26 Januari 2010

PENAPIS AIR DEW HPA


KEISTIMEWAAN PENAPIS AIR DEW

Katrij Dew bebas dari unsur-unsur penggunaan tulang haiwan, hanya menggunakan tempurung kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan.

Formula kandungan setiap katrij di dalam berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh menciplak sukatan dan ukuran bahan tersebut dalam katrij. kajian hampir 7 tahun untuk menghasilkan penapis air Dew yang berkualiti.

Sesetengah penapis air di pasaran, tempoh hayat gantian katrij dalam 1 tahun mencapai sehingga RM300.00 hingga RM400.00 setahun dan melibatkan 2 atau 3 katrij dalam setahun, sedangkan Penapis Air Dew hanya memerlukan belanja RM98.00 untuk tempoh 1 tahun pertama. Harga katrij yang murah dan mampu dimiliki.

PH air yang hampir menyamai air Zam Zam.

Boleh membantu menyelesaikan pelbagai penyakit seperti sakit-sakit sendi, sel kanser, darah tinggi, kencing manis, batu karang, gout, membantu meneutralkan asid dalam badan dan sebagainya.

Penyelenggaraan yang mudah dan murah kerana tidak menggunakan elektrik.
Penapis Dew telah melalui ujian makmal Sirim.

Air Dew boleh diminum tanpa was-was dan boleh digunakan sebagai air penawar untuk tujuan perubatan.

KAJIAN MAJLIS AIR ANTARABANGSA

Kajian para saintis menyatakan pelbagai penyakit berpunca dari sel tubuh yang berasid dan ia terbentuk dari pemakanan seharian kita.

Mineral berakali yang terdapat didalam air minuman boleh membantu meneutralkan sisa buangan berasid sebagai pencegahan terhadap pelbagai penyakit seperti gout, kencing manis, sakit sendi dan sebagainya termasuk kanser.

Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kanser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic.

Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.

MENGAPA MEMILIH PRODUK PENAPIS AIR DEW

Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kenser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.

Apa yang menjadi masalah ialah harga tunai di pasaran Penapis Air terlalu tinggi sehingga mencapai RM2,000.00 harga tunai dan kos penyelengaraan yang mahal berbanding penapis Dew yang lebih murah dan berkualiti tinggi.

...Dew WATER berupaya memulihkan penyakit migrain, darah tinggi, kencing manis, gout, gastrik, buasir, batu karang, kanser payudara, kanser pangkal rahim, hepatitis A, hepatitis C, lelah, sakit urat, masalah mental, mengurangkan masalah syndrom down dan berbagai penyakit lagi...

Kenapa kita sanggup ditipu!

Selama ini kita terus menggunakan penapis air yang di keluarkan tanpa boleh bertanya bahan yang digunakan itu daripada apa. Mudah-mudahan halal walaupun kebanyakannya penapis air masih lagi menggunakan serbuk tulang. Jurujual juga tidak jujur dan kemungkinan tidak turut menyelidiki sumber asalnya. Kita terima sahaja sambil berdoa semoga Allah mendatangkan usaha yang baik untuk kegunaan ummah hari ini.

Alhamdulillah..kini kita mempunyai pilihan bagi menggantikan satu persatu penapis air di rumah terutama untuk kegunaan minuman dengan "dew filter". Penapis Dew Water dibuat daripada batu gunung berapi,tempurung kelapa,cengkerang dan tanah liat. Syukur , Dew Water diakui halal oleh "JAKIM" sebagai produk awal yang diberi status itu.

Bukan sahaja mendapat status halal,malah ia mempunyai keupayaan alat ganti (katrij)yang boleh tahan lama. Mungkin ada yang mampu menawarkan harga yang lebih murah lagi selepas ini tetapi menggunakan kualiti katrij yang tidak berkualiti. Harga yang ditawarkan oleh HPA mengambil kira keperluan pengguna bukan sahaja untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi semata-mata. "Kita perlu membiasakan pasaran agar peka dengan isu harga kerana pengguna itu adalah kita sendiri. Kalau bukan kitapun , saudara-saudara seugama dengan kita. Sanggupkah kita menipu harga dalam keadaan ekonomi yang kian meruncing.

25 Januari 2010

Senarai Barangan & Produk Israel & Amerika

Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:

Syarikat : Phillip Morris. Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut - KFC. Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola menyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips. Fakta : Syarikat Nestle ini dimiliki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney. Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem. Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US manakala 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia. Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik. Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun 1998.

Syarikat : Johnson & Johnson. Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon. Produk : Kosmetik. Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlaon adalah seorang Zionis dan penyokong kuat Zionis. Dia merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner. Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine. Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM. Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L’Oreal. Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson. Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian melabur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L'O real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel. Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila. Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation. Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins. Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark. Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex. Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO – Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.

Maklumat Lanjut:

http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html


24 Januari 2010

HPA Cawangan Cambodia


HPA terus meluaskan sayapnya keluar negara.

HPA Cawangan Kemboja.
A03, ST 70, Sangkat Srah Chock, Khan Daun Penh, Phnom Penh, Cambodia

22 Januari 2010

HPA SPORTCENTRE

Dengan adanya HPA Sport Centre ini permainan futsal, archery, go kart dsbnya, Food court RCH dan pelbagai lagi akan mengumpulkan anak belia kearah rehlah Islami….InsyaAllah.

HPA setapak lagi dengan perkembangan yang sentiasa ada dan tidak putus2 dengan idea untuk mengukuhkan ummah dan juga menyuburkan minda masyarakat dengan kehidupan Islami.

Gelatin Halal Halagel & HPA

BAGI umat Islam, mencari yang halal merupakan tuntutan Fardu Ain yang wajib dilakukan tidak kira dalam apa jua aspek kehidupan.

Pemakanan, contohnya menjadi antara faktor utama yang perlu dititikberatkan dalam membina dan melahirkan sebuah keluarga bahagia selaras dengan keperluan syarak.

Ini kerana melalui pengambilan makanan yang tidak diketahui sumbernya sama ada halal atau haram, ia boleh menyebabkan berlakunya kepincangan dalam sesebuah institusi kekeluargaan dan juga masyarakat.

Di samping itu, masyarakat juga harus peka dengan setiap kandungan atau bahan yang digunakan dalam setiap makanan yang dimakan bagi memastikan ia datang daripada sumber yang baik.

Menyedari hakikat itu, maka wujudlah Halagel (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang mempunyai visi untuk menyediakan produk halal untuk umat Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia.

Ditubuhkan sejak tahun 1997, Halagel merupakan pengimport tunggal, pengeluar dan pengedar makanan halal dan gelatin gred farmaseutikal, kapsul gelatin halal dan gel lembut gelatin halal bagi pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.

Syarikat itu juga membekalkan pelbagai produk pengguna seperti ubat gigi herba, garam batu boleh dimakan, kopi pracampuran dan gula-gula getah perasa buah.

Selain itu, mereka turut menawarkan produk-produk kesihatan seperti vitamin C tambahan dan produk nutraseutikal termasuk minyak kelapa dara, minyak habbatus sauda dan minyak ikan Omega-3.

Pengurus Besar Pemasaran Halagel (M) Sdn. Bhd., Muhammad Azhar Abdullah berkata, penubuhan Halagel bertitik tolak daripada memenuhi tuntutan Fardu Kifayah bagi menyediakan produk alternatif halal untuk masyarakat Islam.

“Alhamdulillah, usaha kami untuk menyediakan produk alternatif halal bagi kegunaan pengguna Muslim khususnya dan masyarakat Malaysia amnya berjaya dilaksanakan.

“Ini termasuklah memperkenalkan gelatin halal yang diimport dari Pakistan dan telah mendapat pengiktirafan sijil halal daripada tiga buah agensi iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Ulama Indonesia dan The Islamic Central Committee of Thailand (ICCT).

“Di Pakistan, semua pekerja di kilang yang mengeluarkan gelatin tersebut terdiri daripada orang Islam. Selain itu, gelatin yang dihasilkan itu pula menggunakan sumber tulang haiwan-haiwan halal seperti lembu, kerbau dan kambing.

“Paling penting, kesemua haiwan tersebut telah disembelih mengikut hukum syarak yang ditetapkan dalam Islam,” jelas Azhar ketika ditemui Kosmo! di pejabat Halagel cawangan Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Menurutnya lagi, penentu status halal gelatin bergantung pada beberapa faktor. Antaranya termasuklah proses pengeluaran tidak bercampur dengan sumber atau gelatin daripada haiwan tidak halal, di samping kebersihan keseluruhan di kilang tersebut.

Beliau menjelaskan, memang ada kebanyakan kilang yang menghasilkan gelatin tidak menepati syarat yang ditetapkan untuk memproses gelatin halal.

Namun, disebabkan orang ramai tidak peka mengenai hal tersebut, maka tidak mustahil jika sebenarnya ada dalam kalangan pengguna Muslim telah termakan bahan yang diperbuat daripada gelatin yang tidak pasti sumbernya.

“Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan masyarakat kerana mereka tidak memahami dan menyedari perkara itu. Bagaimanapun, sebagai penganut agama Islam, kesedaran untuk memastikan makanan atau produk yang digunakan adalah halal harus ada dalam diri setiap individu,” ujarnya lagi.

PALING penting haiwan halal yang digunakan untuk membuat gelatin disembelih mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan oleh Islam. – Gambar hiasan

Dalam pada itu, di sebalik penghasilan gelatin, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pengeluar. Contohnya, ia mengambil masa di antara 60 hingga 80 hari untuk melengkapkan kesemua proses penghasilan gelatin.

“Tempoh waktu yang lama membuatkan pengeluaran gelatin halal agak terhad. Selain itu, adalah mustahil untuk mengasingkan gelatin halal dan tidak halal di kilang yang sama. Ini biasanya berlaku dalam kalangan pengeluar gelatin dari negara-negara Barat.

“Paling utama, sumber tulang atau kulit haiwan yang diperoleh datangnya dari banyak pusat sembelihan yang mempunyai cara sembelihan tersendiri. Masalah inilah yang menyebabkan gelatin yang mungkin digunakan datang daripada sumber yang tidak halal,” jelas Azhar sambil berharap umat Islam lebih berhati-hati dalam hal ini.

Halagel kini telah pun mempunyai kilang memproses kapsul gelatin halal dan kilang kapsul lembut (softgel) untuk penggunaan dalam industri farmaseutikal.

Sumber: www.kosmo.com

p/s: HPA banyak menggunakan gelatin halal daripada Halagel untuk produk herbanya seperti produk berbentuk softgel dan ubat gigi herba. Jika selama ini kita asyik berkata kita tiada pilihan dalam bab makanan/minuman tetapi sekarang ini telah tersedia pelbagai produk keluaran umat Islam di pasaran terutamanya keluaran HPA. Mari kita bersama syarikat muslim seperti ini dengan menjadi pengguna dan usahawan supaya rangkaian perniagaan Muslim yang kuat dapat dibina. Jadikan produk Muslim sebagai pilihan UTAMA kita dan bukan lagi pilihan alternatif.

20 Januari 2010

Tanggungjawab Menyokong Perniagaan Muslim

Sikap tolong menolong, bantu membantu dan jamin-menjamin sesama muslim di dalam perkara makruf atau kebaikan adalah merupakan tuntutan al-ukhuwwah al-Islamiyyah (persaudaraan Islam).

Seseorang muslim sentiasa berusaha membantu saudara muslimnya yang lain.

Membantu sesama muslim adalah antara tanggungjawab yang mesti dipikul oleh bahu setiap yang beriman dengan ayat Allah (maksudnya)

“Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara.”
Surah al-Hujurat ayat 10

Bagi membuktikan persaudaraan Islam yang tulin, baginda Nabi s.a.w. menghuraikan di dalam hadithnya, daripada Abi Musa r.a., sabda Nabi s.a.w.:

“Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Seperti yang kita maklumi, pembabitan umat Islam di tanahair kita dalam bidang perniagaan masih dalam keadaan yang tidak kukuh. Para peniaga muslim menghadapi cabaran yang kuat di sudut persaingan.

Agak sukar untuk kita dapati pasaraya-pasaraya besar dimiliki oleh muslim atau memasarkan barangan keluaran muslim. Ini berlaku disebabkan faktor-faktor tertentu, mungkin salah satunya perkauman.

Di samping itu kedai yang dimiliki oleh umat Islam juga jumlahnya terhad. Demikian juga barangan produk muslim lebih terhad. Lebih daripada itu, kita dapati agak sukar selain daripada muslim membeli barangan produk umat Islam.

Keadaan ini tentu akan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam sendiri tidak membeli di gerai, kedai dan pasaraya yang dimiliki oleh saudara muslim mereka. Demikian juga keadaan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam tidak membantu membeli produk muslim.

Padahal dalam keadaan sebeginilah setiap umat Islam lebih dituntut melahirkan sikap persaudaraan Islam. Menghasilkan produk keluaran muslim adalah suatu kewajipan agar kita bebas dan tidak bergantung kepada orang lain.

Membeli Produk Muslim Adalah Ibadah?

Demikian juga membeli produk muslim, atau di kedai dan pasaraya yang dimiliki oleh orang Islam adalah kewajipan agar tanggungjawab tersebut berjaya disempurnakan. Juga menunaikan tanggungjawab bantu membantu dalam menguatkan umat. Ianya juga menguatkan ekonomi umat.

Sekiranya individu umat memiliki kuasa harta serta mereka beriman dan beriltizam, maka masyarakat Islam sekaligus akan menjadi kuat. Al-Syeikh Mustafa Khin di dalam Nuzhah al-Muttaqin ketika menghuraikan hadith:

“Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”

di atas, menyebut:

Bandingan yang dibuat dalam hadith ini bertujuan menggalakkan bantu membantu dan tolong menolong sesama mukmin. Ini adalah perkara yang mesti dilakukan, kerana pembinaan umat tidak akan sempurna dan berhasil kecuali sebahagian umat membantu dan menguatkan sebahagian yang lain.

Seorang mukmin tidak dapat bersendiri dalam urusan dunia dan agamanya, ianya semesti memerlukan pertolongan dan bantuan saudaranya yang mukmin. Jika tidak, dia akan gagal menunaikan tanggungjawabnya dan akan cacatlah peraturan dunia dan akhiratnya serta akan termasuk dalam golongan yang binasa.
Mustafa al-Khin, Nuzhah al-Muttaqin, jld 1, m.s. 199,cetakan: Muassasah al-Risalah, Beirut.

Jika ada peniaga muslim di sesuatu tempat, pembeli muslim yang lain hendak membantunya dengan membeli daripadanya. Janganlah dijadikan perbezaan harga yang sedikit menjadi ukuran. Ini kerana kita tahu, kekuatan ekonomi saudara kita masih lemah dalam menghadapi persaingan. Jadikan akidah dan persaudaraan lebih utama, dan anggaplah membeli daripada saudara kita yang muslim adalah ibadah.

Demikian juga jika ada barangan keluaran muslim, pembeli muslim yang lain hendaklah membeli daripadanya. Jangan jadikan perbezaan rasa dan kualiti yang sedikit, menyebabkan kita menggadaikan persaudaraan kita. Membeli barangan saudara kita yang muslim adalah ibadah. Apatah lagi dalam keadaan kita sedang berusaha membangkit umat yang kebelakang dalam persaingan ekonominya.

Ini semua menunaikan apa yang digesa di dalam hadith yang sahih, sabda Nabi s.a.w:

“Bandingan golongan mukminin di dalam kasih-sayang, simpati dan tolong menolong antara satu sama lain seperti satu jasad. Sekiranya satu anggota mengadu kesakitan, maka seluruh anggota akan berjaga malam dan demam panas”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Aliran Wang Sesama Muslim

Bayangkan kalau semua rumah muslim menggunakan barang keperluan makanan hariannya seperti rempah, sos, kicap, minyak masak dan lain-lain keluaran muslim, betapa kita telah menguatkan ekonomi saudara-saudara kita para peniaga muslim, dan memastikan wang kita sebagai pembeli muslim mengalir kepada saudara kita muslim yang lain.

Tergamakkah kita menggunakan barangan “orang lain” dan meninggalkan barangan saudara muslim kita. Iman yang tulin membantah tindakan ini. Bahkan dalam arus persaingan yang ada, kita sebenarnya mengkhianati saudara kita para peniaga muslim, yang sedang melaksanakan fardu kifayah mengeluarkan barangan tersebut.

Sabda Nabi s.a.w.:

“Seorang muslim itu saudara muslim yang lain. Dia tidak akan mengkhianatinya, mendustainya dan menghinanya. Setiap muslim haram (mencemar) maruah, harta dan darah muslim yang lain. Taqwa itu di sini (hati). Cukuplah untuk dianggap seseorang melakukan kejahatan dengan dia menghina saudara muslimnya.”
Riwayat al-Tirmizi, kata hadith ini hasan. Kata al-Sakhawi: Ianya hasan sahih

Ibn ‘Allan (meninggal 1057H) ketika menghuraikan maksud “tidak mengkhianatinya”, berkata:

“mengkhianatinya ialah mengurangkan haknya yang mesti ditunaikan iaitu tolong menolong dan bantu membantu”
Ibn ‘Allan, Dalil al-Falihin, jld. 1, m.s. 17, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut

Hadith-hadith lain begitu banyak yang menunjukkan betapa seorang muslim wajib menolong saudaranya muslim yang lain. Seperti yang disebutkan tadi, suasana persaingan yang ada menuntut untuk semangat ukhuwwah dipertingkatkan.

Malangnya sebahagian kuliah-kuliah hambar di masjid dan surau tidak menekan peri pentingnya hal ini. Sehingga kita menjadi lemah. Pengusaha-pengusaha muslim tidak mendapat sokongan daripada saudara seakidahnya sendiri.

Bayangkan sekiranya setiap kedai makan dan restoran yang dimiliki oleh orang muslim yang tumbuh bagaikan cendawan kebelakangan ini menggunakan produk buatan muslim, betapa kita berjaya menguatkan ekonomi umat membantu antara satu sama lain.

Bayangkan setiap perniagaan muslim mendapat sokongan daripada saudara muslim yang lain. Tentu wang umat akan berkisar sesama umat dan penglibatan muslim dalam bidang perniagaan akan dapat ditingkatkan.

Berdasarkan hadith-hadith yang disebutkan, nyata membeli barangan muslim dengan niat persaudaraan Islam dan ingin membantunya adalah ibadah. Dalam kata lain, pembeli muslim bukan sahaja memperolehi barang, tetapi dia juga memperolehi pahala. Jika ada sedikit sebanyak kekurangan, dalam suasana lemah dan persaingan yang ada, kita hendaklah menasihati saudara kita penjual muslim dan bersabar.


Akhlak Sebagai Peniaga Muslim

bursa-saham-wanita-muslim Di sudut para peniaga muslim pula, mereka hendaklah mengamalkan akhlak Islam dalam perniagaan. Proses menghidupkan suasana tolong menolong di dalam memajukan perniagaan muslim tidak akan berjaya jika tidak wujudnya kesedaran dari kedua belah pihak.

Perkara yang paling buruk sekali di dalam perniagaan ialah penipuan. Peniaga muslim ketika mengendalikan perniagaan, atau mengeluarkan produknya hendaklah amanah dan sama sekali mengelakkan anasir penipuan di dalam perniagaan.

