24 Mac 2010

Pelancaran Produk Melaka Halal Hub dan konsert HPA RAIHAN

Sejajar dgn kesungguhan HPA memperjuangkan produk halalnya secara Glokal, ia telah mendapat perhatian Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). PKNM telah menawarkan kepada HPA untuk menjadi peneraju kepada 20 usahawan vendor dan usahawan IKS bagi sama-sama membantu umtuk memasarkan produk keluaran bumiputera

HPA sebagai peneraju akan memberi bimbingan, latihan secara 'Islamic Manufacturing Practice' (IMP) dan memasarkan produk keluaran usahawan
vendor dan usahawan IKS di dalam pasaran HPA. Secara tak langsung dengan ujudnya HPA di Melaka Halal Hub (MHH) akan meningkatkan tahap ekonomi negeri dan HPA akan menjadi contoh kepada Halal Hub di negeri-negeri lain, InsyaAllah.

1. Jemputan ke Majlis Pelancaran Produk Melaka Halal Hub

Tarikh : 29hb Mac 2010 (Isnin)
Tempat : Melaka Halal Hub, Serkam
Masa : 10.00 Pagi

Tetamu Kehormat :

  1. YB Datuk Hj. Md Yunos bin Husin

  2. YB Ar. Hj. Ismail bin Othman

  3. YB Datuk Wira Hj Ahmad bin Hamzah

  4. YB Datuk Hj Dhazale bin Mohamad

  5. Tn. Hj. Ismail bin Ahmad.


2. Konsert HPA Raihan

Tarikh : 29hb Mac 2010 (Isnin)
Tempat : Dewan Bistari, Ayer Keroh.
Masa : 8.00 Malam.

Semoga kedatangan anda dapat mengimarahkan lagi majlis tersebut dan menyokong perkembangan kita...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...