01 April 2010

PRODUK HPA MAHAL??

Memang tidak dinafikan harga sesetengah produk HPA agak mahal jika dibandingkan produk yang sama di pasaran. Perlu diingat bahawa HPA tidak menggunakan sumber bahan mentah biasa sebaliknya menggunakan bahan mentah berkualiti yang bebas dari sumber syubhah dan sebarang bahan kimia.

Sebagai contoh ayam organik HPA tidak menggunakan dedak ayam di pasaran serta disuntik hormon cepat membesar (diragui status halalnya) sebaliknya diberi makanan herba seperti habbatus sauda, spirulina, jagung dan lain-lain yang bebas dari bahan kimia serta tidak disuntik sebarang hormon pembesaran. Ia dipelihara, disembelih dan diproses dalam keadaan yang bersih dan memenuhi kehendak syara'.

Di samping itu perniagaan HPA dijalankan secara MLM di mana setiap produk mempunyai nilai mata (NM). Anda berpeluang mendapat bonus atas produk yang dibeli. Dalam perkataan lain wang anda dikembalikan jika memenuhi syarat ditetapkan. Jika dibandingkan produk yang sama yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat MLM yang lain ternyata produk HPA jauh lebih murah.

Sebagai contoh, harga di Semenanjung Malaysia sabun susu kambing HPA ahli RM5.00 (pengedar) dan RM6.00(pengguna) banding keluaran H* Marketing RM7.60 (pengedar) dan RM9.00 (pengguna). Manakala harga Sabah/Sarawak sabun susu kambing HPA ahli RM6.00 (pengedar) dan RM7.00(pengguna) banding keluaran H* Marketing RM9.00 (pengedar) dan RM11.00 (pengguna).

Sila klik untuk besarkan dan lebih jelas


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...