Lebih 700 orang hadir menyaksikan persembahan konsert Raihan sempena dengan Majlis Pelancaran HPA RAIHAN di hotel Depalma Ampang semalam (Rabu 17 Mac 2010). Satu majlis menandatangani MOU antara HPA Group Of Companies dan Raihan Group Of Companies telah diadakan serentak dengan pelancaran 4 produk baru hasil usahasama antara keduanya.4 produk baru itu ialah:
1. Album Raihan Salawatherapy
2. Album Raihan Musafir Perjuangan
3. Raihan Fragrance Men
4. Raihan Fragrance Women
Tn Hj Ismail Hj Ahmad CEO HPA Group Of Companies dan Hj Abdul Mubbin Latiff CEO Raihan Group Of Companies bersalaman selepas menandatangani perjanjian usahasama.Saksikan HPA Raihan di Selamat Pagi Malaysia esok(19 march 2010), Jam 7.00 pagi – 9.00 pagi, pelancaran album baru Musafir Perjuangan
Produk Halal Tanggungjawab Bersama. Jangan lupa beli CD HPA Raihan Musafir Perjuangan dan selawat theraphy beserta Raihan Fragrance di Cawangan HPA Seluruh Negara



Tiada ulasan:
Catat Ulasan