05 September 2010
Lagi Ayam Haram didedah TV3
Satu lagi pengkhianatan terhadap umat Islam dilakukan. Ayam yang kononnya ada logo JAKIM di serbu oleh pihak JAKIM dan beberapa NGO di Lembah Kelang. Amat kotor, menjijik dan termuntah bila ayam tidak disembelih secara hukum syarie. Disembelih oleh mereka yang tidak tahu menegenai agama. Paling jijik sebelah pusat sembelih ayam adalah pusat sembelihan BABI dan pusat proses kerang yang di miliki oleh satu taukeh. Sungguh amat BIADAP mereka ini. Tapi apa nak kata dengan sikap orang kita. Mencari semua nak murah. Tak percaya diri sendiri. Kerana nak ayam murah maka itulah hasilnya. Semua nak tuding jari ke JAKIM bila hal ini terbongkar. Mungkin ada yang kata "saya tak tau" atau ada yang main senang cakap "JAKIM yang tanggung dosa.."!!!!
Namun apakah kita rela mulut kita di masuki najis BABI, ayam HARAM dan kerang dan ikan keli yang makan TAHI dan BANGKAI BABI?????? Bagi ahli HPA sudah tentunya tidak. Namun berjuta lagi umat Islam yang tidak terkecuali para alim Ulamak masih lagi bersifat lidah petah berhujah, namun MEMBUJUR LALU MELINTANG SAPU.
Sudah sekian lama, ramai yang menjamah Minyak Sapi QBB(Beratur Babi)dan sewajarnya semua umat Islam amat wajib/mandatori memulaukan terus walaupun QBB mohon maaf kerana sebagai suatu pengajaran kepada pengusaha lain agar tidak main mudah dengan umat Islam. Maka hari ini kita wajib mandatori untuk terus memulau ayam yang tidak tahu asal usul dan tidak di pantau oleh mereka yang ahli dalam Halal dan Haram.
02 September 2010
Lychees dan produk Narcissus lain Haram
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk "NARCISSUS" tersebut.
"Narcissus"
is an established and well known brand associated with high quality
China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus
spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of
"Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of
the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.
Kepada
semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam
yg lain. untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website
http://www.halaljakim.gov.my/
P/S: Gunakan produk HPA... "PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
Jawapan dari PPIM:
25 Ogos 2010
Kuih Raya HPA
Harga RM22 (harga ahli)
Kuantiti 64 biji (kecuali tart gulung nanas iaitu 51 biji)
23 Ogos 2010
Makanan Ayam Berasaskan Herba
Kenapa kita tidak berani keluar dari kaedah kimia tanpa batasan ini dengan menggunakan herba seperti bawang putih,mambu,rumput mutiara dan lain-lain lagi. Penternak ayam kebanyakan takut dengan kadar kematian yang tinggi sehingga mereka mengikut telunjuk penternak kimia turun temurun. Hari ini kita bangunkan peradaban baru sesuai dengan kehendak kesihatan bukan dengan ubatan kimia tapi ubatan herba.
Percayakah anda bahawa masa hadapan dunia akan menuju kepada penggunaan herba secara global bukan hanya makanan ayam tetapi makanan manusia keseluruhanya. Kita lihat nanti perubahan itu akan melanda bagai tsunami maka tidak hairanlah jika ayam HPA tidak pernah cukup di pasaran. TK teruskan berjuang.
13 Ogos 2010
Produk HPA Semasa Berpuasa
Persediaan Menghadapi Bulan Puasa
===============================
Produk HPA yang kita boleh amalkan adalah seperti:
- Kurma Mariami semasa berbuka dan bersahur
- Kordial Kurma + gula perang (atau kordial2 lain) sebagai minuman berbuka
- Kopi Radix, Kopi O sebagai instant energy untuk berterawih
- Cereal Radix sesuai semasa bersahur untuk instant energy jika tak suka bersahur berat
- Spirulina sebagai makanan kesihatan dan tenaga, diambil semasa sahur
- Madu asli HPA diambil semasa sahur
- Air mineral HPA/penapis air dew. Inilah masa yang sesuai untuk beli water filter Dew HPA. NM nya sekarang 100 dan anda boleh menikmati air minuman berkualiti dan pastinya menyihatkan tubuh anda.
=================
Pesan Herbalis HPA
=================
Tn Haji Ismail mencadangkan pada bulan puasa ini kita dapat mengamalkan minuman Cereal Radix dan banyakkan minum air masak. Air yang banyak akan menjamin kesegahan sel-sel tubuh & badan tidak rasa penat.
Pengalaman herbalis sendiri mengambil Spirulina kapsul antara 3-5 biji dan madu asli HPA 1 sudu plastik sewaktu sahur menyebabkan tidak rasa lapar & dahaga sepanjang berpuasa. Spirulina kaya dengan semua zat asas dan multi vitamin serta mineral.
Kesimpulannya, ia memberi makna kepada kita bahawa bulan puasa bukanlah alasan untuk kita melupakan terus produk kesihatan HPA sebaliknya ia sangat bermanfaat untuk diamal bagi tujuan membekalkan tenaga kepada kita sepanjang berpuasa.
07 Ogos 2010
31 Julai 2010
ChloropHyll Drops
Buang asid buang penyakit.
Produk HPA kali ini (klorofil) merupakan hasil kajian Dr Zakaria Abdullah, seorang saintis Muslim yang juga berjaya membuat produk yang dihasilkan daripada stem sel epal. (Rujuk perbincangan tentang Uttwiler spatlauber spesis dari Switzerland).
Klorofil ini bukan seperti liquid klorofil (konsentrasi) yang dijual di pasaran tetapi ia adalah klorofil yang boleh mengalkalikan asid dalam tubuh. Asidosis adalah merupakan masalah utama dalam kehidupan hari ini apabila pemakanan tidak dijaga. Sepatutnya kita banyak mengambil makanan beralkali lebih daripada makanan berasid. Malangnya keadaan ini terbalik menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit.
"Buang asid buang Penyakit" merupakan kaedah pengurusan tubuh yang paling berkesan di mana ia memberikan kesan yang sangat positif terhadap kesihatan. Pengambilan herba-herba ubatan juga akan menjadi lebih berkesan setelah pengambilan klorofil. Satu contoh yang sangat ketara ialah penyakit keputihan pada wanita akan pulih dalam tempoh tidak sampai 3 hari. InsyaAllah.
Masukan 3 titis sahaja klorofil HPA ke dalam segelas air di mana pH air akan berubah menjadi bacaan 10++. Ini tidak berlaku dalam penggunaan produk yang lain termasuk konsentrasi klorofil. Inilah yang membezakan antara dua klorofil ini.
Air dari filter Dew HPA ialah pH 9++. Sangat baik sebagai minuman di samping Klorofil Drop HPA. Selamat Mencuba..
TERKINI! SATU RAHSIA SAINS TERBONGKAR !
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 50.00
Sabah & Sarawak: RM
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 45.00
Sabah & Sarawak: RM
Nilai Mata (NM): 10NM
**Produk seumpama ini di pasaran luar dijual dengan harga antara RM80.00 dan RM120.00
**Sebotol Alkaradix Chlorophyll Dropsyang mampu mengalkalikan sehingga 500 botol air saiz 500ml.
29 Julai 2010
BIHUN HPA
TEPUNG GANDUM HPA
Semenanjung Malaysia: RM 2.80
Sabah & Sarawak: RM 3.10
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 2.50
Sabah & Sarawak: RM 2.80
Nilai Mata (NM):0.25
Berikut adalah senarai lain-lain produk baru yang telah berada di pasaran HPA pada bulan Julai 2010:
27 Julai 2010
26 Julai 2010
Lagi Produk Baru MHH
Produk MHH yang sedia ada di pasaran:
22 Julai 2010
RFC: Sasar 10 Tahun Tawan Pasaran
RFC yang juga restoran milik penuh HPA Industries Sdn Bhd (HPA), peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera di negara ini kini mempunyai tujuh cawangan di Semenanjung.

Ismail berkata, sasaran syarikat ialah mewujudkan 400 cawangan RFC menjelang 2020 di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sama ada pembukaan sendiri oleh HPA atau sistem francais.
Menurutnya, RFC kini memiliki tujuh cawangan. RFC yang pertama dibuka pada Julai 2008 ialah di Lagenda Heights, Sungai Petani sebelum diperluaskan ke Alor Setar dan Bandar Laguna (juga di Sungai Petani).
Katanya, RFC kemudian dibuka di wilayah Selatan iaitu Kluang, Johor dan Melaka.
“Kini beberapa cawangan seperti Kuantan, Pahang serta Bangi dan Shah Alam di Selangor juga dijangka bakal beroperasi dalam tempoh terdekat.
“Kita menjangka pembukaan pesat cawangan RFC selepas kita memperoleh lesen francais,” katanya kepada Bisnes Metro di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.
RFC ialah antara restoran makanan segera milik HPA selain Radix Chicken House (RCH), Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Pizza House (RPH) dan Radix Bakery House (RBH).
Kekuatan syarikat di bawah Kumpulan HPA ialah menggunakan herba dan kaedah organik, produk kumpulan syarikat berkenaan juga dijamin halal dan suci.
Petikan akbar: (hmetro.com.my) 19/07/2010
Oleh Zainuddin Zain
15 Julai 2010
Teh Guru Cap Masjid bukan milik orang Islam

Umat Islam lambat sangat nak keluarkan produk sendiri sehingga bangsa lain mengambil kesempatan kerana prospek benefit yang diaorang dah nampak. Rakyat beragama Islam di Malaysia adalah yang tertinggi dan semestinya mempunyai permintaan yang tinggi juga terutama bab makanan.
Selain dari mengelirukan dari aspek penjenamaan, syarikat tersebut juga cuba menipu dengan menggunakan pewarna..

Ini dikenalpasti apabila pemilik syarikat pengeluar Teh Cap Masjid dihadapkan di Mahkamah Majistret Selayang 14 Feb atas dua tuduhan menggunakan bahan pewarna dalam serbuk teh yang dikeluarkan pada 13 Oktober 2005.
Teh Wangi Ros Sdn. Bhd. yang beralamat di No 371, Jalan 20, Taman Ehsan Jaya, Batu Caves dekat sini didakwa melanggar Peraturan 260(3) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana serbuk teh tidak boleh menggunakan apa-apa bahan pewarna.

Pengurus syarikat, Lee Chooi Moi, 40, yang hadir membuat pengakuan tidak bersalah memohon masa perbicaraan untuk melantik peguam.
Entah berapa banyak lagi agaknya jenama yang seakan kemelayuan dan keislaman tetapi sebenarnya adalah kepunyaan orang bukan Islam di Malaysia.
Post asal: http://isuhangat. blogspot. com
11 Julai 2010
Petikan dari FB PU
No.2 : Isu kopi naik harga tidak melemahkan semangat ahli-ahli HPA , mereka merasakan wajar HPA melakukannya dan jangan sampai kopi tidak boleh dikeluarkan kerana terpaksa menanggung kos-kos akibat peningkatan harga barang. Koko radix juga akan dinaikan harga pada bulan ogos nanti kerana kos baru masih tidak memberikan keuntungan sesen pun pada HPA malah sedikit kerugian. Perjuangan perlu diteruskan.
No.3 : Fresia akan menjadi pilihan utama,pencuci kain cecair yang berkualiti tinggi,sedang aktif mencukupkan keperluan seluruh Malaysia.Target jualan pertama ialah 100,000 botol selepas diiklankan dalam TV nanti. Tunggu hingga produk cukup dipasaran.
No.4 : Terima kasih pada ustaz Ramizu selaku presiden KPT,ajk dan semua pemimpin dan ahli2 yang mengadakan majlis bacaan yasin dan doa selamat di RFC Kubang Kerian malam tadi. Semoga RFC boleh membuka 3 buah lagi di negeri Kelantan dengan sokongan seluruh warga HPA.Amin.
No. 5 : Terima kasih kepada pengarah LPP negeri Perlis dan Pengarah Fama Negeri yang berkesudian hadir dalam majlis pelancaran RFC semalam. Semoga HPA dapat berkerjasama dengan agensi kerajaan bagi keuntungan ekonomi masyarakat setempat.
No. 6 : Harga ayam juga sepatutnya semakin meningkat tetapi HPA menetapkan harga ayam tidak berubah sehingga hari ini. HPA Farm akan cuba mempertahankan harga produk halal utama ini untuk kegunaan semua ahli. Dijangka pada akhir tahun ini jumlah ayam akan meningkat kepada sejuta ekor satu pusingan.
No. 7 : PIC Khas Bersama PU– Pengetahuan produk HPA membicarakan lebih 100 produk herba yang telah berada di pasaran. Terbuka untuk 300 orang peserta sahaja. Pada 7/8 Ogos 2010 di Dewan Omar Mukhtar Sg.Petani. Mereka yang hadir akan dinaikkan pangkat ke PLX (MELATI) setelah maintain 300NM (Seperti PBC; kalau dah berpangkat boleh gunakan kepada ahli yang belum punyai pangkat). Hubungi HPA Call Centre 04 9776805
No. 8 : PBC Mega yang diadakan di bawah KPA diharapkan berjaya mencukupkan peserta 200 orang. Hingga kini dimaklumkan sudah melebihi 100 orang. Program Mega PBC akan di laksanakan pada 24hb dan 25hb Julai bertempat di KLIH Kuala Lumpur. GM akan memulakan slot pada jam 9.00 pagi pada 24hb Julai dan diikuti oleh Pengarah Urusan akan mengisi proram pada jam 10 pagi.
30 Jun 2010
PERASMIAN MELAKA HALAL HUB DAN HPA HALAL MART
Alhamdulillah, pada 21 Jun 2010 adalah satu detik bersejarah bagi semua pengedar HPA. Halal Hub Melaka di Serkam diterajui oleh HPA Industries Sdn. Bhd (anchor) yang akan menaungi 150 IKS negeri Melaka.
28 Jun 2010
Ibu Pejabat HPA RM54 juta

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), menamakan bangunan 12 tingkat bernilai RM54 juta yang dibeli di Seksyen 13 Shah Alam sebagai HPA International Center (HIC), sekali gus menjadi ibu pejabat syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di Malaysia.
Sehubungan itu, beberapa jabatan utama di ibu pejabat HPA di Jejawi, Perlis, akan berpindah secara berperingkat.
Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad berkata, perasmian bangunan baru itu tidak akan diadakan pada 1 Jun ini sebaliknya pada satu tarikh yang bakal diumumkan kelak.
Menurutnya, Jabatan Pentadbiran HPA adalah yang pertama akan berpindah ke bangunan baru berkenaan.
“Kami tidak akan mengadakan majlis besar-besaran sebaliknya sekadar doa selamat dan kunjungan ahli untuk melihat bangunan yang dibeli hasil usaha mereka mengedarkan produk keluaran HPA,” katanya.
Mengikut perancangan, selain pelbagai jabatan utama di HPA, bangunan berkenaan turut menempatkan premis perniagaan seperti HPA Halal Mart dan restoran makanan segera milik syarikat berkenaan seperti Radix Fried Chicken (RFC), Radix Chicken House (RCH), Radix Pizza House (RPH), Radix Bakery House (RBH) dan Radix Oriental Cuisine (ROC).
HPA adalah MLM yang mempunyai Panel Syariah sendiri dan kini mempunyai lebih 600,000 ahli di Malaysia manakala 250,000 di Indonesia selain mempunyai cawangan di Brunei, Thailand dan Kemboja.
Pada masa ini, HPA mengeluarkan lebih 300 produk makanan tambahan, ubatan herba dan kegunaan harian yang dijual di lebih 170 cawangan HPA di seluruh negara dengan nilai jualan mencecah RM18 juta sebulan.
zainuddin@hmetro.com.my
26/05/2010
Artikel Berkaitan:
http://stokishpatitiserong.blogspot.com/2010/01/menara-hpa.html
15 Jun 2010
Makanan Haram Gelapkan Hati

Rasulullah SAW bersabda,
“ Setiap daging yang tumbuh hasil dari sumber yang haram, maka neraka adalah lebih berhak ke atasnya (daging itu)”. Itu adalah sabda Rasulullah SAW mengenai sesiapa yang mengambil sesuatu yang haram dan memasukkan ke dalam tubuhnya.
Hari ini, manusia bergerak tanpa menitik beratkan perkara ini. Manusia berjalan tanpa memandang akan besarnya perkara ini. Mereka makan apa yang mereka mahu, mereka mengambil duit dari segala sumber tanpa mempunyai sensitiviti dalam perkara halal haram. Hakikatnya, memasukkan perkara-perkara haram, seperti makanan, mahupun membeli makanan dari sumber duit yang haram, akan memberikan kesan kepada hati kita.
Rasulullah SAW bersabda, “Hati itu dibina dengan apa yang dimakan.”
Maka sumber makanan kita juga perlu dijaga kerana makanan yang bersumberkan dari sumber yang haram sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada hati kita. Imam As-Syafi’e Rahimullah ‘alaihi pernah berkata, “Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya tidak akan memasuki hati yang gelap.”
Justeru, penjagaan hati ini adalah perkara yang utama. Hati kita adalah segumpal darah yang mengandung sel-sel darah merah dan zat-zat besi. Sel dan zat-zat itu berasal dari makanan yang kita makan. Kalau makanan kita bersih dan halal mengikut syariat Islam, maka sel dan zat itu juga bersih sehingga hati kita juga akan bersih. Sebaliknya kalau makanan yang kita makan itu kotor, haram dan syubhat, baik benda itu haram atau wang yang digunakan untuk membelinya haram, maka sel dan zat-zat besi, atau zat-zat yang membina hati kita itu kotor, busuk dan gelap.
Hati seperti wadah yang terbuka. Hati yang kotor tidak akan menerima taufik dari Allah sebab Allah tidak akan memberi taufik dan hidayah kepada hati yang kotor. Sama halnya kita tidak akan memasukkan makanan ke dalam piring yang kotor. Apalagi taufik dan hidayah dari Allah itu sangat tinggi harganya.Bila hati tidak dapat melihat kebenaran maka tidak akan terasa kebesaran, kehebatan, kasih sayang dan didikan dari Allah, tidak terasa anugerah, penjagaan, pengawasan dan pembelaan Allah. Kalau hati tidak mendapat hidayah dan taufik lagi maka kita akan menjadi orang yang sesat dan selalu terlibat melakukan maksiat dan mungkar.
Bersabda Rasulullah SAW :
“Dalam diri anak Adam itu ada segumpal daging. Bila baik daging itu baiklah seluruh anggota dan seluruh jasad. Bila jahat dan busuk daging itu jahatlah seluruh jasad. Ketahuilah, itulah hati.” (Riwayat Al Bukhari & Muslim)
Firman Allah :
“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman dengan-Nya.” (Al Maidah : 88)
Perintah memakan makanan yang halal adalah wajib. Kalau kita makan makanan yang haram dalam keadaan sedar bahawa benda yang kita makan itu haram maka kita akan berdosa dan hati kita akan gelap. Tetapi kalau makanan yang haram dan syubhat itu kita makan, tanpa diketahui bahawa benda itu haram dan syubhat maka kita tidak berdosa tetapi hati kita yang dibina dari makanan itu tetap akan gelap.
Atas dasar itulah Sayidina Abu Bakar As Siddiq mengorek kembali makanan yang telah ditelannya hingga muntah-muntah, setelah dia mengetahui bahwa makanan itu sumbernya adalah syubhat. Amirul Mukminin itu merasa cukup takut bila makanan itu akan membutakan hatinya. Setelah mengorek makanan itu, dengan rasa bimbang kalau ada sisa-sisa makanan tersebut yang masih ada dalam perutnya, maka beliau pun berdoa, "Ya Allah, jangan Engkau bertindak kepadaku akan apa yang telah jadi darah dagingku."
Hal ini menunjukkan betapa, perkara haram itu memberikan bahana yang besar terhadap seorang mu’min. Samada kita tahu atau tidak tahu perkara itu haram, maka yang haram tetap haram, tetap memberikan kesan terhadap hati kita. Kita tidak berdosa jika memakan makanan haram tanpa kita ketahui keharamannya, tetapi hati kita tetap terbina dari perkara yang haram itu.
Kalau kita pergi ke sebuah negara bukan Islam, tiada tanda halal, tiada pula kawasan yang menyatakan tidak halal dan sebagainya, maka kita perlu lebih sensitif mengenai penjagaan halal haram ini. Sebaiknya jika tiada keperluan ataupun darurat, maka lebih digalakkan untuk kita memasak di rumah. Hal ini kerana, keadaan itu sudah jatuh kepada keadaan syubhah. Menjaga diri dari syubah adalah amat dituntut.
Alasan tidak pandai memasak bukanlah satu alasan yang kukuh untuk dijadikan sebagai keadaan darurat. Untuk mengejar redha ALLAH SWT, kita sendiri perlu berusaha keras mengikuti perintahNya. Allah SWT tidak ingin sesuatu yang buruk berlaku kepada kita. Justeru kita sendiri perlu berusaha mengikuti apa yang diaturkan olehNya.Jika kita tidak pandai memasak, maka berusahalah belajar memasak. Moga usaha kita itu, untuk menjaga kebersihan hati kita bagi memudahkan taqarrub kita kepada ALLAH akan diterima sebagai salah satu amal ibadah. Sesungguhnya ALLAH amat mengasihi hamba-hambaNya.
Mengenai penjagaan dari perkara-perkara syubhah ini, Rasulullah SAW ada bersabda, "Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala kesamaran, sesungguhnya ia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran, (maka) jatuhlah ia ke dalam (perkara) yang haram..." (H.Riw Bukhari dan Muslim).
Namun ramai yang ambil mudah kepada hadith ini, lalu menutup sebelah mata dan tetap juga memasukkan perkara-perkara syubhah dalam kehidupan mereka. Sedangkan keadaan ketika itu lebih cenderung kepada yang haram, kerana kita bukan di negara Islam, tambah pula yang memasaknya bukan Islam, itu belum lagi termasuk dengan bahan yang digunakan. Akhirnya alasan darurat juga digunakan. Semua mengambil contoh dibolehkan memakan babi oleh Islam untuk membolehkan mereka makan di tempat-tempat syubhah.
Tetapi tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan darurat di dalam Islam? Darurat itu membawa maksud, jika tidak melakukan perkara itu, maka kita tidak akan dapat melakukan perkara lain. Contoh, kalau tidak makan babi itu ketika itu, maka kita akan mati. Maka bolehlah kita memakan makanan tersebut. Kalau sentuh air ketika itu, maka tubuh kita akan tumbuh gatal-gatal yang memeritkan. Maka bolehlah bertayammum. Adakah kita sudah mencapai tahap sedemikian untuk mengambil perkara-perkara yang syubhah, sedangkan perkara yang jelas halal masih banyak di sekeliling kita?
Allah SWT berfirman, "(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal."
(Al-A'laa : 16-17)
Itulah sebenarnya yang ada dalam hati dan jiwa kita. Hakikatnya, perumpamaan perkara halal kepada yang haram adalah seperti keluasan nikmat seluruh syurga, dengan sebatang pokok khuldi di dalamnya. Yang halal masih banyak, kenapa bergerak mengambil yang syubhah? Sedangkan Rasulullah SAW berpesan di dalam hadtih tadi, sesiapa yang memasukkan dirinya ke dalam kesamaran, maka dia memasukkan dirinya ke dalam yang haram.
Saya kembali kepada penjagaan hati. Makanan kita membina hati kita. Kita sepatutnya sensitif dalam menjaga hati kita. Hati adalah bejana keimanan, hati juga adalah ibu kepada pemikiran kita. Kalau rosak hati kita, maka rosaklah segala kehidupan kita dalam menjadi hamba yang baik kepada ALLAH SWT. Sesungguhnya, kesukaran yang kita hadapi dalam menjauhi perkara-perkara haram dan syubhah, akan Allah bayar atas kesungguhan ketaatan kita kepadaNya. ALLAH SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah SWT telah membeli dari orang mukmin, diri dan harta mereka dengan (harga) Syurga untuk mereka.” (At Taubah : 111)
Kesukaran kita akan dibayar oleh ALLAH SWT. Itu adalah sesuatu yang pasti. Maka jagalah hati kita dengan menjaga diri kita dari dimasukkan sesuatu yang sumbernya haram atau syubhah. Hidup ini untuk mendapat keredhaan Allah SWT!
27 Mei 2010
Penyakit Empat Serangkai

D'Det mengandungi 28 jenis herba yang memberikan perawatan menyeluruh khususnya kepada penyakit 4 serangkai iaitu Jantung, Kencing Manis, Darah Tinggi dan Buah Pinggang.
D 'Det juga baik untuk athritis atau sakit sendi jika diambil berterusan namun begitu adalah dicadangkan pengambilannya set lengkap 3 D ( D'Det, D'Deu, D'Karm ) terus bagi mempercepatkn kesembuhan. InsyaAllah.
25 Mei 2010
Kesuburan Rambut

Sinergi produk yang dapat membantu menyuburkan kembali rambut adalah:
Pandan Tonik Rambut berfungsi menguatkan dan menyuburkan pertumbuhan rambut. Ia juga mencegah berlakunya kelemumur, rambut bercabang and pertumbuhan mikroflora.
Virgin Coconut Oil Softgel dapat membantu menguatkan sistem pertahanan badan dan meningkatkan pertumbuhan rambut serta mengurangkan kelemumur.




.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)















