31 Oktober 2010

HPA mahu buka pasar raya besar (Petikan HMetro)

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) milik Bumiputera terbesar di negara ini, menyasarkan mempunyai pasar raya besar berkonsep produk halal dan suci keluaran orang Islam sendiri dalam tempoh lima tahun akan datang.
Keyakinan itu bersandarkan HPA yang juga MLM berkonsep syariah bermula daripada jualan daripada rumah ke rumah sebelum dinaikkan taraf kepada cawangan, halal mart dan terbaru HPA Halal Mall yang dilancarkan pada 2 Oktober lalu.
Majlis pelancaran HPA Halal Mall itu bersamaan dengan perasmian mercu tanda HPA dikenali HPA International Center (HPAIC) yang bernilai hampir RM60 juta di Seksyen 13, Shah Alam Selangor pada hari yang sama, disempurnakan Pengarah Urusan 1 HPA, Ismail Ahmad bersama lebih 2,000 Pengarah Jati Setia (PJS) dan ahli syarikat itu dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Brunei.
Ismail berkata, pelancaran HPAIC bermakna ‘gelombang kedua’ yang harus dilalui semua warga syarikat itu selepas kejayaan yang diraih syarikat yang bermula dengan modal permulaan hanya RM3,000 pada 1998, tetapi kini mencatatkan jualan hampir RM20 juta sebulan di Malaysia dan RM3 juta di Indonesia.
“Permintaan produk halal di seluruh dunia tahun ini saja berjumlah RM7.1 trilion dan HPA melihat peluang yang cukup besar untuk HPA kerana perjuangan kita selama ini untuk membawa produk halal dan suci kepada ummah.
“HPA Mall adalah langkah awal untuk kita merealisasikan impian mempunyai emporium produk halal dan suci kita sendiri pada masa depan dengan sasaran kita pasar raya besar di atas jenama kita akan dibuka selewat-lewatnya lima tahun lagi,” katanya.
Menurutnya, HPA yakin pemasaran tidak menjadi masalah kerana selain mempunyai lebih 670,000 ahli yang komited di Malaysia dan 250,000 di Indonesia, Kemboja, Thailand dan Brunei, produk halal dan suci dicari semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.
Ismail berkata, masalah utama untuk HPA membuka pasar raya besar sekarang ialah faktor kekurangan produk.
“Perancangan HPA ialah selain produk yang kami keluarkan sendiri, syarikat ini juga menjadi pemasar bagi produk orang Islam yang dikenal pasti halal dan suci serta daripada bahan bermutu,” katanya.
Disebabkan itu, katanya, HPA kini melaksanakan program khas untuk mencari usahawan Bumiputera menjadi rakan niaga kepada HPA.

Keluaran 1 Nov 2010:
http://www.hmetro.com.my/articles/HPAmahubukapasarrayabesar/Article
Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

RINDU RADIX

Nasyid "Rindu Radix". - Amran (Raihan).
-RFC
-ROC
-RCH
-ROR
-RPH

28 Oktober 2010

RADIX ISOTONIC PLUS

Radix Cola Sdn Bhd sekali lagi telah berjaya mengeluarkan produk terkini yang dikenali sebagai RADIX Isotonic Plus, diperkaya dengan Honey Lemon, sesuai diminum pada bila-bila masa, bagi mereka yang mengalami dehidrasi juga sesuai seperti selepas melakukan riadah atau pun memandu di tempat yang panas terik



PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) SERTA UJIAN PEMERIKSAAN MAKMAL:
RADIX COLA JUGA TELAH MENJALANKAN UJIAN DAN PEMERIKSAAN MAKMAL (LAB TEST) SEBANYAK 5 KALI SEBELUM MENDAPAT KEPUTUSAN UNTUK MENGHASILKAN PRODUK TERBARU INI. IANYA MERANGKUMI UJIAN DAN PEMERIKSAAN DARIPADA SEGI:
BAHAN MENTAH YANG DIGUNAKAN, GRAPE FRUIT YANG BERSESUAIAN DAN KEPASTIAN HALAL & TOYIBAN. DI ANTARA BAHAN-BAHAN MENTAH YANG LAIN YANG DIGUNAKAN IALAH GULA, DEXTROSE ANHYDROUS, CITRIC ACID CRYSTALLINE, SODIUM CHLORIDE, SODIUM CITRATE, VITAMIN C, POTASSIUM PHOSPHATE, TRICALCIUM PHOSPHATE, CLOUDY AGENT, GRAPE FRUITY FLAVOUR DAN SODIUM BENZOATE.
KANDUNGAN GULA DALAM BANCUHAN (10.5 BRIX)
SUKATAN SETIAP BAHAN MENTAH YANG DIGUNAKAN PERANTARAAN LAB TEST
TAHAP KEPEKATAN, KEMANISAN DAN TEKANAN GAS CO2 ADALAH MINIMUM
NUTIRISI DALAM MINUMAN INI UNTUK 100ML
LEMAK 0%
PROTEIN 0.4 GRAM
KARBOHIDRAT 7.1 GRAM
TENAGA 31 KCAL/ML
JUMLAH GULA 5.4 GRAM
DIKELUARKAN DALAM 2 VARIASI IAITU 500ML DAN 1.5 LITER

JELLY GAMAT HPA

Berikut adalah sebahagian penerangan daripada Professor Madya Dr. Zaiton Hassan mengenai Jelly Gamat HPA. Beliau telah menjalankan kajian tentang gamat selama 10 tahun dan merantau ke seluruh dunia mencari gamat. Jelly Gamat HPA mengandungi Gamat, Habbatus Sauda dan Kolagen daripada ikan.
Jelly Gamat Khazanah Laut Untuk Kesihatan
Oleh: Professor Madya Dr. Zaiton Hassan

Gamat sebagai makanan
  • Gamat adalah makanan yang tinggi nilainya di negara China semenjak 5,000 tahun dahulu dan digunakan di dalam masakan di Asia (Malaysia, Singapore, Jepun, Korea dan Indonesia).
  • Gamat juga digunakan dalam masakan di negara Mediterranean seperti Sepanyol.
Gamat
  • Gamat terdapat di laut, hidup dengan memakan plankton dan bahan organik yang terdapat di dasar laut yang bersih dan tidak tercemar.
  • Gamat kaya dengan protein, zat galian dan mucopolysaccharida (lendir) dan sebatian lain yang boleh dimanfaatkan untuk merawat pelbagai penyakit.
Khasiat Gamat
  • Orang China menganggap gamat sebagai “ginseng laut”.
  • Khasiat tradisional sebagai tonik untuk kesihatan dan “aphrodisiac”, merawat arthritis, keletihan, sakit sendi, sembelit, kawal kencing dan kecantikan.
Keunikan Gamat
  • Gamat boleh memulihkan tisu yang tercedera. Gamat yang dibelah badannya akan bercantum pada bahagian belah.
  • Gamat boleh membentuk semula apabila diputus dua. Dari satu gamat menjadi dua gamat.
  • Penyelidikan yang dijalankan di Malaysia, China, Jepun, Mesir, Amerika, Australia dan lain-lain negara menunjukkan ekstrak gamat mengandungi bermacam-macam bahan yang boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit.
  • Pada tahun 1992, Australia mengiktiraf gamat digunakan untuk merawat arthritis dan sakit radang pada sendi dan membantu dalam pembentukan tulang rawan (Cartilage).
  • Gamat mengandungi glycosaminoglycans yang digunakan sebagai alternatif kepada chondroitin dan telah dibuktikan boleh membantu melegakan sakit dari inflamasi.
  • Australia menghasilkan ekstrak gamat untuk merawat AIDS dan HIV.
  • Melbourne menggunakan gamat sebagai sumber protein yang unik.
  • Di Malaysia digunakan gamat sebagai ubatan tradisional, ubat gigi dan kosmetik
  • Di Australia dan Amerika ekstrak gamat digunakan untuk atlit dan nutrien tambahan untuk sakit sendi.
Penghasilan Ekstrak Gamat Untuk Produk Kesihatan di Malaysia
  • Malaysia menggunakan gamat dalam bentuk air gamat yang telah maklum khasiat menyembuh luka terutamanya selepas bersalin.
  • Untuk mendapat air gamat, gamat perlu diperam selama 6 bulan hingga 1 tahun.
  • Di dalam air gamat terkandung berbagai sebatian bioaktif yang mempunyai kesan baik untuk kesihatan.
Sebatian bioaktif dari gamat
  • Menurunkan kandungan serum kolesterol dan memperbaiki nisbah HDL/LDL, kolesterol dikeluarkan melalui najis.
  • Aktiviti antioksidan.
  • Anti-tumor (membantutkan tumor)
  • Aktiviti memperbaiki aktiviti saraf (nerve repair).
  • Memperbaiki pengeluaran insulin dari pankreas untuk kawalan gula dalam diabetes.
  • Anti-kanser (kanser usus, pankreas, prostat, payudara)
  • Mengurangkan rasa sakit
  • Meningkatkan tahap imuniti
  • Anti inflammatory dan antiulcer
  • Anti-coagulant (agent mencairkan darah)
  • Membunuh parasit malaria
  • Mempercepatkan proses membetulkan tulang
  • Mempercepatkan pembentukan tisu yang luka
  • Menurunkan tekanan darah (antihypertensive)
Gamat HPA
  • Kolagen berfungsi sebagai “penyokong” dalam badan kita.
  • Kolagen adalah protein fibrous, terdapat pada kulit, cartilage (tulang rawan), tulang dan connective tissue
  • Kekurangan/kehilangan kolagen pada kulit akan menjadikan kulit berkedut
  • Kekurangan/kehilangan kolagen pada sendi akan menyebabkan sakit dan bengkak sendi, melemahkan fungsi sendi
Hasil penyembuhan dari pengamal Jelly Gamat di Indonesia
“Pasien saya bernama Pak Simanjuntak umur 46 tahun mengalami patah tulang, dapat terbantu dengan Jeli Gamat selama 2 minggu. Isteri saya tinggal meluruskan tulangnya, dan Jeli Gamat yang menyambung”
“Pasien saya bernama Bapak H. Syarifudin yang menderita masalah pernafasan lebih dari 5 tahun, dapat terbantu (sembuh) setelah terapi Jeli Gamat selama 2 minggu”
Produk Jelly Gamat
  • Khasiatnya terbukti
  • Selamat dimakan, tiada kesan sampingan (melainkan jika ada alahan tertentu)
  • Dihasilkan di kilang yang mendapat sijil GMP, Halal dan pekerja semuanya Bumiputra.
Isipadu: 300 ml

Nota kecil: Jelly Gamat HPA tidak berbau hanyir dan boleh disapu ke muka.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 45
Sabah & Sarawak: RM 50
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 40
Sabah & Sarawak: RM 45
Nilai Mata (NM): 8

01 Oktober 2010

HPAic BUKTI KEJAYAAN

Oleh Zainuddin Zain (hmetro.com.my)
http://www.hmetro.com.my/articles/HPAICbuktikejayaan/Article/

BANGUNAN HPA International Center (HPAIC) bernilai hampir RM60 juta di Shah Alam, Selangor yang akan dirasmikan Sabtu ini menjadi bukti bukan sesuatu yang mustahil perusahaan bermula di kampung membabitkan herba hutan boleh mencapai peringkat antarabangsa.
Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd (HPA), Ismail Ahmad mahu seramai 1,800 staf dan 600,000 ahli syarikat pelbagai peringkat syariah (MLMS) di negara ini dan 200,000 ahli di Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Kemboja melihat HPAIC sebagai kejayaan bersama.
“HPAIC yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam adalah satu sejarah dalam penubuhan HPA sejak 1998. Kita adalah MLM berasaskan syariah yang berjuang untuk pasaran produk halal dan suci kepada ummah.
“HPA pernah mengalami jatuh dan bangun dunia perniagaan, tetapi ahli kita terus komited merealisasikan kejayaan bagi membolehkan HPA berkembang di dalam dan luar negara,” katanya.
Mengenai majlis perasmian HPAIC yang disempurnakan beliau sendiri Sabtu ini, Ismail berkata, ia akan bermula pada jam 8 pagi dengan kehadiran ahli dari segenap pelosok negara dan wakil luar negara.
Menurutnya, wakil HPA dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei dan Kemboja akan menyampaikan ucapan masing-masing.
“Upacara perasmian akan dilaksanakan PJS (Pengarah Jati Setia) HPA yang juga kumpulan pemimpin syarikat kami dari semua negara sebagai menghargai pengorbanan mereka meletakkan HPA di tempat sekarang,” katanya.
Turut diadakan pembentangan kertas kerja oleh pengurusan HPA termasuk bertajuk Dari Cawangan Ke Pasar Raya oleh Ismail sendiri.
Selain Pasar Raya Halal HPA, HPAIC juga akan menempatkan pelbagai perniagaan HPA selain pejabat pelbagai jabatan.
Selain MLMS, HPA juga terkenal dengan produk jenama Radix termasuk rangkaian restoran Radix Fried Chicken (RFC), Radix Chicken House (RCH), Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Pizza House (RPH) dan Radix Bakery House (RBH).
Selain halal dan suci, produk syarikat menggunakan herba dan kaedah organik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...