Para penipu umat tidak termasuk di kalangan umat Nabi s.a.w. dan tidak layak mendapat pertolongan di dalam kalangan masyarakat muslim yang kita idamkan. Dalam hadith riwayat Muslim,

Rasulullah s.a.w. lalu di hadapan selonggok makanan (untuk dijual), lalu baginda memasukkan tangan baginda ke dalamnya. Kemudian di dapati jari baginda lembab. Baginda bertanya: Apa ini wahai tuan punya makanan?. Jawabnya: Ianya terkena hujan, wahai Rasululallah!. Baginda lantas bersabda: “Mengapa engkau tidak letak ianya di atas, sehingga orang boleh lihat?!!. Sesiapa yang menipu kami dia bukan dari kalangan kami“.
Riwayat Muslim

Di dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Bagi setiap yang belot (menyalahi janji) ada bendera pada hari kiamat, dikatakan inilah pengkhianat si pulan”.
Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Kata Dr. Muhammad ‘Ali al-Hasyimi:

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. begitu keras terhadap penipuan, tipu daya dan pemungkir janji, tidak memadai sekadar mencampak jauh penipu dan pengkhianat janji dari masyarakat muslimin di dunia, bahkan mengistiharkan bahawa setiap pemungkir janji akan dihimpunkan pada hari kiamat dalam keadaan dia membawa bendera penipuan”
Dr. Muhammmad ‘Ali al-Hasyimi, Syakhsiah al-Muslim, m.s. 164, cetakan: Dar al-Basyair al-Islamiyyah, Beirut.

Berbekalkan perasaan takutkan azab Allah pada hari kiamat, para peniaga muslim mengeluarkan produknya, atau mengendalikan perniagaan dengan penuh amanah dan tanpa sebarang tipu daya. Masyarakat Islam pula berusaha membeli barangan para peniaga saudara muslim mereka yang dijamin kejujurannya.

Para pembeli dalam masyarakat Islam beribadah ketika membeli, sementara para peniaga pula beribadah ketika menguruskan peniagaan dengan jujur dan amanah.

Hasilnya para peniaga muslim mendapat jaminan pasaran daripada saudara-saudara muslim mereka, sementara para pembeli mendapat barangan yang dijamin kejujuran pengurusan dan produknya.

Jaminan ini tidak tertera di atas kertas perjanjian rasmi, tetapi ianya adalah jaminan iman dan taqwa yang melahirkan ukhuwwah islamiyyah atau persaudaraan islam yang melebihi segala persaudaraan dan perjanjian.

Firman Allah:

“Bertolong menolonglah kamu di dalam kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong menolong di dalam dosa dan permusuhan”
Surah al-Maidah, ayat 2

Tingkatkan Kualiti Produk

Di samping itu, perlu diingatkan bahawa para peniaga muslim perlulah memastikan kualiti dalam pengeluaran dan pengurusan. Ini kerana sikap yang amanah sahaja, tanpa kualiti barangan tidak akan dapat memenuhi sasaran.

Al-Quran menyebut:

“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang hendak engkau ambil bekerja ialah yang kuat (berkemampuan) dan amanah (dipercayai).”
Surah al-Qasas, ayat 26

Kelayakan mengendali sesuatu urusan mestilah bergabungnya dua faktor:

  1. Amanah,
  2. Kemampuan atau kemahiran.

Sekiranya peniaga muslim menggabungkan di dalam dirinya sikap amanah berserta kualiti perniagaan, maka dia memberikan khidmat yang memuaskan hati umat yang sedang bersiap untuk membantu mereka dengan cara membeli produk-produk yang dikeluarkan. Bersemaraklah suasana tolong menolong di atas dasar taqwa.

Tolong-menolong Dalam Perniagaan

Juga antara ciri tolong-menolong ialah memudahkan pembeli. Sebagai contohnya; adalah mendukacitakan, apabila kita dapati ada kedai runcit muslim yang sebahagian barangan penting yang menjadi keperluan tidak dijual di dalamnya.Untungnya tidak seberapa” atau “untungnya tipis”. Tidakkah dia berfikir sekiranya dia menyediakan barangan tersebut dia telah memudahkan pembeli yang datang ke kedainya, supaya mereka tidak perlu ke kedai lain lagi.

Dalam masa yang sama ianya adalah tarikan kepada pembeli dan memudahkan urusan mereka. Memudahkan urusan orang lain adalah ibadah, dan juga membawa faedah kepada perniagaan. Perkara seperti ini sepatutnya difahami dengan baik oleh peniaga muslim.

Dalam hadith Nabi s.a.w. bersabda:

“..Engkau menolong orang lain mengangkat barang ke atas kenderaannya adalah sedekah”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Tentulah peniaga yang menolong pembeli memudah kerja pembelinya adalah sedekah. Demikian dia berniaga dan beribadah.

Hendaklah kita semua meniru apa yang dilakukan oleh kaum al-’Asy’ariyin (kaum Abu Musa al-’Asy’ari) yang sentiasa tolong menolong antara mereka.

Rasulullah s.a.w. memuji mereka, sabda baginda:

“Sesungguhnya kaum al-’Asy’ariyin apabila keluar berperang, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Maksud “Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka” ialah menggambarkan redhanya Nabi s.a.w. dengan tindakan mereka. Betapa yang mereka lakukan menepati ketaatan kepada Allah.

Hadith ini memperlihatkan betapa sikap tolong menolong dan bantu membantu sesama sendiri dalam keadaan terdesak sangat dituntut. Demikianlah membeli barangan muslim dalam keadaan kekuatan ekonomi tidak berada di tangan umat adalah lebih dituntut.

Ini bukanlah menggambarkan sikap jumud dan taksub kepada puak. Nabi s.a.w. dalam hadith di atas memuji kaum al-’As’ariyin yang sentiasa tolong menolong sesama sendiri dan tidak menganggap itu sebagai sikap berpuak yang dicemuh. Sebaliknya baginda memuji mereka.

Kata al-Syeikh Muhammad al-Mubarak ketika menghuraikan hadith di atas:

Sesungguhnya Nabi s.a.w. memerangi ‘asabiyyah (perkauman) yang semata-mata disebabkan keturunan, lalu menggantikannya dengan ikatan akidah dan prinsip. Namun baginda menganggap kaum al-’As’ariyin sebahagian daripada baginda.

Ini disebabkan prinsip yang sama iaitu jamin-menjamin dan bantu membantu dalam harta. Juga membahagikan harta sesama sendiri dalam hal darurat dan keperluan.
Muhammad al-Mubarak, Nizam al-Islam, mabadik wa qawa’id ‘ammah, m.s. 134, Dar al-Fikr, Beirut.

Peranan Muslim Samada Peniaga atau Pengguna

Selagi kita tidak dapat membina kekuatan ekonomi umat, sehingga kita mampu berdiri dengan sendirinya, kita akan terus menjadi umat yang lemah. Umat wajib terus berusaha mengeluarkan berbagai produk dan keperluan sehingga kita tidak bergantung kepada orang lain.

Setiap individu muslim hanya ada dua pilihan di hadapannya, samada dia menjadi pengeluar barangan atau pembeli barang keluaran saudara muslimnya yang lain.

Mereka yang tidak menyertai kempen ini, melupai bahawa diri mereka adalah satu juzuk daripada umat, juga melupai tanggungjawab ukhuwwah islamiyyah.

Maulana Abu Hasan ‘Ali al-Nadwi r.h. pernah mengkritik dunia Arab dalam tulisannya dengan menyatakan:

“Mestilah bagi dunia Arab sebagai dunia Islam bebas (memiliki sendiri) dalam perniagaan, harta, industri dan pendidikan. Bangsa mereka tidak boleh memakai melainkan apa yang tumbuh di buminya dan ditenun dengan tangannya…

sesungguhnya dunia Arab tidak dapat dapat memerangi Barat- jika keadaan memerlukan demikian- selagi meraka memerlukan Barat dalam soal harta, pakaian dan barangan.

Tidak ada pena yang digunakan untuk menandatangani sesuatu perjanjian dengan Barat, melainkan pena tersebut dibuat di Barat. Tidak ada senjata yang digunakan untuk memerangi Barat, melainkan senjata itu dibuat di Barat.

Sesungguhnya adalah memalukan apabila umat Arab tidak dapat mengambil manfaat daripada sumber kekayaan dan kekuatan mereka sendiri. Adalah memalukan apabila air kehidupan yang mengalir di dalam urat mereka akhirnya sampai ke tubuh orang lain..”
Abu Hasan ‘Ali al-Nadwi, Maza khasira al-’Alam bi Inhitat al-Muslimin, m.s. 416, cetakan: Maktab al-Sunnah, Kaherah.

Marilah kita mengambil pengajaran daripada apa yang disebut oleh Maulana Abu Hasan ‘Ali al-Nadwi ini agar kita bersegera membaiki diri dan kekuatan umat.

Umat Islam di tanahair kita jumlahnya banyak, kita memiliki kuasa membeli yang tinggi, malangnya kita tidak tahu bagaimana mengalirkannya dengan tepat.

Sumber : Ustaz Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin – www.al-ahkam.net

15 Januari 2010

Nukilan

Kita sebenarnya memilih jalan ini
kerana kita sangat pasti
jalan kita...
jalan kebenaran
jalan kita...
jalan perjuangan
bukan hanya bicara laba untuk dunia
yang lebih penting sebuah persiapan ke sana...

Persinggahan ini cuma sebentar
mungkin lebih pendek dari sehela nafas
tapi perjalanan sangat panjang
kerana penghujungnya juga tidak kelihatan...

Tersisih dari golongan kita
mereka yang ingin mencipta di atas hasil yang segera
sudah pasti sama sahaja
liku, lurah dan gunung
perlu dahulu dilaluinya...

Jika kita berhenti
pastikan untuk sekadar sahaja
hilang lelah... teruskan
meskipun kaki luka dan berdarah...

Inilah jalan kita...
yang menuntut seribu kekuatan di jiwa
jangan biarkan lemah menguasai diri
bangunlah berdiri dengan berani
sekali kita rebah...
seribu tahun kita akan terus berlari...

Nukilan Oleh: Tn Hj Ismail


12 Januari 2010

Bukit Tambun menjadi kota ilmu HPA


Lokasinya yang terletak di Seberang Prai menampakkan ia tidak sesuai sangat untuk di jadikan medan pendidikan ilmu. Namun bagi HPA kita selalu berfikir bahawa banyak sekali batasan fikiran itu boleh kita atasi dengan kerja yang bersungguh-sungguh. Kini kita sedang menyiapkan bangunan 4 tingkat yang akan memuatkan 500 orang pelajar ITHPA bagi persiapan pembentukan kolej universiti 3 tahun lagi.

Bangunan yang berharga 2.6 juta ini akan menjadi medan ilmu di mana pendidikan ilmu agama dan keusahawanan akan berterusan di sini. Bahasa pengantar ITHPA ialah bahasa Malaysia disamping Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Cina juga menjadi bahasa wajib .

Maahad Ihsaniah (MANHAL HPA) ini menawarka kursus Diploma Syariah Islamiah, Diploma Usuluddin, Diploma Qiraat dan Sijil Tahfiz Al-Quran. Di samping program diploma dalam bidang agama, ITHPA juga membuka sekolah peniagaan dan keusahawanan yang terbuka kepada semua ahli atau bukan ahli. Bangunan-bangunan tambahan akan diambil bagi membolehkan kesediaan tempat belajar yang selesa untuk para pelajar.


11 Januari 2010

PROGRAM PELANCARAN KEPIMPINAN GEN 7 KPU


Pada 1hb Januari 2010 seramai 311 orang pemimpin baru KPU telah berjaya dikumpilkan di dalam program pelancaran kepimpinan GEN 7 KPU pada kali ini.Program yang diadakan di Hotel Sg Petani In,Sg Petani dan bermula pada jam 9 mlm tersebut di lancarkan oleh pengurus besar AWM,Encik Mohd Faisol Bin Abd Rahman. Program yang turut disertai oleh para PJS serta sebahagian pemimpin KPU berjalan dengan penuh meriah dan bersemangat.

Peraturan yang ketat sebelum memasuki dewan yang dikenakan kepada para pemimpin yang terpilih menjadikan suasana begitu mengujakan para pemimpin yang hadir. Para pemimpin baru yang dipilih tidak dibenarkan memasuki dewan sekiranya berslipar,bert shirt,berseluar jean atu tidak memakai blazer.Manakala bagi pemimpin muslimat pula diwajibkan menutup aurat termasuk berstokin.Alhamdulillah, para pemimpin baru yang dipilih nampaknya begitu bersemangat dan bersedia mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh KPU.

10 Januari 2010

4 Golongan Manusia Dalam Bisnes HPA

HPA semakin gah. Produk semakin banyak. Ahli makin bertambah. Sekitar tahun 1998 produk HPA tak sampai pun 20 jenis. Sekarang melebihi 310 produk yang diniaga secara MLM. Keahlian meningkat mendadak mencecah hampir 600 ribu orang di Malaysia dan 200 ribu orang di Indonesia.


Dari jumlah itu, yang benar-benar menjadi usahawan dan mampu meraih bonus hanya sekitar 21 ribu orang sahaja. Yang lain-lainya masih belum berupaya dan mampu mencipta diri sebagai usahawan. Mengapa ini berlaku? Sebenarnya tidak ada apa-apa yang pelik dan luar biasa pun.


Kalau kita perhatikan dalam HPA terdapat 4 golongan keahlian:

Pertama adalah mereka yang mengguna produk. Mereka tidak hirau dan ambil kisah akan jaringan dan penajaan. Dapat membeli barangan halal dengan harga yang murah sudah memadai. Kebanyakan golongan ini adalah di kalangan warga emas dan mereka yang sudah bekerja dengan pendapatan yang selesa.


Golongan yang kedua ialah mereka yang suka menjual. Mereka masih tidak faham bahawa HPA menjalankan perniagaan MLM. Golongan ini suka menjual dari rumah ke rumah, dari kawan kepada kawan, dari warung ke warung. Mereka seronok benar jika dapat untung runcit yang banyak berdasarkan jumlah jualan yang dapat dilakukan. Sekiranya pada bulan tersebut banyak jualan dilakukan,maka untungnya pun banyak. Bonus juga akan meningkat kerana nilai mata dari tiap-tiap barangan yang dijual juga meningkat. Mereka tidak berminat menaja. Tidak ada rangkaian. Walau bagaimana pun golongan ini akhirnya akan dapat juga pangkat Pengurus Melati (PLX) apabila nilai mata terkumpul cukup atau melebihi 1501. Jika dalam sebulan mereka tidak lakukan aktiviti jualan, tidak ada apa-apa hasil yang mereka akan dapat kerana tiada pembinaan rangkaian.

Golongan yang ketiga ialah kumpulan perawat. Minat mereka dengan ilmu perawatan amat baik dan menggalakkan. Mereka akan belajar dengan sepenuh hati dan melakukan aktiviti perawatan dengan berkesan. Golongan ini adalah mereka yang berilmu dan mampu membantu orang lain. Mereka adalah pewaris kepada tradisi ilmu dalam amalan herba. Sumbangan dan usaha mereka menjadi penentu kepada kekuatan perjalanan HPA.

Golongan yang keempat adalah usahawan HPA. Golongan ini di samping mengguna dan mengamalkan produk, mereka juga akan melibatkan diri dalam aktiviti jualan. Menjual bukan semata-mata untuk mendapat untung runcit yang banyak, tetapi dalam masa yang sama mereka melakukan penajaan dan pembinaan jaringan. Mereka melihat jalan yang terbentang luasa di hadapan. HPA menyediakan segala-galanya. Golongan inilah yang berlumba-lumba menghantar rangkaian ke kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC). Mereka akan bergerak ke mana sahaja memperkenalkan HPA dan membina jaringan.

Golongan ini amat menitikberatkan amalan 6M (Mengguna, Menjual, Menaja, Membimbing, Menghadiri kelas mingguan dan Mendiagnos). Merekalah yang sebenarnya berjaya untuk meningkatkan jualan syarikat dengan membina sebanyak mungkin jaringan. Makin banyak jaringan makin banyak jualan dapat dilakukan. Apabila jualan meningkat, maka pendapatan (bonus) mereka juga akan meningkat. Golongan inilah yang bakal membarisi barisan kepimpinan dalam setiap KONVEK yang diadakan. Merekalah penerima anugerah yang HPA sediakan.

Jadi, terpulanglah kepada anda untuk melihat dan menilai diri anda sendiri. Anda tergolong dalam golongan mana? Jika sudah kenal diri, jangan berlengah lagi. Hayunkan langkah, atur strategi. Binalah diri agar masa depan anak cucu kita terbela dan maruah ummah terjaga.

RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK

LONDON: Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadaryang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih.

Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label. "Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,"katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena. - Agensi

KONSERT HPA RAIHAN


MALAM SATU MIMPI … Itulah tema persembahan konsert HPA Raihan yang akan diadakan tidak lama lagi. Tiket-tiket akan dijual dengan harga RM30 dan boleh dibeli di mana-mana cawangan HPA mulai 15 Januari 2010.

Malam Satu Mimpi mengajak semua ahli HPA dan bukan ahli bagi menikmati persembahan nasyid dari kump. HPA-Raihan serta pembacaan puisi-puisi HPA bagi tujuan mengumpul dana untuk “Tabung Kemanusiaan Palestin”.

Tiket masuk juga boleh diperolehi dengan membeli 36 botol minuman air berkarbonat HPA seperti Radix Cola, Sarsi, Oren dan pelbagai lagi perisa di dalam satu invois (air berkarbonat 1.5 liter sahaja) dan anda akan mendapat 1 kupon masuk ke konsert tersebut secara percuma. Pembelian tidak ada had dan ia bermula pada 1 Januari sehingga akhir bulan Februari.

Persembahan ini akan dibuat di lima zon (utara, tengah, selatan, timur dan Borneo) pada tarikh dan masa yang akan di tentukan nanti. Disamping itu pihak Al-Wahida Marketing juga menyediakan cabutan-cabutan bertuah bagi para penonton yang hadir pada malam tersebut.

Bersama-samalah kita jayakan konsert ini dan memastikan produk-produk HPA terus diterima serta dinikmati bersama oleh semua pengguna tak kira di mana saja mereka berada. Yang pasti Gempur RADIX !!! Insya Allah …

Menara HPA



Menara HPA di Sek.13 Shah Alam bakal jadi kenyataan. Kini hampir 50% usaha kita untuk memiliki Menara HPA setinggi 12 tingkat di Sek.13 Shah Alam. Proses jual beli melibatkan kos RM60 juta. Sama-sama kita berdoa kepada Allah yang maha kuasa moga usaha kita beroleh kejayaan.

Perasmian MANHAL HPA dan Cawangan HPA Simpang Ampat

Sukacita dimaklumkan bahawa Zon Utara bertambah satu lagi cawangan HPA di N0.25 Jalan Keruing, Pusat Perniagaan Simpang 4, 14100 Seberang Perai Selatan (berhadapan Taman Jentayu). Ia merupakan cawangan HPA yang ke 148 di Malaysia.Perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad pada 10 JANUARI 2010 (AHAD), jam 8.00 malam di MANHAL HPA.







Perasmian cawangan ini dilakukan serentak dengan perasmian MANHAL HPA yang terletak bertentangan jalan dengan cawangan tersebut. Ramai pengedar dan pemimpin HPA Zon Utara telah hadir. Majlis dimulakan dengan Bacaan Yassin, Tazkirah dan Ucapan Pengarah Urusan, Tn Hj Ismail.
Gambar: Maahad Insaniah (MANHAL HPA)

09 Januari 2010

Profil Syarikat


profil syarikat resize

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.
PU HPA1

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan
Ladang roselleLadang pegaga
Ladang Roselle

Pengilangan

Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki 7 buah kilang bertaraf GMP yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba roselle, pegaga, misai kucing, jagung, serai, pisang dan ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.

Kilang syarikat HPA terletak di alamat

1. B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis.
2. Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis.
3. Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah.
4. Kilang Cola Radix, Kaw. Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani, Kedah.
5. Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
6. Kilang Air Mineral HPA, Batu 14, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena Kedah.
7. Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah.

Kini jumlah pekerja kilang HPA melebihi 1000 orang.
kilang radix colakopi Auto



Photobucket
HPA dan Anak Syarikat

Syarikat-syarikat HPA dan aktiviti ekonominya adalah seperti berikut:

1. Al-Wahida Marketing Sdn Bhd - Pemasar semua produk melalui perniagaan MLM
2. HPA Industries Sdn Bhd - Pengeluar ubat-ubatan herba
3. Cola Radix Sdn Bhd - Pengeluar minuman berkarbonat (Radix Cola dll)
4. HPA Food & Beverage Sdn Bhd - Pengeluar minuman dan makanan
5. Radix Industries Sdn Bhd - Pengeluar Kopi Radix
6. HPA Farm Sdn Bhd - Pengeluar ayam dan air mineral
7. HPA Ilham Sdn Bhd - agensi pelancongan
8. RFC Sdn Bhd - Restoran Radix Fried Chicken (RFC)
9. El- Zaharaa Sdn Bhd - Hotel, homestay, JHS, HPA collection, toharah dobi
10. Centella White sdn Bhd - Produk kosmetik
anak syarikat hpa1
Antara anak syarikat HPA

Panel Syariah HPA
Ditubuhkan bagi pemantau kepada perniagaan HPA dari semua sudut supaya tidak terlencong dari landasan yang dibenarkan Syarak

  1. Ustaz Ahmad bin Ali (M.A Usul Fiqh, Universiti Al-Azhar)
  2. Dr Mohd Nasir Hj Hamid (PHD Pengajian Islam UKM, Pensyarah UiTM Arau)
  3. Ustaz Basri Abdul Ghani (M.A Ekonomi Islam UM, Pensyarah UiTM Arau)
  4. Ustaz Nidho Abdul Rahman (B.A Al-Azhar, M.A Al-Quran dan Sunnah UKM, Pensyarah UUM)
  5. Ustaz Ghadafi Hj Rofie (B.A Al-Azhar, M.A Hadith UKM, Pensyarah UUM)
  6. Prof Madya Dr Ishak Sulaiman (PHD Hadith & Muamalah University of Wales UK)
  7. Ustaz Hasan Zaid Ramli (B.A Al-Azhar, M.A syariah UKM, Pensyarah IPTS)
  8. Ustaz Hasbullah Ali (B.A Al-Azhar, M.A Syariah UKM, Pensyarah IPTS)
  9. YB.Ustaz Hashim Hj.Jasin (B.A Pengajian Islam, Universiti Baghdad)
  10. Ustaz Ya Ali Bin Dahaman & Abdul Rahman (M.A Perundangan Islam UM, B.A Al-Quran Dan As-Sunnah UKM, Bekas Penyarah UITM)
  11. Ustaz Ahmad Adnan Fadzil (B.A Syariah Al-Azhar, Pengurus) Pentadbiran HPA)

Keunggulan Perniagaan HPA

1. 100% milik Bumiputra Muslim
Sebuah perniagaan 100% milik Bumiputra Muslim dan telah lebih 20 tahun berada dalam industri herba.

2. Produk pelbagai jenis, Suci & Halal
Lebih 100 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah & haji dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 500 jenis produk lagi pada masa akan datang.

3. Harga murah dan berpatutan
Harga produk HPA sangat kompetitif dan berpatutan. HPA juga menekankan prinsip IHSAN dalam soal harga produk. Ini bertujuan untuk membolehkan setiap golongan tidak kira kaya atau miskin mampu memilikinya.

4. Mendapat pengiktirafan MLM Syariah
HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia.

5. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan
Semua pekerja kilang diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.

6. Perubatan JAWI
HPA memperkenalkan konsep PERUBATAN JAWI yang menggabungkan sumber Ilahiah dan Alamiah. Ianya terdiri daripada perubatan herba, ilmu diagnosis penyakit melalui tapak tangan, anak mata dan juga perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi dan lain-lain lagi. Semua ahli berpeluang untuk mempelajarinya.

7. Kebajikan
Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim. Ini bermakna anda membeli sambil beramal.

8. Plan Pemasaran Hebat
Tawaran 11 ganjaran lumayan kepada para pengedar melalui plan pemasaran Era Baru yang terbukti berjaya melahirkan usahawan HPA dengan pendapatan 5 angka sebulan.

9. Latihan Keusahawanan
Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) diwujudkan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua ahli untuk menjalankan perniagaan MLM Syariah HPA. Program ini sangat berkesan sehingga berjaya melonjakkan jualan bulanan HPA. Kursus ini dikendalikan oleh pemimpin-pemimpin HPA yang berjaya dikalangan Pengarah Jati Setia (PJS).

10. Pengiklanan Produk Di Media Massa
HPA mengiklankan produknya seperti Kopi Radix, Radix Cola, Sarsi, Cereal di TV3, TV9, akhbar harian, pengangkutan awam dan di papan-papan iklan.

11. Koperasi Wahida Berhad
HPA menubuhkan Koperasi Wahida Berhad untuk memberi peluang kepada ahli menikmati keuntungan bersama. Anggaran pulangan 10%-20% setahun.

Perutusan Lembaga Pengarah HPA
PU-HPA
Sejak turun temurun lagi masyarakat kita telah pun mengamalkan penggunaan barangan herba sebagai ubat bagi mengatasi segala jenis penyakit. Atas kaedah inilah HPA diasaskan. Alhamdulillah kita dapat bersama membina bukan sahaja satu perniagaan yang menguntungkan, bahkan dapat menyumbang ke arah kesejahteraan hidup sekeluarga.

Sejajar dengan peredaran modenisasi masa kini, rawatan herba HPA juga dapat menepati proses pengeluaran yang canggih. Dengan pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik “Good Manufacturing Practice” (GMP), syarikat HPA berupaya menjamin mutu kualiti barangan keluaran sentiasa konsisten pada tahap yang tinggi.

Menjelang alaf baru ini, syarikat HPA menjanjikan satu lonjakan baru yang berdaya maju. Ini akan membawa pembaharuan yang lebih positif kepada semua. Akhir kata, kejayaan kita semua bergantung ke atas usaha-usaha berpandukan visi dan misi yang diajukan. Syarikat HPA komited terhadap nilai ini dan akan sentiasa mengorak langkah-langkah positif demi kejayaan kita bersama. Sekian. Wassalam.

07 Januari 2010

Ahlan Wasahlan 2010

2009 telah berlabuh, seluruh warga kerja HPA Sungai Petani menutup tirai 2009 dengan program perjumpaan staf dan Kuliah Perubatan Jawi (KPJ). Seperti biasa dalam program perjumpaan staf Pengarah Urusan HPA, iaitu yang berbahagia Tn Hj Ismail Ahmad akan berucap.

Ucapan beliau,

Tahun 2008 Al-wahida Marketing sdn.bhd. (AWM) telah mencatat keuntungan bersih sebanyak RM 2 juta dan HPA Industries sdn.bhd. mencatat untung bersih sebanyak RM 4 juta. Ini menunjukkan HPA kini boleh disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia.
Unjuran pada tahun 2010 ialah untung x 25% untuk menentukan pencapaian HPA pada 2010.

2010 apakah mimpi HPA?

2009 hanya 5 buah RFC dapat didirikan, tetapi 2010 ada 6 buah RFC lagi yang sedang dibangunkan yang melibatkan 3 fasa. fasa1,2,3. Fasa 3, bermaksud telah siap sepenuhnya iaitu di Kubnag Kerian, Kuala Terengganu dan Kangar. Yang menunggu CF iaitu di Kuantan dan Shah Alam dan yang sedang menunggu iaitu di Sungai Ara dan Kuala Lumpur. InsyaAllah tahun 2010 HPA akan menggenapkan jumlah RFC sebanyak 25 buah. Walau bagaimanapun beliau berkata bahawa staf HPA kurang senyuman. Beliau terus mengungkapkan ungkapan yang sering kita dengar dikaca tv iaitu “Kurangkan Manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman”

Target pembangunan HPA pada 2009 ialah 150 buah cawangan. Walau bagaimanapun hanya 145 cawangan berjaya dibangunkan. Walau pun tidak mencapai target tetapi hampir mencapai ia merupakan pencapaian yang sangat membanggakan HPA. Pada tahun 2010 HPA akan membuka HPA Halal Mart, iaitu 2 lot kedai yang merupakan mini market yang penuh dengan produk halal.

2010 juga HPA akan memiliki Menara HPA iaitu bangunan 12 tingkat di seksyen 13 Shah Alam dengan kos RM 54 juta. HPA juga dipelawa untuk menjadi mentor bagi halal hub iaitu di Serkam, Melaka. Padang Besar, Perlis. dan Bukit Kayu Hitam, Kedah. 2009 HPA hanya mencapai 600,000 orang ahli dan target 2010 1 juta ahli bersama HPA.

HPA telah memiliki pusat pendidikannya sendiri iaitu di Bukit Tambun, Pulau Pinang. Manhal iaitu bangunan 4 tingkat dengan kos RM 2.8 juta akan menempatkan anak-anak ahli HPA suatu hari nanti. Dalam masa 5 tahun Manhal akan menjadi Kolej Universiti dan 5 tahun selepas itu insyaAllah akan menjadi Universiti.

Perkembangan HPA diluar negara amat membanggakan iaitu 5 buah cawangan sudah dibangunkan di Thailand, pejabat HPA di Phnom Penh, Kemboja Radix Pizza House akan dibuka di Batam dan banyak lagi pejabat HPA akan dibuka di Indonesia.

Akhirnya beliau mengucapkan tahniah kepada warga kerja HPA dan beliau menyatakan bahawa tuan-tuan adalah pekerja yang terbaik, jika tidak masakan HPA dapat mencapai pencapaian yang kita nikmati sekarang ini.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

05 Januari 2010

Pengenalan HPA

HPA merupakan sebuah syarikat tempatan milik 100% bumiputera Muslim. HPA sangat komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal berupa produk kegunaan harian, makanan dan minuman, makanan kesihatan berasaskan herba, produk kosmetik dan sebagainya.



Ciri-Ciri Produk HPA:
1. Syarikat tempatan milik 100% bumiputera Muslim.
2. Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
3. Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).
4. Diluluskan oleh SIRIM dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
5. Perniagaan MLMS yang sentiasa dipantau oleh Panel Syariah serta mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia.
6. Menggunakan 100% herba.
7. Tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan steroid.
8. Melepasi ujian had kandungan logam berat, ujian had Mikrob dan ujian had kecairan.

Kelebihan Perniagaan HPA:
1. Kepelbagaian jenis produk seperti makanan kesihatan, kegunaan harian, makanan dan minuman, kosmetik, frozen food organik dan lain-lain lagi. Kini terdapat lebih 300 produk bagi memenuhi keperluan anda.
2. Produk berteraskan harga ihsan, murah dan memenuhi keperluan semua.
3. Stokis dan cawangan HPA di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei.
4. HPA mengiklankan produknya seperti Kopi Radix, Radix Cola, Sarsi dan Cereal di radio IKIM.fm, TV3, TV9, akhbar, majalah, pengangkutan awam dan di papan-papan iklan.
5. Setiap bulan HPA akan menginfa’kan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim.
6. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhu’, menutup aurat, solat sunat dhuha dan membaca Al-Ma’thurat sebelum memulakan kerja.
7. Barakah kerana sumber bahan mentah yang digunakan menepati syara’ serta tiada amalan riba.
8. Perniagaan ini boleh diwarisi.

HPA juga telah memilki rangkaian restoran Radix Fried Chicken (RFC), Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Chicken House (RCH) dan Radix Organic Recipe (ROR),
Selain itu HPA juga memiliki Kompleks Wahida, Koperasi Wahida HPA Berhad, HPA Collection, Hotel Al-Zahraa Inn, HPA Ilham Holidays Sdn Bhd, Jawi Homestay, HPA Farm Sdn Bhd, dll.


Keistimewaan Menjadi Ahli/ Pengedar HPA:
1. Yuran keahlian hanya RM30.00 sahaja seumur hidup. Tiada yuran tahunan.
2. Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA termasuk keuntungan runcit semua produk.
3. Pelan pemasaran yang begitu mudah, adil dan sukses. Tiada penurunan pangkat dan peratusan bonus serta tiada ‘group sales maintain’.
4. Program ‘Perkongsian Bijak Cemerlang’ (PBC) untuk melahirkan usahawan cemerlang dengan peluang pendapatan hingga 5 angka.
5. Program 'Perkongsian Ilmu Cemerlang' (PIC) & Sijil Herbalis untuk menjadi perawat.
6. Ahli akan mendapat Nilai Mata dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC), Restoran Radix Organic Recipe (ROR), Radix Chicken House (RCH) dan menginap di Hotel HPA.
7. Diskaun hingga 50% apabila menginap di mana-mana rangkaian Hotel D'Palma.
8. Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25%.
9. Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, anak mata, lidah dan denyutan nadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...