadir dalam majlis pelancaran RFC semalam. Semoga HPA dapat berkerjasama dengan agensi kerajaan bagi keuntungan ekonomi masyarakat setempat.
No. 6 : Harga ayam juga sepatutnya semakin meningkat tetapi HPA menetapkan harga ayam tidak berubah sehingga hari ini. HPA Farm akan cuba mempertahankan harga produk halal utama ini untuk kegunaan semua ahli. Dijangka pada akhir tahun ini jumlah ayam akan meningkat kepada sejuta ekor satu pusingan.
No. 7 : PIC Khas Bersama PU– Pengetahuan produk HPA membicarakan lebih 100 produk herba yang telah berada di pasaran. Terbuka untuk 300 orang peserta sahaja. Pada 7/8 Ogos 2010 di Dewan Omar Mukhtar Sg.Petani. Mereka yang hadir akan dinaikkan pangkat ke PLX (MELATI) setelah maintain 300NM (Seperti PBC; kalau dah berpangkat boleh gunakan kepada ahli yang belum punyai pangkat). Hubungi HPA Call Centre 04 9776805
No. 8 : PBC Mega yang diadakan di bawah KPA diharapkan berjaya mencukupkan peserta 200 orang. Hingga kini dimaklumkan sudah melebihi 100 orang. Program Mega PBC akan di laksanakan pada 24hb dan 25hb Julai bertempat di KLIH Kuala Lumpur. GM akan memulakan slot pada jam 9.00 pagi pada 24hb Julai dan diikuti oleh Pengarah Urusan akan mengisi proram pada jam 10 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan