Mesyuarat Majlis Syura PJS yang telah diadakan baru-baru ini yang dipengerusikan oleh Pengarah Urusan dan dihadiri oleh GM-GM serta PJS telah bersetuju mensasarkan jualan tahun 2011 sebanyak RM25 juta sebulan. Pelbagai strategi gempur pasaran telah diputuskan bersama. Antara ketetapan lain yang telah diputuskan bersama pihak pengurusan tertinggi HPA ialah:
1. Penajaan semula dikekalkan dengan cara lama iaitu hanya pengedar tak aktif yang menjadi ahli tahun 2007 ke bawah sahaja dibenarkan.
2. Kenaikan harga Kopi Radix seperti berikut (berkuatkuasa mulai 1 Feb 2011):
KOPI RADIX (15 sachet) – Harga Pengguna RM18.00, Harga Ahli RM16 serta 5 NM.
KOPI RADIX (papan 20 sachet) – Harga Pengguna RM23.00, Harga Ahli RM20 serta 6NM.
KOPI RADIX (Jumbo 32 sachet) – Harga Pengguna RM34.00, Harga Ahli RM30 serta 10NM.
KOPI RADIX DIET – Harga Pengguna RM18.00. Harga Ahli RM16 berserta 5NM.
3. Kenaikan harga dan Nilai Mata Produk Herba klasik seperti Herba Tuju Angin, Malac, Radix, Vitex, Ardisia, Mengkudu, Morin-A, Plantisol, Pelawas, Ficus, Paramaria Plus, Cosinium Plus, Senggugut dan Keputihan yang sebelum ini berharga RM16 dan 8NM untuk ahli akan dinaikkan kepada harga baru RM20 dan 10NM untuk ahli dengan harga pengguna dinaikkan dari RM20 kepada RM25.00 (berkuatkuasa mulai 1 Feb 2011).
4. Produk baru JAWI WATER FILTER yang dikeluarkan sendiri oleh HPA akan mula dipasarkan semasa majlis KONVEK nanti dengan Harga Pengguna RM1700.00. Harga Ahli cuma RM1100.00 dengan 300 Nilai Mata. JAWI WATER FILTER ini mempunyai kualiti yang setanding dengan jenama yang paling top dipasaran luar. Cuma yang pasti ianya adalah halal keluaran Muslim HPA.
5. Produk baru JAM TAWAF yang juga akan dilancarkan pada 5 Feb ini akan dijual dengan Harga Pengguna RM500. Harga Ahli RM450 berserta 100NM.
6. Album Nasyid Hijrah dari kumpulan UNIC yang memuatkan 10 Nasyid yang senikatanya disusun oleh Pengarah Urusan HPA sendiri akan dijual dengan Harga Pengguna RM30. Harga Ahli RM25 berserta 5 NM. Album ini juga akan dilancarkan semasa majlis Konvek Nasional di PICC pada 5 Feb ini.
7. Hpa juga akan mengeluarkan satu lagi produk baru sebagai alternatif kepada Kopi Radix iaitu MASTER GOAT (Campuran Kopi Radix dengan Susu Kambing).
Download Senarai Harga dan Nilai Mata Produk HPA Terkini
File MS Excel: http://hpa.com.my/produk/harga2011.xls
Lihat terus di web: http://www.hpa.com.my/produk
Berkuatkuasa 1 Feb 2011.
Petikan dari Blog Pengarah Urusan HPA
Tahun ini (2011) HPA akan lebih fokus dengan produk produk yang dihasilkan di kilangnya sendiri. Ini bagi mengelakkan dari berlakunya kekurangan produknya dipasaran. Sebanyak 100 produk sahaja yang akan dijadikan produk utama dimana produk-produk runcit akan dikurangi dari masa ke semasa. Produk tumpuan ialah produk herba, keperluan seperti sabun, syampu akan diberi keutamaan. Sementara kopi, koko dan penapis air juga termasuk produk utama.
Tahun ini, HPA akan memberikan tumpuan dalam produk pengubatan jawi yang menjadi teras utama perniagaan HPA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan