23 Mac 2010

HALAL. HARAM DAN SYUBHAH

Firman Allah SWT: “Wahai sekalian manusia, makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.” (Al-Baqarah, ayat 168).
Sabda Rasulullah SAW: “Memilih yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam kerana setiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka api neraka lebih utama baginya.” (HR Ahmad).

Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram pun jelas, dan di antara keduanya ada hal-hal yang syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakkan manusia. Barangsiapa menjauhinya, maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya sebaliknya barangsiapa memasuki syubhah, ia telah memasuki keharaman, seperti halnya penggembala yang menggembala di sekitar batas (tanahnya), tidak lama ia akan jatuh ke dalamnya”. (HR Bukhari dan Muslim)

“Jika kita ingin anak kita menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berikanlah ia makanan daripada rezeki yang halal sejak ia lahir. Makanan yang Halal selain menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan mental mereka pintar dan cerdas. Sebaliknya anak akan menjadi derhaka terhadap kita jika ia diberikan makanan yang haram dan kotor.” (Imam Al-Ghazali)

Sanggupkah kita membiarkan anak-anak kita membesar dengan makanan yang haram, syubhah, tidak suci dan kotor? Perhatikan sebahagian tajuk keratan akhbar di bawah. Renunglah sejenak. Apakah kita bebas dari makanan haram dan syubhat?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...